13/06/2024
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Ts. Dr. Ghazirah binti Mustapha @ Mustafa, wakil cawangan negeri Wanita Cekak PSSCM Seberang Perai, serta Tim Penyelidik bersama yang diketua oleh Dr. Firdaus bin Abdul Razak atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan Biaya Terus CIP Spark daripada syarikat Cradle Fund.
Kami warga PSSCM berasa amat berbangga dan mengucapkan selamat maju jaya buat Dr. Ghazirah dan rakan-rakan.
Semoga terus menjadi inspirasi buat seluruh ahli PSSCM untuk meningkatkan mutu pendidikan Silat Cekak melalui penyelidikan ke peringkat yang lebih tinggi.
27/05/2024
Lawatan PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang ke *Muzium Negeri Kedah Darul Aman* dan *Pusat Pembangunan Insan (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah)*
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada pihak *PSSCM Cawangan Kedah* kerana dapat meluangkan masa mengiringi lawatan yang diadakan.
Diharapkan dengan adanya program sebegini, ia dapat mengukuhkan Silaturrahim antara Ahli cawangan PSSCM secara menyeluruh.
27/05/2024
PROGRAM JELAJAH ILMU WARISAN PSSCM UITM CAWANGAN PULAU PINANG (KAMPUS PERMATANG PAUH)
TARIKH : 25 MEI 2024
TEMPAT LAWATAN :
1. Muzium Negeri Kedah Darul Aman
2. Masjid Zahir, Alor Setar Kedah
3. Pusat Pembangunan Insan (Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Kedah)
4. Murtadha Dakwah Centre (MADAD)
PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang (Kampus Permatang Pauh) telah menganjurkan satu Lawatan Ilmiah yang bertujuan memberi ruang kepada pelajar untuk mendapatkan maklumat berkaitan ilmu yang diwariskan oleh mereka yang terdahulu khususnya ilmu Seni Silat Cekak Malaysia. Program yang dimulakan dengan lawatan ke Muzium Negeri Kedah dan Pusat Pembangunan Insan ini telah diringi oleh Wakil dari PSSCM Cawangan Kedah.
Ketibaan kami disambut mesra oleh Puan Fazira Suriani dan Puan Nurul Nassima. Kami seterusnya dibawa melihat galeri-galeri di Muzium Negeri Kedah, antaranya galeri yang memaparkan sejarah awal Kedah, artifak budaya, dan mengenai seni mempertahankan diri tradisional. Paling Istimewa peserta diberi penerangan tentang galeri khusus yang menampilkan sejarah serta perkembangan Seni Silat Cekak Malaysia. Di sini, pegawai penerangan (En Mirza) telah berkongsi serba sedikit maklumat tentang perjalanan PSSCM bersama kami. Usai lawatan, pelajar turut berkesempatan merakam keindahan Masjid Zahir yang merupakan mercu tanda Alor Setar, Kedah ketika menunggu waktu untuk Solat Zohor.
Seterusnya, Pusat Pembangunan Insan menjadi lokasi ketiga lawatan. Di sini, kami diberi penerangan mengenai program latihan dan pembangunan yang akan dijalankan oleh PSSCM untuk mengasah kemahiran ahli dalam Ilmu Seni Silat Cekak serta pembangunan diri secara holistik.
Program lawatan diakhiri dengan singgah ziarah di Murtadha Dakwah Centre (MADAD) untuk solat Asar. Peserta juga sempat meluangkan sedikit masa bagi melawat Taman Kucing MADAD. Terima kasih pihak Pengurusan MADAD (Puan Athirah) atas cenderamata untuk peserta lawatan.
PSSCM UITM Cawangan Pulau Pinang ingin merakamkan sekalung Penghargaan kepada Pihak HEP yang memberi kelulusan, PSSCM Cawangan Kedah & Team Pengurusan MADAD. Tanpa Kerjasama dan bantuan yang diberikan, tentulah sukar untuk kami menjayakan pogram ini. Terima kasih kepada En Mohd Syafiq (Penasihat), Ts Dr Ghazirah (Penasihat), En Syobri Yob (Pemandu) & En Nazri Hashim (Pemandu) yang telah sama mengiringi dan memastikan keselamatan semua peserta.
Secara keseluruhan, lawatan ini berjaya mencapai objektifnya. Ia bukan sahaja menambah ilmu pengetahuan peserta mengenai Silat Cekak, tetapi juga dapat mengukuhkan Silaturrahim antara cawangan PSSCM. Diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang kerana ia dapat memberikan manfaat yang baik kepada semua yang terlibat.
Alhamdu Lillah.
26/11/2023
๐๐๐๐๐๐๐๐-๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐) ๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐-๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐.
Ucapan tahniah ini disampaikan dengan penuh kebanggaan oleh Guru Utama dan Presiden, barisan kepimpinan, dan seluruh Ahli Silat Cekak Malaysia.
Diharapkan Encik Shahril terus berjaya dalam bidang yang diceburi dan terus menabur bakti dalam pembangunan modal insan Ahli Silat Cekak, khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua untuk terus menyumbang kepada agama, bangsa dan negara.
"๐๐ข๐ฅ๐๐ญ ๐๐ข๐๐๐ฃ๐, ๐๐๐ง๐ ๐ฌ๐ ๐๐๐ซ๐๐๐ฎ๐ฅ๐๐ญ"
๐๐๐๐๐๐ || ๐๐๐๐๐๐ || ๐๐๐๐๐๐๐๐๐.
#๐๐๐๐๐ก๐ถ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐ด๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐ถ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐
#๐พโ๐๐ง๐๐๐โ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ต๐ข๐๐๐ฆ๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐พ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐
#๐๐๐๐๐๐๐๐๐ก๐๐๐๐๐ ๐๐๐ต๐๐๐๐ ๐
#๐ต๐๐๐ ๐๐๐๐ท๐๐๐ต๐๐๐ ๐๐ก๐ข
#๐๐๐๐ถ๐
#๐๐๐๐๐ฆ๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
#๐๐๐๐๐๐
03/11/2023
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Datuk Prof. Ts. Dr. Shahrin Sahib @ Sahibuddin atas pelantikan sebagai Naib Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkuatkuasa 2 November 2023.
Selamat datang ke UiTM.
Ikhlas daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Teknologi MARA Kampus Permatang Pauh.
JUBLI EMAS PSSCM UiTM (1974 - 2024) : MELAHIRKAN MAHASISWA BERJIWA PANGLIMA
24/10/2023
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Alumni UiTM Permatang Pauh, Aniq dan Athirah Azmi atas perlantikan menjadi Tenaga Pengajar baharu.
Semoga dengan perlantikan ini, Aniq dan Athirah Azmi akan terus berjasa dengan PSSCM dalam memelihara adat Melayu supaya tidak ditelan zaman.
23/10/2023
Alhamdulillah, Majlis *Demonstrasi Penerangan & Pengambilan Ahli Baru PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang* telah berjaya diadakan pada 18 OKTOBER 2023 dengan kehadiran Penasihat PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang (Dr. Ghazirah Mustapha dan Encik Syafiq Abd Rahman).
Majlis berjalan lancar dengan kehadiran para pelajar
Majlis bermula jam 8.30 malam dibuka dengan alunan Selawat Badriah, Bacaan doa dan Pengenalan Ringkas oleh Tenaga Pengajar Dr. Ghazirah Mustapha.
Majlis diteruskan dengan persembahan aksi Demonstrasi oleh ahli PSSCM CSP dan Penerangan oleh Encik Syahran bin Che Mat selaku Ketua Penerangan PSSCM CSP.
Semoga majlis ini dapat memberi maklumat jelas tentang manfaat PSSCM kepada semua pelajar yang hadir seterusnya mencetus minat mereka untuk mendaftar sebagai ahli PSSCM.
Terima kasih kepada Penasihat, Penyelia Kelas En Shahril Shahrom, Encik Mohamad Azli bin Johari (Ketua Penerangan PSSCM CSP), Ahli Demonstrasi, Tenaga Pengajar, Ahli Jawatankuasa Pelaksana dan ahli yang sudi member kerjasama dan sokongan penuh untuk melancarkan majlis ini.
10/10/2023
(ใฃโโกโ)ใฃ โฅ Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, Kelas Latihan Pertama PSSCM UiTM Cawangan Pulau Pinang bagi semester OKT23 - FEB 24 telah selesai diadakan pada 9/10/2023. Terima kasih kepada semua Tenaga Pengajar dan ahli-ahli yang terlibat dalam menjayakan kelas latihan kali ni.
โฅ
30/08/2023
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-66 tahun.
Malaysia Madani:
Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan.
Ikhlas daripada
Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia.
08/07/2023
Alhamdulillah "Selesai sudah Aktiviti kelas kompang PSSCM UiTMPP pada sem ini,..terima kasih atas kehadiran para ahli yang terlibat
29/06/2023
Bismillahhirrahmanirrahim,
Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat islam di dunia,
Semoga semua amalan dan pengorbanan kita pada tahun ini sentiasa diredhai Allah SWT,
Ikhlas daripada Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM Cawangan Pulau Pinang.