18/04/2026
Alhamdulillah, dengan penuh rasa syukur, majlis jamuan Hari Raya yang telah berlangsung semalam berjalan dengan lancar dan jayanya.
Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa yang sudi berkongsi rezeki serta membawa pelbagai juadah. Sumbangan dan kerjasama anda semua bukan sahaja memeriahkan suasana, malah mencipta kenangan indah buat anak-anak tahfiz serta para tetamu yang hadir.
Tidak dilupakan, terima kasih kepada semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan majlis kami. Kehadiran anda semua amat kami hargai dan menyemarakkan lagi suasana ukhuwah pada malam tersebut.
Ucapan penghargaan khusus juga ditujukan kepada Ustaz Ali dan team AQSO atas usaha dan komitmen dalam mengendalikan sistem bunyi dengan begitu baik dan lancar sepanjang program berlangsung.
Terima kasih juga atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan kepada pihak maahad dalam menjayakan segala aktiviti yang dijalankan di MTADS.
Sekalung penghargaan buat semua yang telah memberikan kerjasama, sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Sesungguhnya setiap usaha dan kebaikan daripada pihak ibu bapa dan keluarga amat kami hargai.
Semoga segala jasa baik ini dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda oleh Allah SWT.
Semoga di penghujung bulan Syawal ini membawa keberkatan, mengeratkan lagi ukhuwah, serta dipenuhi dengan rahmat dan kasih sayang daripada-Nya.
Mohon maaf di atas segala kesilapan atau kekurangan sepanjang program ini dijalankan. Yang kurang baik itu daripada pihak kami sendiri, dan yang baik itu semuanya datang daripada Allah SWT. Semoga Allah merahmati setiap usaha baik kita semua.
Jazakumullahu khairan kathiran.