14/08/2026
ππ PROMOSI PERPUSTAKAAN ππ
14.08.2026
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Nama Program: Merdeka Bersama Si Cilik.
Tarikh: 12.08.2026
Bil. Peserta: 52 Orang (Termasuk Guru)
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pelajar Tabika Perpaduan serta Taska Perpaduan Taman Sejahtera atas kehadiran, kerjasama dan penyertaan yang begitu baik sepanjang Program Merdeka Bersama Si Cilik.
Antara Aktiviti yang dijalankan ialah:
Pengenalan Perpustakan
Nyanyian Lagu Kemerdekaan
Pertandingan Pakaian Tradisional
Perarakan Kemerdekaan
Keceriaan, semangat dan keaktifan anak-anak semua telah menjadikan program ini lebih meriah dan bermakna. Walaupun masih kecil, anak-anak telah menunjukkan semangat cintakan negara, semangat berkawan tanpa mengira perbezaan serta nilai perpaduan yang sangat baik.
Program seperti ini bukan sahaja memberi peluang kepada anak-anak untuk berseronok dan belajar melalui aktiviti yang disediakan, malah turut membantu menyemai semangat patriotisme, mengenali simbol-simbol negara dan memupuk rasa sayang kepada Malaysia sejak usia dini.
Ucapan penghargaan turut ditujukan kepada guru-guru dan pihak pengurusan Tabika Perpaduan serta Taska Perpaduan Taman Sejahtera atas komitmen, sokongan dan kerjasama yang diberikan dalam memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar.
Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus kukuh dan dapat diteruskan melalui pelbagai program yang bermanfaat pada masa akan datang.
Terima kasih, adik-adik! π
Kalian ialah generasi pewaris masa hadapan negara.
Teruskan belajar, berkawan, saling menghormati dan sayangi Malaysia! π²πΎβ€οΈ
βPergi ke pekan pakai baju cantik,
Pergi dengan Mak Siti,
Merdeka Bersama Si Cilik,
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"
Sekian, terima kasih.
Ikhlas daripada:
Perpustakaan Desa Taman Permata