Boikot Buli - MPU1022-Group 1

Boikot Buli - MPU1022-Group 1 MPU1022_PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN - KUMPULAN 1 (H)

POSTER KUMPULAN 1 - PENGHAYATAN DAN ETIKA PERADABAN (H)TAJUK : BOIKOT BULIKeberanian adalah api dan buli adalah asap. Bu...
11/12/2023

POSTER KUMPULAN 1 - PENGHAYATAN DAN ETIKA PERADABAN (H)

TAJUK : BOIKOT BULI

Keberanian adalah api dan buli adalah asap. Buli bukan hanya mengenai keganasan fizikal, ia juga mengenai keganasan psikologi.

“Janganlah jadi pembuli, Jadilah pembela kebenaran”

🌟Pengeposan 14 🌟📢Konten : Hukuman Jenayah Buli Masalah buli di kalangan masyarakat  masih tiada penghujungnya , sebagai ...
28/11/2023

🌟Pengeposan 14 🌟
📢Konten : Hukuman Jenayah Buli

Masalah buli di kalangan masyarakat masih tiada penghujungnya , sebagai rakyat Malaysia adakah anda tahu sama ada Malaysia tiada undang -undang khusus bagi jenayah buli ?
Jadi apa akan berlaku dengan kes-kes buli yang dilaporkan? Adakah ada peruntukan undang-undang yang ada?
Secara lazimnya ,di Malaysia terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang seringkali digunakan apabila terjadinya kes-kes buli.

Berikut merupakan peruntukan undang-undang bagi kes buli :-

1. BULI DALAM BENTUK KATA-KATA (VERBAL ABUSED)
📌 Pelaku boleh didakwa Seksyen 506 .Kanun Keseksaan . Akan tetapi pelaku itu hanya boleh didakwa jika verbal abused itu mengandungi ancaman kecederaan fizikal , jenayah ini tidak merangkumi buli dalam bentuk ejekan ,cacian atau seumpamanya.

2.BULI MELIBATKAN KECEDERAAN FIZIKAL
📌 Pelaku boleh didakwa di bawah Seksyen 321 (cedera) atau Seksyen 322 ( cedera parah ) atau Seksyen 324 (melibatkan senjata atau lain-lain benda yang merbahaya)

3.BULI SIBER
📌Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Fitnah 1957 . Pelaku boleh dikenakan tindakan berdasarkan Seksyen 211 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dengan hukuman denda tidak melebihi RM 50,OOO ATAU hukuman penjara tidak melebihi 1 tahun ATAU kedua - duanya .



Penulis : DANISHA AINNA BINTI MOHAMAD AZHARI (297482)

🌏MAKLUMAT LANJUT :
1. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ibu-bapa-mangsa-buli-boleh-ambil-tindakan-undang-undang-3358
2. https://www.norhafeezlaw.com/2021/12/undang-undang-anti-buli-di-malaysia.html?m=1

🌟Pengeposan 13🌟📢 Konten : Ciri-ciri BuliHah? Buli? Macam mana nak tahu ciri-ciri buli?Berdasarkan poster dibawah, ciri-c...
28/11/2023

🌟Pengeposan 13🌟

📢 Konten : Ciri-ciri Buli

Hah? Buli? Macam mana nak tahu ciri-ciri buli?
Berdasarkan poster dibawah, ciri-ciri buli boleh dibahagikan kepada dua secara umumnya, pembuli dan mangsa.
Ciri-ciri buli yang berkait rapat dengan pembuli adalah seringkali mereka bersifat impulsif dan agresif. Ini akan membuatkan mereka terbiasa dengan berkelakuan sebegitu kepada orang lain. Bagi mereka, itu hanyalah gurauan semata sedangkan telah mencederakan atau menyakitkan orang lain. Tiada rasa empati dalam diri mereka. Selain itu, apabila berlakunya ketidakseimbangan kuasa, si pembuli akan merasa berhak untuk membuli orang bawahannya. Kerap kali, buli juga berlaku atas niat bermusuhan.

Ciri-ciri buli yang berkait rapat dengan mangsa buli p**a adalah mempunyai saiz fizikal yang kecil berbanding pembuli. Ini membuatkan mereka menjadi mangsa mudah untuk dibuli. Seterusnya, mangsa juga kerap dibuli oleh kerana memiliki rupa paras yang menarik perhatian pembuli. Contohnya, mempunyai tanda lahir yang jelas kelihatan. Pembuli juga gemar membuli mangsa yang tiada kuasa dan mereka yang mempunyai nama yang ganjil dan mungkin berbunyi sedikit unik akan dijadikan bahan jenaka atau sebagainya.
Jadi marilah bersama-sama kita BOIKOT BULI !

🌏 Sumber Sokongan : https://www.easyngaji.com/buli/

Penulis :
Nur Soffiyana Jasmi Binti Jamil (297715)

🌟Pengeposan 12🌟📢 Konten : Langkah-langkah Mengatasi Kes BuliMenyelesaikan masalah kes buli memerlukan pendekatan yang ko...
28/11/2023

🌟Pengeposan 12🌟
📢 Konten : Langkah-langkah Mengatasi Kes Buli

Menyelesaikan masalah kes buli memerlukan pendekatan yang komprehensif. Pertama-tama, penting untuk mendengarkan dengan empati para korban dan memahami akar permasalahan. Selanjutnya, perlu diterapkan kebijakan sekolah yang jelas terkait dengan perilaku buli, dengan penekanan pada pendekatan pencegahan. Melibatkan semua pihak, termasuk guru, siswa, dan orang tua, dalam proses penyelesaian juga krusial. Program pelatihan keterampilan sosial, pemahaman emosi, dan konflik resolution dapat diperkenalkan untuk mencegah munculnya perilaku negatif. Selain itu, penting untuk memberikan dukungan psikososial kepada korban dan pelaku buli serta memonitor secara rutin lingkungan sekolah untuk mendeteksi dan menanggapi cepat kejadian-kejadian buli. Dengan langkah-langkah ini, dapat diciptakan lingkungan sekolah yang aman, mendukung, dan mengurangi insiden buli.


Informasi lanjut: https://www.irujukan.my/gejala-buli/
Penulis:
Lim Wok Zhou (297736)

27/11/2023

🌟Pengeposan 11🌟

📢 Konten : Kes Buli - Buli siber

Segera bentang undang-undang khusus tangani kes buli siber.

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersifat terbuka untuk mewujudkan satu lagi akta khusus bagi menangani kegiatan buli siber yang dilihat semakin serius sehingga mengakibatkan kes bunuh diri di negara ini.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, buat masa ini kes buli siber merupakan satu jenayah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia, manakala punca kuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk kes berkaitan p**a di bawah Seksyen 233, Akta SKMM 1998.

Bermula 1 Januari hingga 15 November tahun ini, beliau berkata, SKMM dengan kerjasama pengendali platform media sosial telah menurunkan keseluruhan 1,145 kandungan yang bersifat buli siber, dengan jumlah tertinggi dari Tiktok (804), diikuti Facebook (195), Instagram (9), Youtube (9), X (7), dan lain-lain (123).





Link artikel :
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kkd-terbuka-wujudkan-akta-khusus-untuk-buli-siber-teo-nie-ching-447694?amp=1

Video diambil daripada aplikasi tiktok, nama pengguna:
KakDya-CEO of korang2…

Penulis : Siti Nur Zulaikha binti Abdul Mutalib (297504)

🌟Pengeposan 10🌟📢 Konten : Kes Buli - Tempat kerjaBuli di tempat kerja bukan sahaja melibatkan ugutan tetapi juga gosip, ...
27/11/2023

🌟Pengeposan 10🌟

📢 Konten : Kes Buli - Tempat kerja

Buli di tempat kerja bukan sahaja melibatkan ugutan tetapi juga gosip, jenaka yang menyinggung perasaan dan memperkecilkan seseorang individu. Malah, buli juga berlaku dalam pelbagai bentuk seperti hasil kerja dicuri atau disabotaj, dimalukan dan dip**aukan rakan sepejabat.

Walaupun tidak “disakiti” secara fizikal, gejala buli melalui pertuturan boleh mendatangkan kecederaan kepada emosi seseorang. Impaknya, ia boleh menyumbang pelbagai masalah di pejabat, termasuk peningkatan risiko kesihatan dan melemahkan prestasi kerja.

Berikut adalah kes buli di tempat kerja yang terjadi di Malaysia :



Link artikel :
https://www.kosmo.com.my/2023/08/02/lelaki-tertekan-jadi-mangsa-buli-di-tempat-kerja/

Penulis : Siti Nur Zulaikha binti Abdul Mutalib (297504)

🌟Pengeposan 9🌟📢 Konten : Kes Buli - Institut Pengajian TinggiKes Pertama : Zulfarhan Osman Zulkarnain UPNMKronologi :1. ...
27/11/2023

🌟Pengeposan 9🌟

📢 Konten : Kes Buli - Institut Pengajian Tinggi

Kes Pertama : Zulfarhan Osman Zulkarnain UPNM

Kronologi :
1. Zulfarhan disoal siasat berhubung kehilangan komputer riba sebelum dibelasah beramai-ramai menggunakan seterika wap, tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju.
2. Mangsa dibawa ke sebuah klinik swasta di Bandar Baru Bangi dan dibenarkan p**ang.
3. Mangsa dihantar ke sebuah kondominium di Bangi untuk berehat oleh dua pelajar UPNM.
4. Saksi melihat Zulfarhan kaku sebelum dibawa ke Hospital Serdang dan disahkan meninggal dunia.
5. Enam penuntut UPNM dihadapkan ke Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh dan bersubahat membunuh Zulfarhan Osman Zulkarnain.

Kes Kedua : Jazzy Rowe University of Hartford

Kronologi :
1. Brianna Brochu pelajar baru universiti tersebut berusia 18 tahun telah membuli rakan sebiliknya, Jazzy Rowe.
2. Brochu membuli rakan sebiliknya dengan cara meludah ke dalam minyak kelapa milik mangsa, mencelup kerang berkulat ke dalam losyen, menggosok pad wanita terpakai pada beg galas dan lain-lain lagi.
3. Brochu mengepos gambar dan kenyataan di Instagramnya mengatakan dia mengganggu barang rakan sebiliknya.
4. Rowe menyiarkan diari video ke Facebook yang menerangkan keseluruhan situasi. Dalam video itu, Rowe membaca siaran Instagram daripada Brochu yang memperincikan beberapa tindakannya.
5. Perkara ini mendapat perhatian Gregory S. Woodward, presiden University of Hartford.
6. Rowe merasai sakit tekak yang teruk yang dipercayai adalah akibat daripada gangguan Brochu dengan barangnya.
7. Brochu ditahan pihak berkuasa atas pertuduhan membuli, dibuang universiti serta tidak boleh menghampiri Rowe.

"Sebarang gambar berkaitan kes tidak dipaparkan bagi menghormati mangsa dan ahli keluarga mangsa"



Link artikel :
https://www.utusan.com.my/terkini/2021/11/kronologi-kes-pembunuhan-zulfarhan-osman-zulkarnain/
https://www.wtnh.com/news/crime-news/pd-university-of-hartford-student-arrested-for-bullying-roommate/

Penulis : Muhammad Ruzaini Bin Ahmad Tarmizi (297699)

🌟Pengeposan 8🌟📢 Konten : Kes Buli di SekolahGejala buli kerap berlaku dalam kalangan remaja terutama melibatkan pelajar ...
26/11/2023

🌟Pengeposan 8🌟

📢 Konten : Kes Buli di Sekolah

Gejala buli kerap berlaku dalam kalangan remaja terutama melibatkan pelajar sekolah dan keadaan itu ibarat ‘duri dalam daging’ di negara ini. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendedahkan jumlah kes buli di sekolah terus melonjak dengan sebanyak 4,994 kes direkodkan setakat Oktober tahun ini. Pelbagai inisiatif yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membanteras kes buli di sekolah. Selain itu ibu bapa, guru-guru, rakan-rakan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti setempat juga memainkan peranan penting untuk menangani masalah atau gejala buli di sekolah.



Informasi Lanjut :
9 September 2020, Kes Buli Viral: Tiga senior ditahan, berpunca daripada gurauan untuk belanja ayam goreng
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-buli-viral-tiga-senior-ditahan-berpunca-daripada-gurauan-untuk-belanja-ayam-goreng-258723

11 Disember 2021, Kes Buli Mrsm: Mangsa dirawat di hospital, alami kecederaan tisu lembut
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-buli-mrsm-mangsa-dirawat-di-hospital-alami-kecederaan-tisu-lembut-335838

17 Oktober 2023, Kes Buli: Diserang oleh lima pelajar senior sehingga mengalami kecacatan kekal dan hilang pendengaran
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-pembuli-4-pihak-lain-diarah-bayar-ganti-rugi-kepada-bekas-pelajar-442189

Penulis :
SITI AIN ATHIQAH BINTI SAHRUN (297545)

🌟Pengeposan 7🌟📢 Konten : Kesan-kesan buliAdakah Anda mengetahui kesan-kesan buli kepada mangsa tak? Anda faham tak apa k...
25/11/2023

🌟Pengeposan 7🌟
📢 Konten : Kesan-kesan buli
Adakah Anda mengetahui kesan-kesan buli kepada mangsa tak? Anda faham tak apa kesan-kesan kepada mangsa selepas dibuli?Mangsa-Mangsa yang dibuli akan menghadapi masalah dari 3 segi sektor iaitu dari segi fizikal, segi psikologi dan segi emosi. Mangsa-mangsa yang dibuli kemungkinan besar menghadapi masalah kesihatan fizikal, contohnya patah tulang dan sebagainya. Selain itu, mangsa-mangsa akan menghadapi masalah dari segi psikologi, contohnya mengalami trauma dan ganggguan kecemasan. Dari segi Emosi, mangsa-mangsa akan menghadapi masalah-masalah kepercayaan diri yang rendah dan ia akan memyebabkan mangsa-mangsa hilang minat dalam aktiviti social. Akhirnya, semoga tidak bertambah lagi mangsa-mangsa yang dibuli, mari kita bersama BOIKOTBULI dan membantu mangsa-mangsa !!

Informasi lanjut: https://www.ummahtoday.com.my/bahaya-dan-kesan-buli-terhadap-kanak-kanak/ #:~:text=Kesan%20fizikal%3A%20Kanak%2Dkanak%20yang,akibat%20daripada%20keganasan%20yang%20dialami.
Penulis:
Kee Ying Jin (297594)

🌟PENGEPOSAN 6🌟📢 Konten: Punca Buli ditangani oleh Konsep Karamah InsaniahAntara punca berlakunya buli : 1. Sifat tidak b...
25/11/2023

🌟PENGEPOSAN 6🌟

📢 Konten: Punca Buli ditangani oleh Konsep Karamah Insaniah

Antara punca berlakunya buli :
1. Sifat tidak berpuas hati
2. Sifat ingin menunjukkan kuasa dan kemampuan yang diperolehi
3. Hanya sekadar untuk bergurau dan berseronok
4. Mempunyai masalah mental

Berikut merupakan punca berlakunya buli terutamanya dalam kalangan pelajar. Jadi, disebabkan perkara ini semakin berleluasa pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkasakan konsep Karamah Insaniah bagi menangani kes buli dalam kalangan pelajar di Malaysia.



Informasi Lanjut: https://www.sinarharian.com.my/article/633368/berita/nasional/henti-gejala-buli-di-sekolah

Penulis:
Nur Nihayatul Istiana Binti Burhan (297556)

🌟PENGEPOSAN 5🌟📢 Konten: Faktor - Faktor berlakunya Buli1) Pengaruh daripada rakan sebaya.Faktor yang menjadi punca utama...
25/11/2023

🌟PENGEPOSAN 5🌟

📢 Konten: Faktor - Faktor berlakunya Buli

1) Pengaruh daripada rakan sebaya.

Faktor yang menjadi punca utama kepada mana-mana masalah sosial sering kali berkait dengan pengaruh rakan sebaya. Hal ini kerana, pada zaman ini remaja lebih cenderung mempercayai rakan yang seusia dan mengikut apa yang dikakukan oleh rakan mereka. Pengaruh daripada rakan sebaya dalam aspek gejala buli ini sering kali melibatkan kump**an yang ditubuhkan oleh pelajar itu sendiri dan mereka akan bergerak dalam kump**an serta melakukan apa yang dilakukan oleh ahli lain bagi mengiktiraf keahlian mereka. Pelajar yang terlibat ini mungkin merasa terkesan melihat rakan mereka yang berjaya membuli pelajar yang lain bagi menunjukkan kekuatan diri lalu menimbulkan tanggapan bahawa orang yang berjaya merendahkan orang lain menggunakan kuasa atau kelebihan yang mereka ada lebih hebat atau bergaya. Hal ini menyebabkan mereka cenderung untuk terlibat sama dalam kegiatan buli tersebut. Jadi, para pelajar disarankan untuk bijak dalam memilih rakan. Senario ini persis seperti nasihat yang diberikan oleh sayyidina Ali Bin Abi Thalib, “Bersahabatlah dengan orang orang yang selalu berbuat baik, niscaya kau menjadi salah seorang dari mereka. Jauhilah orang orang yang berbuat jahat, niscaya kau terhindar dari akibat kejahatan mereka.”


2) Pengaruh Media massa.

Pengaruh media massa juga menjadi faktor berlakunya kes-kes buli. Media massa merujuk kepada pelbagai teknologi media yang bertujuan untuk mencapai sejumlah besar pengguna media melalui komunikasi massa. Contohnya, media siaran seperti radio, rakaman muzik, filem, televisyen dan internet memancarkan maklumat mereka secara elektronik. Namun, media massa kini sering menyiarkan drama atau filem yang memaparkan aksi pergaduhan yang berbahaya dan ini memberi kesan kepada pelajar yang menontonnya. Golongan seperti remaja dan kanak-kanak mudah terpengaruh dengan perkara yang mereka lihat dan cenderung meniru aksi-aksi yang dipertontonkan tanpa menyedari akibat daripada perbuatan tersebut. Lambakan filem aksi yang ada di pasaran mempengaruhi golongan remaja membeli dan menonton filem ini. Antara contoh filem-filem seperti filem “KL Gengster”, ‟ KL Menjerit‟ dan “Mean Girls” yang mana akan memberi pengaruh kepada pelajar terhadap aksi-aksi tersebut secara terbuka tanpa bimbingan orang dewasa.


3) Pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah.

Pengawasan dan kawalan disiplin yang longgar di sekolah juga mendorong berlakunya kes buli. Ia berlaku disebabkan oleh pihak sekolah yang kurang peka dan tidak mengambil peduli tentang hal ehwal pelajar. Hal ini menyebabkan pelajar berpeluang untuk mengambil kesempatan melakukan gejala sosial seperti gejala buli. Kelonggaran kawalan disiplin turut menyebabkan pelajar terutamanya pelajar lelaki menunjukkan keberanian mereka dan mengambil peluang untuk melakukan apa-apa saja perkara secara bebas tanpa rasa takut. Selain daripada itu, terdapat juga pihak sekolah yang tidak bertanggungjawab dan sanggup berdiam diri untuk menutupi kes-kes buli demi menjaga nama baik sekolah. Perkara ini menyebabkan pelajar tidak berani untuk memaklumkan kepada pihak sekolah bahawa mereka dibuli kerana tiada tindakan sewajarnya akan diambil.


4) Kurang perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa.

Dalam meniti arus kemodenan ini, tidak dapat dinafikan kebanyakan ibu bapa lebih mementingkan kerjaya mereka untuk mencari pendapatan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak. Hal ini menyebabkan seseorang anak itu kurang mendapat perhatian dan didikan agama daripada ibu bapa mereka. Di samping itu, anak juga menjadi tidak tahu tentang perkara yang dilakukan oleh mereka itu betul ataupun salah, baik atau buruk, akibat daripada tiada bimbingan daripada ibu bapa dan akhirnya mereka terjebak dalam gejala buli. Kanak-kanak mahupun remaja yang sedang membesar memerlukan perhatian penuh ibu bapa kerana pada peringkat ini merupakan peringkat yang paling kritikal dalam membesarkan anak-anak. Apabila ibu bapa kurang berinteraksi mahupun mencari tahu apa yang anak-anak mahu dan fikirkan, mereka ini akan bertindak menyimpan perasaan dan meluahkannya di sekolah dengan cara yang negatif demi mengharapkan perhatian orang sekeliling.



Informasi Lanjut: https://www.hmetro.com.my/akademia/2022/08/874077/buli-tiada-kesudahan

Penulis:
Nur Nihayatul Istiana Binti Burhan (297556)

🌟Pengeposan 4🌟📢 Konten : Buli SeksualPernah tak korang dengar tentang buli seksual? Buli seksual ialah satu bentuk buli ...
24/11/2023

🌟Pengeposan 4🌟

📢 Konten : Buli Seksual

Pernah tak korang dengar tentang buli seksual? Buli seksual ialah satu bentuk buli ataupun gangguan yang kerap kali berlaku dalam sedar ataupun tidak dan perbuatan ini melibatkan sensitiviti semua pihak memandangkan ia boleh berlaku terhadap kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan tanpa mengira had dan juga batasan umur. Ia boleh berbentuk fizikal, lisan ataupun emosi dan yang paling menakutkan ialah perbuatan buli ini kini berlaku di semua tempat termasuk sekolah, tempat kerja, tempat awam mahupun di platform atas talian. Namun, perbuatan tidak bermoral ini acapkali dipandang remeh oleh masyarakat sekeliling dimana mangsa akan disalahkan sepenuhnya atas dasar cara pemakaian, cara jalan ataupun cara percakapan mangsa sendiri. Contoh perbuatan buli seksual adalah memanggil seseorang dengan menggunakan nama panggilan yang berbentuk seksual, komen kasar, gerak isyarat kasar, sentuhan tidak diingini, bahan rujukan seksual, dan bahan lucah. Jadi, kalau korang ternampak perbuatan gila ini berlaku dimana mana, janganlah viralkan dulu sebaliknya cepat-cepatlah bantu mangsa okey!!


Informasi lanjut: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ambil-peduli-buli-dalam-masyarakat-kenali-enam-jenis-buli-335822

Penulis:
Izzatul Najwa Binti Zulkiflee (297753)

Address

Universiti Utara
Bukit Kayu Hitam
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Boikot Buli - MPU1022-Group 1 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Boikot Buli - MPU1022-Group 1:

Shortcuts

Share