20/04/2026
๐โจ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ โจ๐
๐๐๐ซ๐ข๐ค๐ก : ๐๐ ๐๐ฉ๐ซ๐ข๐ฅ ๐๐๐๐
๐๐๐ซ๐ข : ๐ค๐ก๐๐ฆ๐ข๐ฌ
๐๐๐ฌ๐: ๐- ๐ ๐ฉ๐๐ญ๐๐ง๐
๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ญ : ๐๐๐ฐ๐๐ง ๐ฎ๐ญ๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐ข๐ฐ๐
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur ke hadrat Ilahi, telah berlangsungnya Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah Madiwa dalam suasana yang meriah, harmoni dan penuh kegembiraan. ๐ค๐
Terima kasih kepada GB sk juara Encik Roslan bin Abu Hassan dan pengerusi jemaah sekolah ustaz wan muhammad hamidullah bin wan halim atas sudir hadir memeriahkan majlis kami .
Majlis ini telah menghimpunkan seluruh warga sekolah termasuk para guru, kakitangan serta pelajar dalam satu suasana yang cukup bermakna. Pelbagai juadah istimewa telah disediakan, mencerminkan keindahan budaya dan tradisi masyarakat kita. Suasana ceria dengan pakaian raya yang berwarna-warni, gelak tawa serta kemesraan jelas terpancar sepanjang majlis berlangsung.
Program sebegini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan bulan Syawal, malah menjadi medium terbaik dalam mengeratkan hubungan silaturrahim, memupuk nilai kerjasama serta menyemai semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan majlis ini, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Segala usaha dan komitmen yang diberikan amatlah dihargai dan semoga diberkati oleh Allah SWT.
Semoga kenangan indah ini akan terus terpahat dan menjadi pemangkin kepada hubungan yang lebih erat pada masa akan datang.
Terima kasih kepada semua guru-guru dan penyumbang bagi menjayakan program ini semoga program mendapat keberkatan dari allah swt aminโจ
โจ Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin โจ