SBPI Kubang Pasu Rasmi

SBPI Kubang Pasu Rasmi Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SBPI Kubang Pasu Rasmi, Education Website, Bandar Bukit Kayu Hitam, Bukit Kayu Hitam.

Berasrama Penuh (SBP) - 2004
Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) - 2004
Berprestasi Tinggi (SBT) - Kohort 2, 2011
Transformasi (TS25)
Kayu Hitam, Sempadan Malaysia-Thailand
&Inspire

12.08.2026 | Alhamdulillah, Nur Adriana telah membawa pulang kejayaan selaku Johan Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi...
12/08/2026

12.08.2026 | Alhamdulillah, Nur Adriana telah membawa pulang kejayaan selaku Johan Pertandingan Pidato Aspirasi Generasi Madani (kategori Menengah Rendah) Peringkat Daerah Kubang Pasu 2026. Tahniah juga kepada seluruh pasukan Orators' League dan Panitia Bahasa Melayu IKUPS yang telah memberi sokongan dan bantuan yang sepenuhnya kepada Nur Adriana dan pembimbing beliau, Cikgu Ariffin sepanjang latihan yang dijalankan. Adriana akan mara ke peringkat negeri Kedah bersama-sama pasukan Kubang Pasu dalam Karnival Semarak Perpaduan Bahasa' (KSPB) yang akan dijalankan di Sungai Petani pada 22-23 Ogos 2026 nanti. Doakan beliau berjaya menggalas perjuangan ini sehingga ke peringkat kebangsaan, biiznillah!



04.08.2026 | Tahniah dan syabas pasukan pantun IKUPS! Kini, sekali lagi piala kemenangan Pertandingan Gema Pantun Warisa...
05/08/2026

04.08.2026 | Tahniah dan syabas pasukan pantun IKUPS! Kini, sekali lagi piala kemenangan Pertandingan Gema Pantun Warisan Madani 2026 peringkat negeri Kedah berada dalam genggaman para pemantun IKUPS, wakil daerah Kubang Pasu. Gabungan bakat, usaha dan latihan berterusan telah membuktikan; tiada apa-apa yang mustahil jika diizinkan Tuhan! Tahniah Cikgu Omar, para pemantun dan seluruh pasukan pembimbing. Selamat berjuang di negeri Melaka di peringkat kebangsaan, mudah-mudahan piala Sirih Pulang ke Gagang benar-benar kembali semula ke bumi IKUPS!



Gold for Team The Saebyl at the 14th Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2026!From an inspiring jo...
05/08/2026

Gold for Team The Saebyl at the 14th Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) 2026!

From an inspiring journey of research, collaboration, and determination to standing proudly on the stage, Team The Saebyl has been awarded the Gold Award at FRSIS 2026.

Representing SBP Integrasi Kubang Pasu (IKUPS), our team presented their research under the theme "Youth At The Helm: Steering The World Towards A Resilient And Sustainable Future".

Subtheme:
Tech it Forward! Empowering the Future Workforce

Focus:
SDG 8, Decent Work & Economic Growth

Research Title:
Riding the Digital Wave: Youth Journeys at 42Malaysia to Secure Decent Work

Congratulations to our brilliant pupils:
• Nuha Aqilah
• Raihan Aisya
• Tengku Qays Rizki

Teacher Advisor:
Noor Zhafarini

This achievement reflects your curiosity, commitment, resilience, and countless hours of hard work. You have represented IKUPS with excellence and shown how research empowers young people to contribute meaningful ideas for the future workforce.

Our sincere appreciation goes to for your support and collaboration throughout this research. Your contribution has helped our pupils gain valuable learning experiences beyond the classroom.

Congratulations once again, Team The Saebyl. Your Gold Award is a proud milestone for IKUPS. We wish you continued success in every future endeavour.

03.08.2026| Semoga dapat menjawab dengan tenang, yakin dan tepat.اللهم يسر ولا تعسر
02/08/2026

03.08.2026| Semoga dapat menjawab dengan tenang, yakin dan tepat.
اللهم يسر ولا تعسر

30.07.2026 | Sesi Dialog Prestasi Akademik Berfokus tahun 2026 telah menemukan ibu bapa dan waris dengan guru-guru kelas...
31/07/2026

30.07.2026 | Sesi Dialog Prestasi Akademik Berfokus tahun 2026 telah menemukan ibu bapa dan waris dengan guru-guru kelas anak-anak masing-masing. Pada tahun ini tidak semua waris dijemput memandangkan beberapa kekangan yang tidak dapat dielakkan. Hanya waris kepada murid-murid yang terpilih sahaja dijemput, dan sesetengahnya mempunyai sesi perbincangan dengan Bonda Pengetua sendiri.

Bagi dialog secara umum, sesi libat urus mengikut tingkatan telah diadakan secara dalam talian. Sambutan yang memberangsangkan daripada pihak waris amat dihargai oleh pihak sekolah. Semoga input-input yang diberi dan diterima oleh pihak waris dan sekolah akan dapat meningkatkan mutu murid IKUPS dalam pembelajaran mereka di bumi IKUPS.




31.07.2026 | Alhamdulillah, selesai program 'Meet & Grill' Batch al-Mujtahidin2226. Program anjuran dan kelolaan 'Mama S...
31/07/2026

31.07.2026 | Alhamdulillah, selesai program 'Meet & Grill' Batch al-Mujtahidin2226. Program anjuran dan kelolaan 'Mama Squad' yang melibatkan waris-waris murid Tingkatan 5 tahun 2026 ini telah bermula seawal jam 3:00 petang tadi. Program yang berkonsepkan suasana santai sambil menikmati hidangan 'BBQ & pot luck' ini bertujuan mengeratkan ukhuwah antara ibu bapa, guru dan anak-anak al-Mujtahidin. Juadah yang enak peneman selera, ukhuwah bertaut peneman jiwa!

Program ini kemudiannya diteruskan dengan Solat Maghrib berjemaah, Bacaan Yasin dan Solat Hajat sebagai doa dan sokongan buat calon-calon SPM tahun ini. Program sebegini sudah pasti memberi sokongan emosi yang baik untuk anak-anak, terutamanya ketika sedang menghadapi peperiksaan Percubaan SPM sekarang ini.

Terima kasih Mama Squad, para waris dan guru-guru yang terlibat menjayakan dan memeriahkan program ini.
Jazakumullahu khairan jaza'

28.07.2026 | Selamat datang adik-adik cilik dari SK Ewa, Pulau Langkawi ke IKUPS! Rombongan seramai 31 murid bersama-sam...
31/07/2026

28.07.2026 | Selamat datang adik-adik cilik dari SK Ewa, Pulau Langkawi ke IKUPS! Rombongan seramai 31 murid bersama-sama 3 orang guru pengiring ini bagi menjalani program ' Sinergi Edu Kerjaya' yang bertujuan memperkukuh jalinan jaringan antara kedua-dua buah sekolah serta memberi pendedahan kepada peserta mengenai budaya pembelajaran dan kehidupan di sekolah berasrama penuh.

Terima kasih kepada abang kakak PRS Tingkatan 3 IKUPS yang telah mengendalikan sesi taklimat, suai kenal, Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti pembinaan pasukan serta pengisian malam yang berfokus kepada pembangunan sahsiah, kepimpinan dan kemahiran komunikasi.

Program 2 hari 1 malam ini bukan sahaja memberi pengalaman bermakna kepada peserta dari SK Ewa, malah menjadi platform kepada PRS IKUPS untuk mengaplikasikan kemahiran kepimpinan, komunikasi dan kerja berpasukan dalam suasana sebenar. Semoga jalinan kerjasama yang terjalin ini akan terus diperkukuh dan memberi manfaat kepada semua pihak pada masa akan datang

31/07/2026

Nantikan kemunculannya...

Address

Bandar Bukit Kayu Hitam
Bukit Kayu Hitam
06050

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SBPI Kubang Pasu Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SBPI Kubang Pasu Rasmi:

Shortcuts

Share