Penghayatan Etika dan Peradaban - A252 - Kumpulan 9

Penghayatan Etika dan Peradaban - A252 - Kumpulan 9 Mendedahkan pengetahuan dan meningkatkan kesedaran mengenai kes buli dalam konsep etika dan peradaban

๐ŸšซHENTIKAN BULI DENGAN KONSEP TEGAS๐Ÿ’ฌ Buli bukanlah gurauan atau perkara remeh. Ia boleh mencederakan fizikal, merosakkan ...
29/05/2026

๐ŸšซHENTIKAN BULI DENGAN KONSEP TEGAS

๐Ÿ’ฌ Buli bukanlah gurauan atau perkara remeh. Ia boleh mencederakan fizikal, merosakkan emosi dan meninggalkan trauma berpanjangan kepada mangsa.
Perbuatan seperti memukul, mengejek, mengugut atau memulaukan rakan adalah salah dan tidak boleh diterima dalam komuniti kita.

๐Ÿ’ช๐Ÿผ Bersama ๐Ÿ’œ, mari kita banteras buli โŒ dengan langkah TEGAS โ€ผ๏ธ:

T โ€“ Tegur dengan berani
E โ€“ Elak daripada menjadi pembuli
G โ€“ Gandakan sokongan kepada mangsa
A โ€“ Ambil tindakan segera
S โ€“ Sebarkan mesej anti-buli

Satu suara mungkin kedengaran kecil, tetapi gabungan suara kita semua mampu membina suasana belajar yang selamat, selesa dan penuh rasa hormat.

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ๐Ÿ‘ˆ๐Ÿผ Mari kita bina suasana belajar yang selamat, selesa dan penuh rasa hormat antara satu sama lain.

Ayuh, katakan TIDAK pada buli! โŒ๐Ÿ›‘






Disediakan oleh :
MUHAMMAD ADHWA IRFAN BIN MUHAMMAD IKHWAN
314027

๐Ÿšจ โ€œDiamโ€ pun boleh jadi satu bentuk sokongan kepada pembuli.Bila nampak kes buli berlaku tapi cuma tengok tanpa buat apa...
28/05/2026

๐Ÿšจ โ€œDiamโ€ pun boleh jadi satu bentuk sokongan kepada pembuli.

Bila nampak kes buli berlaku tapi cuma tengok tanpa buat apa-apa, mangsa mungkin rasaโ€ฆ
โ€œtak ada siapa peduli pasal aku.โ€ ๐Ÿ’”

Sebagai masyarakat, kita ada tanggungjawab sosial untuk bantu, bukan jadi silent watcher ๐Ÿ‘€

Kalau nampak kes buli berlaku:
๐Ÿ“ข Laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab
๐Ÿค Beri sokongan kepada mangsa
๐Ÿ›‘ Jangan join menghina atau mentertawakan
๐ŸŒฑ Sebarkan kesedaran supaya budaya buli dapat dihentikan

Kadang-kadang satu tindakan kecil daripada kita boleh jadi sebab seseorang rasa masih ada orang yang ambil berat tentang diri dia.

โœจ Donโ€™t be a bystander. Be someone who cares.



Disediakan oleh:
NUR SHALIZA AZLEN BINTI SHAROM
312518

๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ : ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ & ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ memberi kesan yang sangat besar terhadap individu dan kelu...
28/05/2026

๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ : ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ๐˜‚ & ๐—ž๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ด๐—ฎ

๐—ฆ๐˜‚๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ memberi kesan yang sangat besar terhadap individu dan keluarga, terutamanya dari segi emosi dan mental. Mangsa yang mengalami penderaan, keganasan atau penindasan sering berasa takut, sedih dan tidak selamat. Peristiwa yang dialami boleh menyebabkan ๐˜๐—ฟ๐—ฎ๐˜‚๐—บ๐—ฎ yang mendalam sehingga sukar untuk dilupakan walaupun selepas tempoh yang lama. Trauma ini boleh mengganggu kehidupan harian seseorang seperti sukar tidur, hilang keyakinan diri dan sentiasa berada dalam keadaan tertekan.

Selain itu, mangsa juga boleh mengalami ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ฟ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฎ๐—ป๐˜…๐—ถ๐—ฒ๐˜๐˜† . Mereka sering berasa risau secara berlebihan, mudah panik dan takut untuk bergaul dengan orang lain. Ada mangsa yang memilih untuk menyendiri kerana tidak percaya kepada orang sekeliling. Jika keadaan ini tidak dirawat dengan baik, ia boleh menyebabkan kesihatan mental menjadi semakin buruk dan mengganggu hubungan dengan ahli keluarga serta rakan-rakan.

Kesan yang lebih serius ialah timbulnya pemikiran untuk ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐˜‚๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ . Sesetengah mangsa merasakan diri mereka tidak lagi dihargai dan hilang harapan untuk meneruskan kehidupan. Tekanan emosi yang terlalu berat boleh menyebabkan mereka mengambil keputusan yang berbahaya. Oleh itu, sokongan daripada keluarga, rakan dan masyarakat amat penting supaya mangsa tidak berasa keseorangan dalam menghadapi masalah mereka.

Di samping itu, masalah yang dialami turut memberi kesan terhadap ๐—ฝ๐—ฟ๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฒ๐—บ๐—ถ๐—ธ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ฝ๐—ฒ๐—ธ๐—ฒ๐—ฟ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป . Pelajar mungkin sukar memberi tumpuan ketika belajar, sering ponteng kelas dan keputusan peperiksaan merosot. Bagi individu yang bekerja p**a, mereka mungkin hilang motivasi, tidak fokus dan prestasi kerja menjadi lemah. Keadaan ini akhirnya boleh menjejaskan masa depan individu tersebut jika tidak dibantu dengan segera.

Kesimp**annya, suara dan pengalaman mangsa tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya sangat besar terhadap kehidupan individu dan keluarga. Semua pihak perlu memainkan peranan untuk mendengar, memahami dan membantu mangsa agar mereka dapat kembali menjalani kehidupan dengan lebih baik dan bahagia.




Disediakan oleh :
NUR SYAFIQAH BINTI ABD RAHMAN
312503

๐Ÿšจ Psikologi Si Pembuli โ€” Mengapa Mereka Memilih Keganasan? ๐Ÿšจ๐Ÿ’ญ Pernah tak kita terfikirโ€ฆ kenapa seseorang sanggup membuli...
28/05/2026

๐Ÿšจ Psikologi Si Pembuli โ€” Mengapa Mereka Memilih Keganasan? ๐Ÿšจ

๐Ÿ’ญ Pernah tak kita terfikirโ€ฆ kenapa seseorang sanggup membuli orang lain?

Apabila bercakap tentang buli, ramai hanya melihat kesalahan pada tindakan. Namun, di sebalik sikap agresif seorang pembuli, sering tersembunyi pelbagai tekanan emosi dan masalah yang tidak disedari. ๐Ÿ’”

๐Ÿ“Œ Antara faktor yang boleh mempengaruhi seseorang menjadi pembuli ialah:

๐Ÿ”น Kurang kasih sayang dan perhatian
๐Ÿ”น Pengaruh persekitaran dan rakan sebaya
๐Ÿ”น Pernah menjadi mangsa buli
๐Ÿ”น Tekanan emosi dan masalah diri
๐Ÿ”น Kurang nilai empati dan kesedaran

๐Ÿง  Memahami faktor psikologi si pembuli bukan bermaksud membenarkan perbuatan mereka, tetapi membantu masyarakat mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan untuk mencegah budaya buli.

๐Ÿ’ฌ Buli bukan sekadar perbuatan, tetapi cerminan masalah yang perlu dibendung bersama.

๐Ÿค Sebelum menghukum, cuba fahami punca.
โš ๏ธ Sebelum terlambat, mari hentikan budaya buli bersama.









Disediakan oleh:
NURUL AQILAH BINTI MOHD KAMAL ARIF
310855

๐Ÿ“ฑ๐Ÿšซ BULI SIBER BUKAN GURAUAN ๐Ÿšซ๐Ÿ“ฑSatu komen jahat mungkin hanya beberapa saat untuk ditaipโ€ฆ tapi kesannya boleh tinggal lam...
28/05/2026

๐Ÿ“ฑ๐Ÿšซ BULI SIBER BUKAN GURAUAN ๐Ÿšซ๐Ÿ“ฑ

Satu komen jahat mungkin hanya beberapa saat untuk ditaipโ€ฆ tapi kesannya boleh tinggal lama dalam hati seseorang. ๐Ÿ’”

Media sosial sepatutnya jadi tempat untuk berkongsi kebaikan โœจ bukan tempat menghina, memfitnah atau menjatuhkan orang lain. Jangan normalisasikan โ€œcancel cultureโ€ dan kebencian hanya kerana berlindung di sebalik skrin. ๐Ÿ˜”

๐Ÿ›‘ Jangan jadi pembuli
๐Ÿ‘€ Jangan jadi penonton
๐Ÿ—ฃ Berani tegur & laporkan
๐Ÿค Sebarkan empati dan sokongan

Ingat โ—
Kata-kata kita ada kuasa.
Gunakan untuk menyokong, bukan menyakiti. โค๏ธ

Bersama kita wujudkan media sosial yang lebih selamat, positif dan penuh hormat untuk semua. ๐ŸŒโœจ



Disediakan oleh:
NUR SYAHIRAH BINTI ZAIDI
310805

๐Ÿ“Œ Kupasan Isu: Buli Fizikal vs Buli MentalBuli bukan lagi isu baru โ€” ia masih berlaku di sekolah, universiti malah di te...
28/05/2026

๐Ÿ“Œ Kupasan Isu: Buli Fizikal vs Buli Mental

Buli bukan lagi isu baru โ€” ia masih berlaku di sekolah, universiti malah di tempat kerja. Tapi pernah tak kita fikir, mana satu lebih menyakitkan? Buli fizikal atau buli mental?

๐Ÿ’ฅ Buli Fizikal
Ini jenis yang paling mudah nampak โ€” pukul, tolak, tendang. Mangsa mungkin mengalami lebam, luka atau kecederaan. Walaupun sakit, sekurang-kurangnya orang sekeliling boleh nampak dan bertindak.

๐Ÿง  Buli Mental (Emosi)
Yang ini p**a โ€œtak nampakโ€, tapi sebenarnya lebih parah. Ejekan, hinaan, fitnah, dip**aukan โ€” semua ini boleh merosakkan emosi seseorang. Mangsa mungkin hilang keyakinan diri, stress, anxiety, malah kemurungan ๐Ÿ’”

โš–๏ธ Bezanya?
Buli fizikal tinggalkan luka pada badan.
Buli mental tinggalkan luka dalam hati โ€” dan ia boleh kekal lama.

๐Ÿ“ข Hakikatnya, bukan semua luka boleh dilihat.
Kadang-kadang, kata-kata lebih tajam daripada perbuatan.

โœจ Kesimp**an:
Jangan pandang ringan mana-mana bentuk buli. Sama ada fizikal atau mental, kedua-duanya boleh memberi kesan besar kepada seseorang.

๐Ÿ‘‰ Jadilah individu yang menyokong, bukan menjatuhkan.
๐Ÿ‘‰ Jika nampak buli berlaku, jangan diam.


Disediakan oleh:
LIM YEN THING
312166

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”โ—  ๐——๐—ฒ๐—ณ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถBuli boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif yang dilakukan secara b...
28/05/2026

๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—˜๐—ก๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ฅ๐—˜๐—”๐—Ÿ๐—œ๐—ง๐—œ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—”

โ— ๐——๐—ฒ๐—ณ๐—ถ๐—ป๐—ถ๐˜€๐—ถ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถ

Buli boleh ditakrifkan sebagai tingkah laku agresif yang dilakukan secara berulang terhadap individu atau kump**an yang dianggap lemah. Ia merangkumi buli fizikal seperti memukul, menolak atau merosakkan harta benda serta buli siber yang berlaku melalui platform digital seperti media sosial di mana mangsa dihina, difitnah atau dip**aukan secara maya. Menurut laporan Kementerian Pendidikan Malaysia, kes buli di sekolah meningkat hampir setiap tahun menunjukkan bahawa fenomena ini bukan sekadar isu terpencil tetapi satu masalah sistemik yang perlu ditangani secara menyeluruh.

โ— ๐—ฅ๐—ฒ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ ๐—ฑ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜†๐˜€๐—ถ๐—ฎ

Dalam era teknologi maklumat, kes buli mudah menjadi tular di media sosial. Video insiden buli yang tersebar luas bukan sahaja mengejutkan masyarakat tetapi turut menimbulkan kebimbangan terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah dan universiti. Fenomena ini menggambarkan bahawa buli bukan lagi berlaku secara tersembunyi tetapi telah menjadi

โ— ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—˜๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐— ๐˜‚๐—ฟ๐—ป๐—ถ

Isu buli mencerminkan kemerosotan etika dalam masyarakat moden. Apabila nilai hormat, empati dan adab diketepikan, masyarakat akan kehilangan asas moral yang menjadi tunjang peradaban. Buli bukan sahaja menjejaskan mangsa tetapi juga menunjukkan kegagalan komuniti dalam menanamkan nilai murni kepada generasi muda. Hal ini selari dengan pandangan ahli sosiologi bahawa peningkatan kes buli adalah indikator kepada keruntuhan norma sosial dan kelemahan institusi pendidikan serta keluarga dalam membentuk sahsiah.

โ— ๐—ž๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ต๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ ๐—”๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ด

Budaya buli yang berleluasa melemahkan asas peradaban kerana ia menjejaskan keharmonian sosial, menghakis rasa percaya antara individu dan menimbulkan ketakutan dalam kalangan masyarakat. Jika tidak dibendung, ia boleh melahirkan generasi yang terbiasa dengan keganasan, kurang empati dan tidak menghormati hak orang lain. Dalam jangka panjang, fenomena ini boleh menjejaskan pembangunan modal insan yang berkualiti, sekali gus mengancam daya saing negara di peringkat global.

Disediakan oleh:
MUHAMAD NAIM ZHARFAN BIN ROSMAN
313175

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ‘‹Selamat datang ke halaman Kump**an 9 untuk kursus MPU 1022 (Pe...
28/05/2026

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna! ๐Ÿ’™๐Ÿ’›๐Ÿ‘‹

Selamat datang ke halaman Kump**an 9 untuk kursus MPU 1022 (Penghayatan Etika dan Peradaban).

Pada kali ini, kami ingin berkongsi poster kesedaran bertajuk โ€œKatakan Tidak Kepada Buli!โ€ ๐Ÿšซ

Buli merupakan satu isu serius yang semakin membimbangkan dan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti:
๐Ÿ”น Buli Fizikal
๐Ÿ”น Buli Sosial
๐Ÿ”น Buli Lisan
๐Ÿ”น Buli Siber

Perbuatan buli bukan sahaja memberi kesan terhadap fizikal mangsa, malah turut menjejaskan emosi, mental dan prestasi akademik mereka.

โœจ Hormati Rakan, Sayangi Diri โœจ
Marilah kita bersama-sama mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, positif dan bebas daripada budaya buli.

Jangan lupa untuk LIKE ๐Ÿ‘ dan FOLLOW halaman ini bagi mendapatkan lebih banyak perkongsian menarik berkaitan isu etika dan peradaban.

Terima kasih.



**an9



Address

Universiti Utara Malaysia, Sintok
Bukit Kayu Hitam
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penghayatan Etika dan Peradaban - A252 - Kumpulan 9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category