PPKI SMK Machang Bubuk

PPKI SMK Machang Bubuk Selamat Datang Ke Page PPKI SMK MACHANG BUBUK �

30 April 2026 (Khamis)Program Eksplorasi ke Alor Setar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini memberi pe...
01/05/2026

30 April 2026 (Khamis)

Program Eksplorasi ke Alor Setar telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Program ini memberi peluang kepada murid untuk menimba pengalaman baharu, memperluas pengetahuan serta mengeratkan hubungan silaturahim. Diharapkan segala ilmu dan kenangan yang diperoleh sepanjang program ini dapat dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

28 April 2026 (Selasa)Alhamdulillah, Program Remaja Hebat 4.0 telah berlangsung dengan jayanya.Tahniah kepada semua muri...
01/05/2026

28 April 2026 (Selasa)

Alhamdulillah, Program Remaja Hebat 4.0 telah berlangsung dengan jayanya.
Tahniah kepada semua murid yang terlibat.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melangkah lebih jauh.

Tidak dilupakan juga ucapan jutaan terima kasih kepada barisan guru-guru serta PPM PPKIMB yang bertungkus lumus bagi memastikan program berjalan dengan lancar.

.0

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid ppkimb kerana telah mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri ...
22/04/2026

Tahniah diucapkan kepada 3 orang murid ppkimb kerana telah mewakili sekolah ke Kejohanan Merentas Desa Peringkat Negeri Pulau Pinang.

Aliena Aliyah tempat ke 7
Syaza Ayuni tempat ke 13

Kami daripada PPKIMB mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baharu buat cikgu Raudhah. Semoga ukhwah yang dibina kekal...
16/04/2026

Kami daripada PPKIMB mengucapkan selamat maju jaya di sekolah baharu buat cikgu Raudhah. Semoga ukhwah yang dibina kekal selamanya.

Terima kasih atas jasa dan bakti yang telah dicurahkan. Jangan lupakan kami di sini. ❤️✨

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah. 3 April 2026Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙Ikhlas daripada warga PPKI.Terima...
04/04/2026

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah.
3 April 2026

Selamat Hari Raya Aidilfitri 🌙
Ikhlas daripada warga PPKI.
Terima kasih kepada semua guru, ibu bapa dan murid atas kerjasama dan sokongan. Semoga Aidilfitri ini membawa kebahagiaan buat kita semua 🤍

Anak-anak ceria berbaju raya ❤️

02/04/2026

Hari autisme sedunia

Hari Autisme Sedunia disambut setiap 2 April, dan pada tahun 2026 tema globalnya ialah “Autisme dan Kemanusiaan” yang menekankan bahawa setiap kehidupan mempunyai nilai. Di Malaysia, sambutan ini turut diwarnai dengan acara seperti Run for Autism 2026 yang berlangsung sepanjang bulan April.

📅 Fakta Penting Sambutan Hari Autisme Sedunia 2026

• Tarikh rasmi: 2 April 2026 (ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
• Tema global: Autisme dan Kemanusiaan – Setiap Kehidupan Memiliki Nilai.
• Matlamat: Meningkatkan kesedaran masyarakat, menegaskan hak dan martabat individu dengan spektrum autisme, serta menggalakkan sokongan inklusif.

🌍 Konteks Global

• Hari Autisme Sedunia digagas oleh PBB sejak 2007.
• Ia menjadi platform antarabangsa untuk menegaskan bahawa individu dengan autisme adalah sebahagian penting daripada masa depan kemanusiaan.

⚠️ Perkara Penting

• Risiko salah faham: Autisme bukan penyakit berjangkit, tetapi satu spektrum perkembangan neurologi.
• Cabaran utama: Stigma sosial dan kurangnya akses kepada perkhidmatan sokongan.
• Langkah praktikal: Tingkatkan kesedaran melalui pendidikan, sokongan komuniti, dan acara inklusif.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Musalmah sekeluarga serta Dato’ Uswath atas kesudian...
12/03/2026

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Musalmah sekeluarga serta Dato’ Uswath atas kesudian menaja majlis iftar yang telah berlangsung di The Light Hotel Penang pada 11 Mac 2026. Sumbangan dan keprihatinan ini amat bermakna dalam menceriakan serta memberikan pengalaman yang indah kepada murid-murid PPKI.

Majlis ini turut menjadi kenangan istimewa apabila murid-murid PPKI berpeluang bergambar bersama Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Azam Ahmad, serta Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia (Sektor Pembangunan Profesionalisme), Dato’ Amzan Abd Malek.

Semoga segala kebaikan dan sumbangan yang diberikan diberkati serta dibalas dengan ganjaran yang berlipat ganda. Terima kasih atas sokongan dan keprihatinan yang diberikan dalam menceriakan murid-murid PPKI.

AKTIVITI TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADANAlhamdulillah, murid-murid telah menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran se...
27/02/2026

AKTIVITI TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADAN

Alhamdulillah, murid-murid telah menyertai aktiviti Tadarus Al-Quran sempena bulan Ramadan dengan penuh semangat dan disiplin.

Aktiviti ini bukan sahaja meningkatkan kemahiran bacaan, malah memupuk nilai kerjasama, kesabaran dan kecintaan terhadap Al-Quran.

Semoga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita semua. 🌙✨

https://vt.tiktok.com/ZSmgPGS5b/Kepada Khairulaming kami buat jadiii. Anak-anak team pastri try resepi khairulaming hari...
26/02/2026

https://vt.tiktok.com/ZSmgPGS5b/

Kepada Khairulaming kami buat jadiii.
Anak-anak team pastri try resepi khairulaming harini. Seronok depa jadii. Alhamdulillah

62 likes, 2 comments. “Replying to Fariha Kepada , Team Pastri PPKI SMKMB buat jadiii”

Selasa 24 Februari 2026Watikah Perlantikan Kempimpinan Sekolah bagi tahun 2026. Berikut merupakan wakil murid PPKI yang ...
26/02/2026

Selasa 24 Februari 2026

Watikah Perlantikan Kempimpinan Sekolah bagi tahun 2026. Berikut merupakan wakil murid PPKI yang menerima watikah perlantikan bagi jawatan Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas Media, dan Pengawas Koperasi.

Semoga amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab, integriti dan dedikasi.

Address

SMK MACHANG BUBUK
Bukit Mertajam
14020

Opening Hours

Monday 07:30 - 16:30
Tuesday 07:30 - 16:30
Wednesday 07:30 - 16:30
Thursday 07:30 - 16:30
Friday 07:30 - 16:30

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PPKI SMK Machang Bubuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category