18/04/2026
Warga sekolah berbesar hati mengalu-alukan kehadiran cikgu-cikgu baharu ke bumi bertuah Tun Syed!
✨ Cikgu Norulwidad - Matematik
✨ Cikgu Sakinatul - Matematik
✨ Cikgu Syahana - Kimia
✨ Cikgu Iylia - ASK
Selamat datang & selamat berbakti kepada anak-anak Tun Syed. Semoga kehadiran cikgu-cikgu dapat membantu meningkatkan lagi prestasi mereka ke arah kecemerlangan 💪🏻
18/04/2026
15 Apr 2026 | Majlis Watikah Pelantikan Guru Muda SMSTSSS 2026.
Program Guru Muda merupakan satu inisiatif sekolah dalam melahirkan murid yang mempunyai kemahiran kepimpinan, sahsiah yang tinggi dan berpengetahuan luas dalam bidang akademik. Golongan ini diamanahkan untuk membantu guru dalam perlbagai urusan berkaitan pembelajaran, serta menjadi rakan sebaya yang berkesan bagi membimbing rakan dalam akademik.
Selamat menjalankan amanah kepada guru muda sekalian! ✨
08/04/2026
Save your date!
Dijemput para waris untuk hadir bagi memberikan sokongan kepada anak-anak Tun Syed 💪🏻
05/04/2026
Sekitar PROGRAM MOTIVASI SPM 2026 TRANSFORMASI DIRI: KUASA MINDA POSITIF
Tarikh: 5 April 2026
Hari: Ahad
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Tun Syed
Sasaran: Semua murid tingkatan lima
Program yang dianjurkan oleh UBK TUN SYED ini bertujuan membantu murid membina pemikiran positif, meningkatkan keyakinan diri, serta memperkukuh daya tahan mental agar lebih bersedia menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026. Diharapakan program ini dapat memberi impak positif kepada semua murid tingkatan lima.
31/03/2026
Tahniah kepada Batch Fabulous 2125 atas kejayaan cemerlang dalam keputusan SPM 2025! 🎉✨
Kejayaan ini adalah hasil usaha gigih, kesungguhan dan pengorbanan yang tidak pernah kenal erti putus asa. Anda semua telah membuktikan bahawa dengan disiplin dan tekad, kejayaan pasti dapat dicapai.
Semoga pencapaian yang membanggakan ini menjadi langkah permulaan ke arah masa depan yang lebih gemilang. Teruskan melangkah dengan yakin dan jangan berhenti mengejar impian! 🌟
Terima kasih juga kepada para guru dan ibu bapa atas sokongan dan bimbingan yang tidak ternilai.
Syabas dan tahniah sekali lagi, Batch Fabulous 2125! 🎓💙
08/03/2026
Selamat menduduki Peperiksan Ujian Pertengahan Sesi Akademik (PRA UPSA) anak-anak Tun Syed 📚
Kurniakanlah kepada anak-anak Tum Syed keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan, kesejahteraan dan ketenangan sepanjang PRA UPSA 📝
Semoga mencapai kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat hendakNya Aamiin 🤲🏻
JK Peperiksaan,
SMSTSSS
27/02/2026
📌 SESI PENERANGAN UP_TVET
🗓 24 Februari 2026 (Selasa)
⏱ 3.00 petang
👥 Murid Tingkatan 4 dan 5
Program anjuran Unit TVET, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Utara, Kementerian Sumber Manusia ini telah dilaksanakan dengan jayanya melibatkan semua murid Tingkatan 4 dan 5 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Sesi ini bertujuan memberi pendedahan kepada murid tentang hala tuju pendidikan dan peluang kerjaya dalam bidang TVET selepas SPM, yang secara tidak langsung membantu murid membuat perancangan masa depan yang lebih jelas dan terarah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak JPNPP dan JPK Wilayah Utara atas penganjuran sesi taklimat ini.
18/02/2026
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADAN AL-MUBARAK
&
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA.
18/02/2026
Marhaban ya Ramadan ✨
Salam Ramadan Al-Mubarak 1447H.
Warga sekolah mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Semoga Ramadan kali ini mendidik hati menjadi lebih sabar, ikhlas dan berdisiplin dalam menuntut ilmu serta beramal soleh. Semoga setiap amalan diterima dan diberkati Allah SWT.
18/02/2026
11 Februari 2026 | Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan 2026
Dirasmikan oleh Encik Ishak Bin Harun,
Ketua Penolong Pengarah Kanan,
Sektor Pendidikan Islam JPNPP.
13/02/2026
13 Feb 2026 | Hari Penetapan Target Calon SPM 2026,
SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa atas sokongan padu terhadap pendidikan serta hala tuju SPM anak-anak.
Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan buat para guru yang bertungkus-lumus demi kejayaan anak-anak Tun Syed.
Moga tahun ini tahun kita 💪🏻