04/04/2026
3 April 2026.
Sambutan Hari Raya Aidilfitri di Sek Ren Islam Maahad AtTarbiah Guar Jering , Kafa Srimat Guar Jering , Srimat Guar Jering
Alhamdulillah sangat meriah dan bergaya anak anak SRIMAT semua. Terima kasih kepada semua waris yang bersama menjayakan sambutan ini dengan menyumbangkan juadah raya untuk dikongsi bersama anak anak SRIMAT.
Jumpa lagi di Aidilfitri tahun hadapan. InsyaAllah
06/04/2023
Alhamdulillah, pada 6 April 2023 para pelajar dan guru mengikuti Majlis Tadarus Al-Quran secara serentak di seluruh Pulau Pinang bersempena Hari Nuzul Quran yang akan kunjung tiba di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Semoga segala usaha dan amalan anak pelajar dan guru pada Ramadhan ini diterima Allah dan diganjari pahala yang besar.
Aamin..
17/02/2023
Aktiviti -aktiviti untuk murid -murid tahun 5, mempelajari cara-cara bertayamum
03/09/2019
Alhamdulillah semua pelajar Tahun 5 sudah menerima dan menggunakan Buku Menggapai 8A UPKK. Semuanya bersemangat dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan yang kian mendekat.
Tahniah atas semangat dan kesungguhan anda! Mohon doa dan dorongan yang tidak putus dari ibubapa semua pelajar SRIMAT.
30/08/2019
Sekitar sambutan hari kebangsaan yang ke-62..