04/12/2023
Nama : Ting Hong You
Matric No : 287061
APA ITU DADAH⁉️
Dadah merupakan bahan kimia yang memberi kesan atau kemudaratan kepada pemikiran, emosi dan tingkah laku seseorang.
Dadah juga merupakan perubatan digunakan untuk merawat, menyembuhkan, mencegah dan mendiagnosis penyakit.
Dadah dapat memainkan peranan ganda, iaitu memberikan manfaat dalam konteks perubatan yang terkawal dan sekaligus menimbulkan risiko apabila digunakan secara tidak terkawal atau disalahgunakan.
JENIS DADAH
Dadah dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, antaranya ialah
⭕️Stimulan
⭕️Opiat
⭕️Ganja
⭕️Halusinogen
⭕️Ketum
⭕️Inhalan
⭕️Depresen
⚠️PENYALAHGUNAAN DADAH
Penyalahgunaan dadah merujuk kepada penggunaan dadah dengan cara yang tidak sah atau melampaui batasan yang ditetapkan oleh undang-undang, biasanya melibatkan penggunaan dadah tanpa preskripsi doktor untuk tujuan selain daripada perubatan. Amalan penyalahgunaan dadah boleh membawa kepada pelbagai risiko kesihatan fizikal dan mental, juga memberi kesan negatif kepada hubungan sosial, kerjaya dan kualiti hidup secara keseluruhan.
⚠️PENAGIHAN DADAH
Penagihan dadah merujuk kepada keadaan di mana seseorang mengalami kebergantungan yang kuat terhadap penggunaan dadah. Penagih dadah akan kehilangan kawalan terhadap keinginan untuk menggunakan dadah secara berterusan, walaupun mengetahui risiko dan kesan negatif yang mungkin timbul. Proses penagihan dadah melibatkan perubahan dalam struktur otak dan fungsi sistem saraf, menyebabkan individu tersebut mengalami keperluan yang mendalam dan terus-menerus untuk menggunakan dadah. Kebergantungan ini tidak hanya bersifat fizikal, tetapi juga psikologis, di mana individu mungkin merasa tidak mampu mengatasi kehidupan tanpa penggunaan dadah.
📝STATISTIK
📌Berdasarkan laporan statistik mengenai penyalahgunaan dadah yang dikeluarkan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tahun 2022, jumlah individu yang terlibat mencapai 137,176 orang.
📌Terdapat peningkatan sebanyak 11.4% dalam jumlah penyalahguna dan penagih dadah berbanding dengan tahun sebelumnya, iaitu tahun 2021.
📌Daripada pelbagai jenis dadah, Stimulan Jenis Amfetamin mencatatkan peratusan yang paling tinggi, iaitu sebanyak 68% daripada keseluruhan.
📌Terdapat peningkatan sebanyak 17% dalam penyalahgunaan jenis dadah ini jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya.
📌Secara purata, bagi setiap 100,000 penduduk, terdapat 420 orang yang terlibat dalam penyalahgunaan dan penagihan dadah.
📌Terengganu menunjukkan kadar penyalahgunaan dadah yang tertinggi, diikuti oleh Pahang dan Perlis.