10/06/2026
๐ฟ TUNAIKAN ZAKAT SIMPANAN BERSAMA KAMI๐ฟ
๐ฐ Zakat Simpanan bukan sekadar kewajipan, malah ia membersihkan harta, menyucikan jiwa dan mengundang keberkatan dalam rezeki keluarga.
๐ Jika mempunyai simpanan yang telah mencukupi syarat dan nisab, tunaikanlah zakat simpanan anda melalui website :
๐ ๐๐ฅ๐ข๐ค & ๐๐ฎ๐ง๐๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐๐ค๐๐ซ๐๐ง๐ !
โก๏ธ https://rb.gy/uxhcr
Atau
๐ฆ ๐๐๐ง๐ค ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ : ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ง๐๐๐ก ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ ๐๐๐ก๐ซ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฅ๐ฎ๐ฆ
Rujukan : Zakat Simpanan
Kami juga menerima :
โ
Zakat Pendapatan
โ
Zakat Emas
โ
Zakat Pertanian
โ
Zakat Perniagaan
โ
Zakat KWSP
โ
Zakat Saham
Anda juga layak mendapat rebat cukai LHDN.
๐ฒ Sebarang pertanyaan atau hantar slip bayaran ke talian rasmi Zakat Bahrul Ulum :https://wa.me/601155335082
๐๐๐ค๐๐ญ ๐๐ง๐๐ ๐๐ฎ๐ค๐๐ง ๐ฌ๐๐ค๐๐๐๐ซ ๐ค๐๐ฐ๐๐ฃ๐ข๐๐๐ง, ๐ญ๐๐ฉ๐ข ๐ฌ๐๐ก๐๐ฆ ๐๐ค๐ก๐ข๐ซ๐๐ญ ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐ค๐๐ง ๐ญ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐ฆ๐๐ง๐ ๐๐ฅ๐ข๐ซ ๐คฒ๐ป
06/06/2026
๐ KGS Siri III 2026 selesai!
Alhamdulillah, bebrapa orang guru SMITI Sains Bahrul Ulum telah berkampung selama 2 hari di Kem Bumi Jati, Shah Alam bagi mengikuti Kursus Guru SMITI Malaysia.
Penat memang penat ๐
, tetapi sangat berbaloi dengan ilmu, pengalaman dan perkongsian yang diperoleh daripada para pembentang yang hebat.
Sekarang masa untuk bawa pulang segala ilmu tersebut ke bilik darjah demi memberikan yang terbaik buat anak-anak didik kami.
Terus doakan para guru SMITI diberi kekuatan dan keikhlasan dalam mendidik generasi pewaris ummah. ๐คฒโจ
26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Seluruh warga kerja SMITI Sains Bahrul Ulum mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam.
Semoga Aidiladha kali ini membawa keberkatan, keikhlasan, ketenangan jiwa serta mengeratkan ukhuwah sesama kita. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diredai Allah SWT.
โQurban mengajar kita tentang ikhlas, sabar dan pengorbanan.โ
Salam Aidiladha.
25/05/2026
Kejohanan Merentas Desa SMITI Sains Bahrul Ulum yang berlangsung pada Jumaat lepas telah mencipta sejarah tersendiri apabila julung kalinya dianjurkan oleh pihak sekolah. Program ini mendapat sambutan yang amat baik daripada para pelajar yang bersemangat menyertai larian sejauh 3 kilometer di sekitar Kampung Mengkuang T**i.
Penganjuran program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat, meningkatkan kecergasan fizikal serta membina semangat daya tahan dan disiplin dalam kalangan pelajar. Tahniah diucapkan kepada semua peserta, guru dan urus setia yang telah bersama-sama menjayakan kejohanan sulung ini dengan penuh meriah dan semangat kesukanan.
21/05/2026
Kelab Tunas Usahawan telah mengadakan Jualan Mini pada 20 Mei 2026 (Rabu) bermula jam 4.45 petang hingga 5.30 petang bertempat di Bengkel KATV SMITI Sains Bahrul Ulum. Program ini berlangsung dalam suasana yang meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada para pelajar serta warga sekolah. Jualan mini ini dianjurkan bagi memberi pendedahan kepada ahli kelab tentang asas keusahawanan, pengurusan jualan serta pengalaman berinteraksi dengan pelanggan secara langsung.
Pelbagai jenis makanan telah dijual sepanjang program berlangsung antaranya kek batik, spagetti carbonara, air balang ribena, meggi dan kuetiaw bakso serta popia carbonara goreng panas. Setiap gerai berjaya menarik perhatian pengunjung dan kebanyakan makanan habis dijual dalam tempoh yang singkat. Ahli Kelab Tunas Usahawan juga menunjukkan kerjasama yang baik dalam menguruskan penyediaan makanan, jualan dan layanan kepada pelanggan.
Secara keseluruhannya, program ini berjalan lancar dan mencapai objektif yang dirancang. Pihak kelab merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi sokongan dan membantu menjayakan Jualan Mini Kelab Tunas Usahawan. Sokongan yang diberikan amat bermakna dalam menyuntik semangat kepada para ahli untuk terus aktif dan berusaha mempelajari bidang keusahawanan.
18/05/2026
Sambutan Hari Guru di SMITI Sains Bahrul Ulum tahun ini berlangsung dengan meriah bertemakan Busana Arab. Seperti tahun-tahun sebelumnya, majlis ini diuruskan sepenuhnya oleh badan pengawas dan murid-murid sekolah tanpa penglibatan guru, sekali gus menyerlahkan semangat kerjasama, kepimpinan dan kreativiti para pelajar.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan dengan suasana ceria dihiasi telatah para guru yang mencuit hati dan menghiburkan semua warga sekolah. Majlis turut diakhiri dengan bacaan Ikrar Guru yang penuh bermakna sebagai simbol komitmen para pendidik dalam mendidik anak bangsa.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada badan pengawas serta semua murid yang bertungkus-lumus menjayakan sambutan ini. Termasuk juga penghargaan kepada Haziq dan Syafi Wazif dari Kelab Media SMITI Sains Bahrul Ulum atas rakaman dan gambar-gambar sepanjang program berlangsung.
Selamat Hari Guru buat seluruh warga pendidik SMITI Sains Bahrul Ulum.
16/05/2026
SELAMAT HARI GURU 16 MEI 2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pendidik atas segala curahan ilmu, didikan serta pengorbanan yang tidak ternilai ๐น
โGuru Haraki Pemangkin Kekuatan Jemaahโ
Ikhlas daripada:
Jemaah Ibu Bapa dan Guru
SMITI Sains Bahrul Ulum
12/05/2026
Pada hari ini telah berlangsung Ujian Bertutur Bahasa Melayu Tingkatan 5 bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 5 di SMITI Sains Bahrul Ulum. Ujian ini dijalankan dengan lancar melibatkan para pelajar Tingkatan 5 yang hadir dengan penuh semangat dan persediaan bagi menampilkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Melayu yang terbaik.
Sepanjang ujian berlangsung, para pelajar diberi peluang untuk menunjukkan keupayaan bertutur secara yakin, tersusun dan berkesan melalui pelbagai bentuk soalan serta situasi yang dikendalikan oleh para guru penilai. Ujian ini bukan sahaja menilai aspek bahasa, malah membantu meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam menyampaikan idea dan pandangan dengan lebih matang dan profesional.
Semoga para pelajar terus berusaha memperbaiki kelemahan, meningkatkan kemahiran komunikasi dan mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Diharapkan juga pengalaman ini dapat menjadi medan latihan terbaik untuk melahirkan pelajar yang petah berbicara, berilmu dan berkeyakinan tinggi pada masa hadapan.
Harapan kami para guru dan ibu bapa khasnya, agar semua calon Tingkatan 5 diberikan kejayaan dan dipermudahkan urusan dalam menghadapi peperiksaan SPM nanti, insyaAllah.
11/05/2026
Majlis Penyampaian Sijil Ihtifal Ilmi SMAR Pulau Pinang telah berlangsung dengan penuh penghargaan dan rasa bangga buat para pelajar SMITI yang berjaya mengharumkan nama sekolah dalam pertandingan yang telah berlangsung tempoh hari.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima sijil atas usaha, komitmen serta semangat yang ditunjukkan sepanjang pertandingan. Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan buat diri sendiri, malah turut membanggakan ibu bapa, guru-guru dan seluruh warga sekolah.
Buat para pelajar yang belum berjaya, jangan berputus asa. Setiap pengalaman adalah satu proses pembelajaran dan langkah untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang. Teruskan berusaha, perbaiki diri dan yakinlah bahawa setiap usaha yang bersungguh-sungguh pasti ada ganjarannya.
Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh pelajar SMITI untuk terus cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
09/05/2026
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah.
Selesai sudah Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Rakyat Pulau Pinang (MIISMAPP) 2026 yang berlangsung sepanjang hari ini di SMA Maahad Khairiah Islamiah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada PK Kokurikulum, para jurulatih, guru-guru pengiring, peserta-peserta serta seluruh warga SMITI Sains Bahrul Ulum yang bertungkus-lumus menjayakan penyertaan tahun ini.
Alhamdulillah, tahun ini 4 acara berjaya menjadi milik SMITI Sains Bahrul Ulum:
๐ฅ Hafazan Perempuan โ Naib Johan
๐ฅ Syarahan Bahasa Inggeris Perempuan โ Naib Johan
๐ฅ Nasyid โ Tempat Ketiga
๐ฅ Kalam Jamaie โ Naib Johan
Setiap latihan, setiap debar di atas pentas, setiap suara yang dipersembahkan hari ini adalah hasil kerja keras dan pengorbanan ramai pihak. Menang atau kalah bukan sekadar ukuran, tetapi keberanian membawa nama sekolah dan usaha yang tidak pernah berhenti itu sendiri sudah cukup membanggakan.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk kita terus melangkah lebih jauh dan merangkul lebih banyak kejayaan pada masa akan datang, insya-Allah.