Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak

Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak Halaman rasmi SK Bukit Minyak. Memaparkan perkembangan, aktiviti dan maklumat terkini tentang SK Bukit Minyak

🎯 Misi Peperiksaan Bermula!Jangan lupa baca dan fahami nota ini. Ulang kaji setiap hari walaupun sedikit. Semoga semua m...
04/06/2026

🎯 Misi Peperiksaan Bermula!

Jangan lupa baca dan fahami nota ini. Ulang kaji setiap hari walaupun sedikit. Semoga semua murid dapat menjawab dengan yakin dan mencapai keputusan terbaik!

✨ Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan


  📸Mengimbau kembali penyertaan cemerlang pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SK Bukit Minyak dalam pertandingan pe...
04/06/2026

📸

Mengimbau kembali penyertaan cemerlang pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SK Bukit Minyak dalam pertandingan peringkat negeri yang berlangsung pada Mei lalu.

Tahniah kepada semua pembahas dan guru pembimbing atas usaha serta komitmen yang diberikan, khususnya kepada Siti Maryam binti Rizal atas kejayaan meraih Anugerah Pembahas Terbaik.

Semoga terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Bersuara dengan ilmu, berhujah dengan adab. 💙

  Tempat Ketiga Zon BM & Penjaring GolTebanyak.Tahniah anak-anak. Terima kasih Kem Bola Sepak SEBUMI. Semua guru dan coa...
31/05/2026



Tempat Ketiga Zon BM & Penjaring GolTebanyak.

Tahniah anak-anak.

Terima kasih Kem Bola Sepak SEBUMI. Semua guru dan coach En Khairil dan En Nabil yang malatih anak-anak.

“We Might Lost The Battle but We Won The Heart”

✨ SALAM AIDILADHA 1447H | WARGA SEBUMI ✨Dalam gema takbir yang mendamaikan jiwa, Aidiladha hadir membawa makna pengorban...
26/05/2026

✨ SALAM AIDILADHA 1447H | WARGA SEBUMI ✨

Dalam gema takbir yang mendamaikan jiwa, Aidiladha hadir membawa makna pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT. 🤍

Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS menjadi inspirasi buat kita semua untuk terus ikhlas dalam berbakti, sabar dalam ujian dan teguh dalam iman.

Buat seluruh warga sekolah, murid-murid, ibu bapa serta komuniti SEBUMI yang dikasihi…
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H 🐐🌙
Maaf Zahir & Batin.

"Di sebalik setiap pengorbanan, tersimpan kasih yang mendekatkan kita kepada Allah." ✨

Ikhlas daripada Warga SEBUMI 💚

26/05/2026

Bersiap sedia untuk PPT 2026!

Teruskan berusaha dan semoga sukses! ✨

20-21 Mei 2026TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK SK BUKIT MINYAK!Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bola S...
21/05/2026

20-21 Mei 2026

TAHNIAH PASUKAN BOLA SEPAK SK BUKIT MINYAK!

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Sepak SK Bukit Minyak atas kejayaan meraih Tempat Ketiga dalam Kejohanan Bola Sepak MSSPP Zon Bukit Mertajam yang berlangsung pada 20 hingga 21 Mei 2026 di Padang SK Alma.

🌟 Tahniah juga kepada adik Danish Rifqi bin Mohd Khairil atas pencapaian cemerlang dinobatkan sebagai Penjaring Terbanyak kejohanan. Satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga SEBUMI! ⚽🔥

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih para pemain, bimbingan guru jurulatih serta sokongan padu daripada seluruh warga sekolah.

Syabas buat semua pemain yang telah berjuang penuh semangat, disiplin dan kesungguhan demi membawa nama SEBUMI dengan penuh bangga.

SEBUMI bukan sekadar bertanding, tetapi hadir untuk memberi saingan! 💙💛

18-21 Mei 2026TAHNIAH PASUKAN BAHAS SK BUKIT MINYAKAlhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Bahasa...
21/05/2026

18-21 Mei 2026

TAHNIAH PASUKAN BAHAS SK BUKIT MINYAK

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen SK Bukit Minyak atas penyertaan cemerlang dalam Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen Sekolah Rendah Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung pada 18 hingga 21 Mei 2026 di SMKA Sheikh Tahir Jalaluddin.

Pasukan pembahas SEBUMI telah mempamerkan keyakinan, kebijaksanaan berhujah dan semangat juang yang tinggi sehingga berjaya mara ke peringkat suku akhir.

🌟 Tahniah istimewa kepada adik Siti Maryam binti Rizal atas kejayaan meraih Anugerah Pembahas Terbaik, satu pencapaian yang amat membanggakan buat warga SEBUMI.

Syabas kepada semua pembahas, guru pembimbing dan semua pihak yang sentiasa memberi sokongan serta doa.

Bersuara dengan ilmu, berhujah dengan adab, melakar kejayaan dengan usaha. Tahniah SEBUMI! 💙

19 Mei 2026TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SK BUKIT MINYAKAlhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SK Buk...
21/05/2026

19 Mei 2026

TAHNIAH PASUKAN BOLA JARING SK BUKIT MINYAK

Alhamdulillah, tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring SK Bukit Minyak atas semangat juang dan komitmen cemerlang dalam Kejohanan Bola Jaring MSSPP Zon Bukit Mertajam yang berlangsung pada 19 Mei 2026 di SMK Tinggi Bukit Mertajam.

Pasukan SEBUMI telah menunjukkan aksi yang membanggakan di peringkat kumpulan:
✅ Menewaskan SK Taman Impian
✅ Menewaskan SK Sungai Rambai
dan seterusnya berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir.

Walaupun langkah terhenti di suku akhir selepas pertemuan dengan SK Juru, semangat juang, disiplin dan usaha yang dipamerkan amat membanggakan.

Syabas kepada semua pemain, guru pembimbing dan semua yang sentiasa memberi sokongan buat pasukan SEBUMI.

Kalah menang adat pertandingan, semangat juang tetap kebanggaan! 💜

12-14 Mei 2026TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW SK BUKIT MINYAKAlhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak...
21/05/2026

12-14 Mei 2026

TAHNIAH PASUKAN SEPAK TAKRAW SK BUKIT MINYAK

Alhamdulillah, sekalung tahniah diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SK Bukit Minyak atas penyertaan cemerlang dalam Kejohanan Sepak Takraw MSSPP Peringkat Zon Bukit Mertajam yang telah berlangsung pada 12 hingga 14 Mei 2026 di SK Bandar Baru Perda.

Pasukan SEBUMI telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan sehingga berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Tahniah kepada semua murid yang terlibat, guru pembimbing serta semua pihak yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan.

Terus melangkah, terus berjuang. Ayuh SEBUMI! 💙💛

Address

Jalan Bukit Minyak
Bukit Mertajam
14000

Telephone

+6045078057

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Bukit Minyak:

Shortcuts

Share