Saja Ingin Tahu

Saja Ingin Tahu

Share

Perasaan Ingin Tahu...

15/11/2024

Sebelum ini, saya ingatkan muslim yang terjerumus dengan kepercayaan syirik hanyalah berbaki mereka yang masih lagi percaya dengan bomoh, mereka yang masih pakai tangkal. (contohnya)

Tapi dengan 'penemuan' istighasah dan 'tawassul' dengan orang mati/jenazah/ roh orang mati di kalangan muslim, barulah saya nampak betapa ramai muslim yang masih terjebak kepercayaan syirik kepada Allah.

Kita mohon kepada Allah, agar kita tidak terjebak kepercayaan syirik.

Nota: saya tidak takfirkan sesiapa. Saya hanya menyatakan perbuatan syirik. Tanpa menyatakan apa itu perbuatan itu, bagaimana kita nak cegah perbuatan syirik itu?

Kredit: Muhammad Ooi

15/11/2024

Sangat malu, aib dan nampak lemah, mundur, apabila orang Islam (tertentu) dilihat berpusing-pusing di kubur, meminta di kubur, hias kubur. Malu kepada orang bukan Islam.

Perangai buruk dan hina, sampai perlu berharap dan bergantung kepada orang yang telah mati untuk sampaikan hajat/doa kepada Allah. Kononnya itu lebih bagus.

Dia tiada keyakinan diri berdepan dan minta dengan Allah. Umpama seorang yang sangat lemah, pengecut dan lusuh penampilan yang menolak kawannya ke hadapan untuk meminta sesuatu kepada Tuan/majikannya.

Sampai nak minta kepada Allah pun, dia mahu guna kabel. Tak cukup guna kabel, minta kerja dan masuk universiti.

Dia ingat Tuhan itu boleh digula-gulakan, dipujuk-pujuk untuk makbulkan doa, apabila dia sebut-sebut nama syeikh / wali / orang soleh yang telah mati, kononnya kerana kedudukan mereka yang dekat dengan Tuhan.

Dia ingat, dia boleh guna cara petik nama kawan itu, petik nama datuk ini, apabila ingin berurusan dengan pihak tertentu? Kononnya aku kenal somebody?

---

Macamlah tiada tempat lain di muka bumi untuk dia berzikir dan berselawat, nak juga dia berkerumun beramai-ramai dan mengayun-ayunkan badan di kubur, dia harapkan 'berkat' si mati tumpah kepadanya dan kemudian Tuhan memandangnya dan perkenankan doanya.

Alangkah mundurnya, dia yang hidup mengharapkan si mati tolong dia.

Dia macam tidak mampu berfikir, orang yang mati itu perlukan orang hidup untuk mandikannya, kapankan, sembahyangkan, diangkat ke kubur, korekkan liang lahat, dimasukkan ke kubur dan ditimbuskan dengan tanah. Dia lupakah orang mati yang perlukan doa dan harapkan pahala yang berterusan sekiranya ketika hidup dulu dia ada buat amal jariah.

Si mati itu, hartanya perlu diuruskan, dibahagikan. Hutangnya perlu dilangsaikan jika ada. Jika si mati belum buat haji, warisnya bolehlah buatkan badal haji untuknya jika mampu/mahu.

Si mati tidak mampu apa-apa, melainkan harapkan rahmat Allah ketika dalam alam barzakh. Jika di dunia dahulu amalnya baik & beriman kepada Allah, insyaAllah dia dapat nikmat daripada Allah swt ketika dalam alam kubur, fasa awal dalam kehidupan akhirat.

----

Berhentilah jadi kubur sebagai tempat ibadah, berselawat, mohon hajat. Kubur itu tempat mayat dikebumikan, tempat untuk kita ziarah dalam ingat kepada mati, sekadar itu sahaja.

Jangan hinakan diri anda meminta tolong dengan orang mati.

Malu, sampai nak berdoa pun masih bergantung kepada orang mati.

Gunakanlah akal fikir dan tinggalkan amal buruk ini. Ia bukan daripada Islam, ia perbuatan orang mundur. Tiada satu pun ayat Al-Quran dan tiada satu pun hadis (lisan Rasulullah) yang suruh kita istighasah atau minta tolong orang mati.

Jadilah muslim bermaruah, ada izzah dan berperangai bergantung kepada diri sendiri.

Kredit: Muhammad Ooi

27/04/2024
Want your school to be the top-listed School/college in Bukit Mertajam?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


1, Kampung Jawa
Bukit Mertajam
13600