Pasti Kawasan Bukit Mertajam

Pasti Kawasan Bukit Mertajam AgroBank 100-7541-00000909-1
(Pasti Kawasan BM)

16/08/2026

PERTANDINGAN ALAM RIA PASTI KAWASAN BUKIT MERTAJAM 2026

Mencungkil bakat, membina keyakinan, menyemai ukhuwah!

Ayuh kita meriahkan Pertandingan Alam Ria PASTI Kawasan Bukit Mertajam 2026 dengan penuh semangat dan keceriaan!

Program ini menjadi platform untuk anak-anak PASTI menyerlahkan bakat, kreativiti dan potensi diri dalam suasana yang penuh ceria, mendidik serta membina semangat kerjasama.

β€œBakat Diserlahkan, Ukhuwah Diperkasakan, Generasi Rabbani Dibentuk.”

Semoga pertandingan ini menjadi kenangan indah buat anak-anak PASTI serta mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan seluruh warga PASTI Kawasan Bukit Mertajam.

PASTI Kawasan Bukit Mertajam 2026
Melahirkan Generasi Soleh, Cerdas dan Berkualiti.

14/08/2026

✨ SAHAM AKHIRAT ANDA BERMULA DI SINI ✨

Ayuh bersama menyumbang untuk kelangsungan pendidikan anak-anak PASTI Bukit Mertajam, khususnya bagi menjayakan Program *Alam Ria PASTI Kawasan Bukit Mertajam.* πŸ“šπŸŒ±

πŸ’³ Akaun Infaq PASTI
🏦 Agro Bank: 100-7541-00000909-1
πŸ“Œ Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI)

πŸ“– β€œDan apa sahaja yang kamu dermakan (infakkan), maka Allah akan menggantinya, dan Dia adalah sebaik-baik Pemberi rezeki.”
β€” Surah Saba’: 39

🀲 Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berterusan dan diberkati Allah.

πŸ’š Sumbangan anda, manfaat buat anak-anak PASTI.

31/07/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, Program Permainan BSBJ PASTI Kawasan Bukit Mertajam telah berlangsung dengan jayanya.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada seluruh peserta, para guru, ibu bapa, urus setia serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen sepanjang program ini berlangsung. Semoga segala usaha dan pengorbanan yang dicurahkan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Semoga program ini dapat mengeratkan ukhuwah, menyemai semangat kerjasama dan menjadi kenangan indah buat semua warga PASTI Kawasan Bukit Mertajam. Terima kasih atas penyertaan dan sokongan anda semua.

Semoga Allah SWT memberkati segala usaha kita. Terima kasih.

13/02/2026

Indahnya bila kasih sayang merentas bangsa 🀍
Pelajar-pelajar PASTI berkongsi kegembiraan dengan menghadiahkan sedikit tanda ingatan buat rakan-rakan berbangsa Cina sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba.
Semoga semangat hormat, persahabatan dan perpaduan ini terus mekar dalam hati generasi muda. 🧧✨

06/10/2025

πŸ’š

πŸ’š
03/09/2025

πŸ’š

Assalamualaikum wbt.

✨ *Jom Raih Pahala Bersama!* ✨

Alhamdulillah, acara tahunan *Alam Ria PASTI Pulau Pinang 2025* bakal berlangsung tidak lama lagi! 🌸
πŸ“… *7 September 2025*
πŸ“ *MPC Kepala Batas*

Acara ini menjadi wadah untuk anak-anak PASTI menonjolkan bakat, keyakinan serta kecintaan mereka terhadap Islam sejak kecil.

Bagi menjayakan program ini, kami membuka ruang *sumbangan ikhlas* daripada tuan/puan bagi menampung kos penganjuran. Setiap sumbangan anda adalah pelaburan besar dalam pembentukan generasi Islam yang berakhlak mulia. 🌱

🀲 *Sumbangan boleh disalurkan ke akaun:*
🏦 *Bank Islam*
πŸ“Œ *No Akaun: 07043010009645*
*Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Negeri Pulau Pinang*

πŸ’š β€œSedekah tidak akan mengurangkan harta, bahkan Allah akan melipatgandakan ganjarannya.”

Sama-sama kita jayakan Alam Ria PASTI Pulau Pinang 2025!

Terima Kasih.

PASTI An-Nur Taman Alma Jaya
20/08/2025

PASTI An-Nur Taman Alma Jaya

πŸ’šPENDAFTARAN BAGI SESI 2026 MASIH DIBUKA πŸ’š

Kekosongan :

βœ… 4 tahun
βœ… 6 tahun

Waris yang berminat boleh mengisi permohonan di website PASTI Malaysia (www.pastimalaysia.com)
Sila isikan Kod PASTI : P050202

Sila hadir ke PASTI An-Nur untuk mengambil borang fizikal. Setelah mengisi borang, sila kepilkan salinan dokumen yang diminta bersama slip yang diperoleh dari website.

Waktu Operasi PASTI

Isnin-Khamis : 8.00 pagi - 12.30 tengahari
Jumaat : 8.00 pagi - 11.30 pagi

Sebarang pertanyaan :
https://wasap.my/601115373214/PastiAnNur

Address

Bukit Mertajam
Bukit Mertajam
14000

Telephone

+60195322471

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pasti Kawasan Bukit Mertajam posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category