MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 7 - B

MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 7 - B ๐™ฐ๐Ÿธ๐Ÿท๐Ÿธ ๐™ผ๐™ฟ๐š„๐Ÿท๐Ÿถ๐Ÿท๐Ÿน - ๐™ฟ๐™ด๐™ฝ๐™ถ๐™ท๐™ฐ๐šˆ๐™ฐ๐šƒ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ด๐šƒ๐™ธ๐™บ๐™ฐ ๐™ณ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ฟ๐™ด๐š๐™ฐ๐™ณ๐™ฐ๐™ฑ๐™ฐ๐™ฝ ๐™ถ๐š๐™พ๐š„๐™ฟ ๐™ฑ
Tema: Masalah Penyalahgunaan Dadah

Nama: Karen a/p Anthonysamy No. Matrik: 285581 Menurut Kamus Dewan istilah Drug dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ...
20/05/2022

Nama: Karen a/p Anthonysamy
No. Matrik: 285581

Menurut Kamus Dewan istilah Drug dalam Bahasa Inggeris diertikan sebagai ubat-ubatan. Dalam farmakologi, dadah adalah bahan kimia, biasanya struktur yang diketahui, yang, apabila diberikan kepada organisma hidup, menghasilkan kesan biologi. Dalam hal ini, perkataan penyalahgunaan atau penagihan adalah perkataan yang sesuai digunakan bagi menggambarkan masalah penggunaan dan juga masalah-masalah yang lain berkaitan dadah.

Antaranya adalah jenis-jenis dadah:

โœ…๏ธCandu
Candu adalah sejenis narkitik yang mempunyai fungsi menekan dan memperlahankan aktiviti sistem saraf tunjang. Candu dihasilkan daripada getah buah popi yang di tukar daripada warna putih kepada coklat dan kehitaman. Ia mempunyai bau yang kuat, mengajal (elastik) apabila masih segar dan menjadi keras jika terdedah kepada udara.

โœ…๏ธCannabis
Cannabis adalah sejenis pokok yang mempunyai tiga spesies. Cannabis sativa adalah species yang menghasilkan bahan kimia yang dikenali sebagai cannabinoids. Cannabinoid utama cannabis adalah tetrahydrocannabinol (THC) dan merupakan bahan psikoaktif yang menyumbang kepada kesan halusinasi cannabis.

โœ…๏ธBarbiturate
Barbiturate adalah ubat sedatif-hipnotik yang dahulunya selalu digunakan sebagai sedatif atau ubat antiresah. Ia mesti diambil atas arahan doktor, jika tidak, penggunaanya dikira haram. Ubat ini juga digunakan untuk mengawal beberapa jenis masalah sawan dan sebagai sedasi pra prosedur.

โœ…๏ธAmfetamin
Dadah amfetamin yang dihasilkan secara komersil terdapat dalam bentuk tablet dan kapsul. Ia diperkenalkan untuk melegakan hidung tersumbat dan resdung kerana amfetamin dapat mengecutkan saluran dadah di hidung.

โœ…๏ธHalusinogen
Dadah Halusinogen ialah bahan yang dihasilkan dalam badan manusia untuk mengubah deria persepsi atau keadaan sedar seseorang. Dadah ini akan mengubah kualiti subjektif persepsi, fikiran dan emosi dengan membatalkan penghantaran neurotoksin ensefalus.

โœ…๏ธICE
ICE atau sebenarnya mefamfetamina adalah di antara dadah โ€˜designerโ€™ terbitan feniletilamina yang pertama dicipta. Terdapat berapa nama yang digunakan untuk mefamfetamina oleh penagih dadah. Di antaranya termasuklah nama-nama terkenal seperti SPEED, CRACK, dan M**H. ICE mempunyai kesan tindakan yang cepat dan rangsangan jantung juga berkurangan berbanding amfetamina.

NAMA: VEE RANUD A/P ECHEANNO MATRIC: 285265PENYALAHGUNAAN DADAH kini menjadi isu besar di Malaysia. Umum mengetahui kesa...
20/05/2022

NAMA: VEE RANUD A/P ECHEAN
NO MATRIC: 285265

PENYALAHGUNAAN DADAH kini menjadi isu besar di Malaysia. Umum mengetahui kesannya boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan fizikal, mental, emosi dan tingkah laku. Penyalahgunaan dadah banyak mendatangkan pelbagai kesan negatif, misalnya:
โ€ข โ€‹Kesan negatif terhadap diri sendiri.
โœ… Perubahan ketara pada tingkah laku - kesihatan mental yang terjejas menyebabkan gangguan kepada fungsi otak yang mengawal motivasi, memori, pembelajaran, kebolehan membuat keputusan dan juga kawalan tingkah laku.
โœ… Hilang maruah diri dan tidak terurus - gagal mengawal emosi menyebabkan kecenderungan untuk meglibatkan diri dalam pergaduhan dan kemalangan sehingga dipandang rendah oleh masyarakat ramai.
โœ… Mudah dijangkiti penyakit berjangkit - tahap imuniti yang lemah menyebabkan mudah terjebak jangkitan penyakit seperti AIDS/HIV.
โœ… Kerjaya musnah - digantung atau dibuang pekerjaan kerana penampilan diri dan tingkah laku yang tidak terurus.
โœ… Terdorong melakukan jenayah - ketagihan dadah menyebabkan mereka mampu melakukan keganasan untuk mendapatkan sumber dadah seperti meragut, merompak dan membunuh.
โœ… Tanggungjawab diabaikan - mengabaikan tugasan diri sebagai anak, pelajar, ketua keluarga dan pangkat kerjaya kerana ketagihan dadah.
โ€ข โ€‹Kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap keluarga.
โœ… Berlakunya penganiayaan dan penderaan mental dan fizikal - masalah sosioekonomi keluarga menyebabkan penagih yang menumpukan kepada pencarian dan pengambilan dadah mampu melakukan keganasan seperti memukul, menampar dan sebagainya.
โœ… Berlakunya penceraian, perpisahan dan perpecahan - pengabaian tugas sebagai ahli keluarga membawa kepada pergaduhan yang mampu mendorong kepada masalah rumah tangga.
โœ… Membebankan keluarga - ahli keluarga perlu berhadapan dengan tingkah laku penagih dadah dan memerlukan tenaga, masa dan wang yang tinggi untuk rawatan penagihan dadah tersebut.
โœ… Meruntuhkan maruah keluarga -keluarga akan dipandang rendah oleh orang luar.
โ€ข Kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap masyarakat.
โœ… Kadar peratusan kes jenayah meningkat - kehilangan kawalan diri oleh penagih dadah mampu membawa kepada keganasan yang melampau seperti merompak, meragut, membunuh, merogol dan lain-lain lagi.
โœ… Menganggu ketenteraman awam atau jiran tetangga - masyarakat sering dilingkari dengan kelompok penagih dadah sama ada di bandar atau pedalaman sehingga menggugat ketenteraman masyarakat.
โœ… Ketidakstabilan struktur dalam kalangan masyarakat - Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
โœ… Memberi gambaran buruk kepada masyarakat setempat - penagih dadah yang sentiasa berkeliaran akan memberi gambaran negatif kepada masyarakat terutamanya kanak-kanak.
โ€ข โ€‹Kesan negatif penyalahgunaan dadah terhadap negara.
โœ… Kos penyelenggaraan semakin meningkat - negara terpaksa menanggung kos yang tinggi iaitu ratusan juta ringgit hanya untuk menguruskan aspek pencegahan, penguatkuasaan dan pemulihan penagih dadah.
โœ… Ancaman kepada keselamatan negara - peningkatan kes jenayah akan menjadi lambang negatif kepada negara dalam aspek keselamatan.
โœ… Ekonomi negara terjejas - kebanjiran penagih dadah mampu menakutkan warga-warga luar untuk melancong ke dalam negara sehingga menyebabkan pendapatan negara terjejas.
โœ… Kehilangan sumber tenaga kerja yang produktif - peningkatan penagih dadah dalam kalangan masyarakat dan generasi muda menyebabkan insan pemaju negara semakin berkurang.

Nama: Tan Jia WenNo. Matrik: 285366Hukuman Kesalahan Dadah BerbahayaDi Malaysia, sebuah akta yang ditubuhkan untuk menga...
20/05/2022

Nama: Tan Jia Wen
No. Matrik: 285366
Hukuman Kesalahan Dadah Berbahaya

Di Malaysia, sebuah akta yang ditubuhkan untuk mengawal dadah rekreksi adalah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998).
1. Hukuman Mandatori Gantung Sampai Mati
Akta ini ialah salah satu akta-akta Malaysia yang memberi peruntukan hukuman mati yang diperkenalkan dalam pindaan 1983. Hukuman mati dalam akta ini diperuntukkan dalam Seksyen 39B - Pengedaran Dadah Berbahaya, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori. Selain itu, terdapat 73% orang yang menunggu hukuman mati adalah disebabkan kesalahan berkaitan dadah.
Senarai kesalahan atau jenis dadah adalah:
โ€ข Memiliki 15gm atau lebih He**in atau Morfin atau Monoasetil Morfin
โ€ข Memiliki 1000gm atau lebih Candu Masak atau Mentah
โ€ข Memiliki 200gm atau lebih Kokain
โ€ข Memiliki 50 gm atau lebih Amphetamine
2. Hukuman Tidak Kurang 5 tahun penjara atau dipenjara seumur hidup dan diwajibkan tidak kurang 10 sebatan rotan
Hukuman ini diperuntukkan dalam Seksyen (A)(2)39 - Pengedaran Dadah Berbahaya.
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memiliki 5gm atau lebih He**in atau Morfin atau Monoasetil Morfin
โ€ข Memiliki 250gm atau lebih Candu
โ€ข Memiliki 50gm atau lebih G***a
โ€ข Memiliki 15gm atau lebih Kokain
โ€ข Memiliki 30gm atau lebih Amphetamine
3. Hukuman tidak kurang 2 tahun penjara tetapi tidak lebih 5 tahun dan diwajibkan sebatan rotan antara 3 hingga 9 kali - Seksyen (A)(1)39
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memiliki 2-5gm He**in atau Morfin
โ€ข Memiliki 100-250gm Candu
โ€ข Memiliki 20-50gm G***a
โ€ข Memiliki 5-15gm Kokain
โ€ข Memiliki 250-750gm Daun Koka
โ€ข Memiliki 5-30gm Amphetamine
4. Hukuman penjara seumur hidup dan diwajibkan sebatan rotan tidak kurang 6 kali โ€“ Seksyen 6B
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Menanam atau mengusahakan pokok G***a
5. Hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali โ€“ Seksyen 6
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memiliki kurang 5gm Candu Mentah atau Daun Koka atau Pokok Popi atau Biji G***a dari Popi
6. Hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali โ€“ Sekyen 9
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memiliki kurang 100gm Candu Masak
7. Hukuman penjara tidak lebih 5 tahun atau denda tidak lebih RM10,000 dan hukuman dirotan 3 sebatan โ€“ Sekyen (2)12
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memiliki kurang 2gm He**in atau Morfin
โ€ข Penjawat awam yang bertugas di penjara, pusat pemulihan, lokap polis atau mana-mana tempat tahanan dan memiliki dadah di tempat tersebut
8. Hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000 โ€“ Sekyen 15
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Memasukkan dadah (He**in atau Morfin) ke dalam badan
9. Hukuman penjara tidak lebih 2 tahun atau denda tidak lebih RM5,000 โ€“ Sekyen 15B
Senarai jenis atau kesalahan dadah adalah:
โ€ข Berada di dalam Jerami Candu

Nama: Wong Ci WeiNo. Matrik: 285557Punca / Faktor Penagihan Dadahโ€ข Faktor keluargao Pada zaman era globalisasi ini, ibu ...
20/05/2022

Nama: Wong Ci Wei
No. Matrik: 285557
Punca / Faktor Penagihan Dadah

โ€ข Faktor keluarga
o Pada zaman era globalisasi ini, ibu bapa sentiasa sibuk dalam mencari nafkah untuk menampung kehidupan serta menyediakan keperluan asas yang bertaraf tinggi untuk ahli keluarga. Hal ini menyebabkan ibu bapa kurang memberi rihatin kepada anak-anak mereka. Secara tidak langsung, masa yang emas ini diluangkan bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi dikenali oleh ibu bapa mereka.

โ€ข Faktor rakan sebaya
o Pada pandangan saya, faktor rakan sebaya merupakan faktor yang terutama yang menyebabkan remaja terpengaruh dalam penyalahgunaan dadah. Hal ini dikatakan demikian kerana, kebanyakan masa yang diluangkan oleh remaja untuk bersama, bergaul, berkomunikasi, berkumpul dan sebagainya. Oleh itu, apabila rakan sebaya menggauli mereka terpengaruh dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung remaja akan mengikuti.

โ€ข Faktor individu
o Dalam faktor ini, remaja masa sekarang menghadapi banyak cabaran daripada sekitarnya. Misalnya, kesukaran dalam pelajaran, harapan daripada ibu bapa, tekanan dalam kewangan dan lain-lain. Dengan ini, remaja akan mencari sesuatu untuk menyenangkan fikiran dan mindanya. Oleh itu remaja mengambil dadah kerana ingin mencari ketenangan jiwa dan mengurangkan tekanan daripada kehidupan mereka.

Nama: TAN YU QINGNo. Matrik: 285473Terdapat beberapa langkah untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Langkah-langkahnya ia...
20/05/2022

Nama: TAN YU QING
No. Matrik: 285473

Terdapat beberapa langkah untuk memerangi penyalahgunaan dadah. Langkah-langkahnya ialah:

Antara langkah pertama untuk mengatasi penyalahgunaan dadah ialah pihak berkuasa atau kerajaan boleh menubuhkan pusat pemulihan. Pusat pemulihan boleh menyediakan rawatan untuk penagih yang berbeza umur atau etnik. Selain daripada itu, pusat pemulihan boleh memulihkan pemikiran mentral dan tingkah laku penagih dadah secara berkesan, meletakkan mereka kembali ke landasan yang betul. Contohnya, sebuah pusat pemulihan bernama Pusat Pemulihan Dadah & Akhlak Darul Munawarah di Changlun, Kedah.

Selain itu, langkah kedua dalam memerangi penyalahgunaan dadah ialah kerajaan menghukum seberat-beratnya. Kerajaan mesti tegas dan "keras" dalam memerangi dadah. Penjual dadah dan pengedar dadah harus dihukum seberat-beratnya dengan hukuman gantung, berbilang sebat dan hukuman lain. Ini adalah untuk menakutkan pesalah berulang daripada melakukan penyalahgunaan dadah lagi. Pada masa yang sama, ia juga sebagai peringatan kepada mereka yang ingin menggunakan atau menjual dadah terutama golongan muda.

Tambahan p**a, langkah bagi mengatasi penyalahgunaan dadah ialah mewujudkan kerjasama antara kerajaan dan rakyat. Jika kerajaan mendapat kerjasama rakyat, ia boleh membasmi masalah dadah dengan mudah. Sebagai contoh, jika orang ramai melihat sebarang aktiviti yang mencurigakan, mereka boleh melaporkannya kepada kerajaan secepat mungkin, dan kerajaan akan mengambil tindakan segera.

Kesimp**annya, penggunaan dadah akan membawa banyak keburukan kepada kerajaan, masyarakat dan pihak lain. Justeru, kerajaan harus menggembleng kuasa dan mengambil tindakan drastik bagi membendung masalah penggunaan dadah yang terus melanda masyarakat.

NAMA : ONG CHEE HEONGNO.MATRIK : 285441Dadah telah membawa manfaat yang besar kepada dunia perubatan. Pelbagai kajian di...
20/05/2022

NAMA : ONG CHEE HEONG
NO.MATRIK : 285441
Dadah telah membawa manfaat yang besar kepada dunia perubatan. Pelbagai kajian dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah yang digunakan untuk perubatan. Walaupun dadah memberikan pelbagai manfaat, dadah juga boleh menyebabkan pelbagai keburukan. Pelbagai kesan buruk berlaku apabila dadah digunakan secara berterusan. Antara kesan buruknya ialah:

โ€ข Masalah pernafasan
-Dadah yang disedut atau dihidu oleh orang boleh merosakkan sistem pernafasan, menyebabkan jangkitan dan penyakit pernafasan kronik.
-Opioid memperlahankan pernafasan seseorang dengan menyekat reseptor tertentu dalam sistem saraf pusat yang berfungsi untuk bernafas.
-Dengan menyekat dan menekan pernafasan seseorang, dadah ini boleh menyebabkan pernafasan seseorang berkurangan atau tidur dalam keadaan berdengkur yang kuat.
-Jika orang itu mengambil opioid dalam dos yang tinggi atau membawanya bersama kelawar lain (seperti kelawar tidur atau arak), mereka mungkin tidak dapat bernafas lagi.

โ€ข Jangkitan
-Apabila anda di bawah pengaruh dadah atau arak, and mungkin terlupa untuk melakukan persetubuhan yang selamat. Persetubuhan tanpa sebarang perlindungan boleh meningkatkan kemungkinan penyakit kelamin.
-Berkongsi arum yang digunakan untuk menyuntik dadah juga boleh menyebabkan anda dijangkiti penyakit seperti hepatitis C, hepatitis B dan HIV.
-Anda juga boleh menyebarkan demam selesema, selesema dan mononukleosis (demam kelenjar) apabila anda berkongsi paip dan pemegang.

โ€ข Masalah kewangan
-Arak dan dadah sangat mahal, terutamanya jika anda menggunakannya dengan kerap dan dalam kuantiti yang banyak. Penggunaan dadah juga boleh menjejaskan produktiviti dan kejayaan anda di tempat kerja dan di kolej.
-Masa yang terbuang untuk mencari, menggunakan dan memulihkan daripada dadah boleh digunakan untuk mempelajari kemahiran baharu yang meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan pekerjaan.
-Isu undang-undang yang melibatkan penggunaan dadah juga boleh meningkatkan kos liabiliti anda. Kadar insurans kereta dan kesihatan anda mungkin meningkat, dan anda perlu mencari cara untuk menampung pelbagai perbelanjaan yang anda tanggung daripada mengambil dadah anda.

โ€ข Kecederaan dan Kematian
-Jika anda menggunakan dadah dan arak, anda lebih berkemungkinan mengalami kecederaan badan atau mengalami kemalangan kereta.
-Lebih memburukkan keadaan, anda juga boleh meningkatkan risiko anda untuk mati akibat bunuh diri dan pembunuhan. Kematian berkaitan dadah telah meningkat sejak awal 1980-an.

NAMA: NUR AMIRAH BINTI MOHD FAZIL.NO.MATRIK: 285299Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami ingin kongsikan informasi b...
19/05/2022

NAMA: NUR AMIRAH BINTI MOHD FAZIL.
NO.MATRIK: 285299

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami ingin kongsikan informasi berkaitan dengan langkah-langkah bagi mengatasi penyalahgunaan dadah.

โšก๏ธDilihat pada peranan ibu bapa yang amat penting untuk memastikan anak-anak mereka tidak terjebak dalam masalah dadah ini. Ibu bapa perlu meluangkan masa secukupnya untuk bersama anak-anak. Contoh, sikap ambil berat dan bertanggungjawab serta penyayang mampu mengelakkan remaja dari terjerumus ke dalam masalah penyalahgunaan dadah.
โšก๏ธDari pandangan peranan kerajaan dimana boleh melaksanakan program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti yang mendatangkan faedah kepada anak muda pada masa kini. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen anti-dadah dan menyiarkannya melalui media massa.
โšก๏ธKesedaran diri remaja penting untuk menjauhi najis dadah. Hal ini kerana, untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan pemikiran yang rasional.

Kesimp**annya, semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat mahupun kerajaan perlu berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah musuh utama negra dan dadah boleh meruntuhkan keharmonian dan kesejahteraan negara.๐Ÿ˜€

NAMA: NUR ZAFIRAH BINTI ZAHALINO. MATRIK: 285281Seperti yang kita tahu, masalah berkaitan dengan dadah semakin sukar unt...
19/05/2022

NAMA: NUR ZAFIRAH BINTI ZAHALI
NO. MATRIK: 285281
Seperti yang kita tahu, masalah berkaitan dengan dadah semakin sukar untuk dibendung pada masa kini. Hal ini menjadi salah satu masalah negara yang amat membimbangkan semua masyarakat. Terdapat pelbagai punca yang mendorong ke arah penyalahgunaan dadah. Antara puncanya ialah:
1. Rasa ingin tahu
- Perasaan ingin tahu yang tinggi terutama golongan remaja telah mendorong mereka untuk mencuba sesuatu seperti dadah.
2. Merawat diri sendiri
- Seseorang yang sedang bergelut dengan sesetengah penyakit mungkin akan menggunakan dadah atau alkohol untuk meringankan sakit yang mereka alami.
- Dadah, alkohol dan bahan lain amat pop**ar boleh mengurangkan gejala kesakitan.
3. Sejarah keluarga
- Ia boleh berkembang dalam kecenderungan genetik.
- Dianggarkan 30% hingga 70% dalam faktor risiko seseorang akan bergantung kepada dadah disebabkan genetik dan keadaan sosial.
4. Kesepian
- Ketagihan terhadap dadah atau alkohol bermula apabila individu tersebut merasa sendirian dan kesepian. Orang yang menggunakan dadah akan kurang berinteraksi secara positif setiap hari tanpa sokongan sosial.
5. Pengaruh rakan sebaya
- Pengaruh dari rakan-rakan dan keperluan seseorang untuk menyesuaikan diri dalam sesuatu kump**an.
6. Penyakit tekanan mental
- Kegelisahan, gangguan tekanan dan kemurungan adalah gangguan kesihatan mental yang biasanya akan mendorong ke arah ketagihan.

NAMA: NORAIN NABILA BINTI ZAINAL ABIDINNO. MATRIK: 285288Secara umumnya, dadah adalah sejenis bahan yang digunakan dalam...
19/05/2022

NAMA: NORAIN NABILA BINTI ZAINAL ABIDIN
NO. MATRIK: 285288

Secara umumnya, dadah adalah sejenis bahan yang digunakan dalam perubatan dan ia seharusnya digunakan mengikut kesesuaian badan seseorang dan mempunyai had. Terdapat salah faham dimana setiap orang menganggap bahawa dadah membawa kesan buruk namun tidak mereka sedar bahawa dadah yang mereka maksudkan adalah dadah yang telah disalahgunakan oleh seseorang. Hal ini kerana dadah datang dalam pelbagai bentuk dan cara penggunaanya. Penggunaan yang berlebihan dan salahguna membawa kepada kesan yang amat teruk iaitu menjejaskan kesihatan dan juga kematian. Antara jenis dadah yang wujud ialah :

โœ… Kokain
-Berasal daripada daun koka dan dijadikan serbuk berwarna putih.
-Cara penggunaannya melalui snorting iaitu sedut atau hisap
โœ… Morfin
-Jenis alkaloid selepas melalui proses daripada candu mentah.
-Cara penggunannya melalui suntikan atau ditelan.
โœ… He**in
-Dalam bentuk serbuk putih, pengolahan daripada dadah jenis Morfin dan berlipat kali ganda lebih kuat
-Cara penggunannya melalui suntikan, merokok atau diambil secara terus
โœ… Ecstacy
-Dikenali sebagai โ€˜feel good drugโ€™ dan dalam bentuk pil
-Cara penggunannya ditelan seperti pengambilan pil
โœ… Ma*****na
-Dikenali sebagai g***a
-Cara penggunaannya adalah dimakan begitu sahaja atau digunakan seperti โ€˜tembakauโ€™ atau menghisap cecairnya
โœ… Methamphetamine
-Berbentuk seperti kristal dan jenis yang sering terdapat di Malaysia ialah jenis syabu
-Diproses secara haram dan tidak digunakan dalam perubatan
-Dikenali sebagai speed, ice, m**h and kristal
-Cara penggunaanya adalah snorting atau suntikan

DISEDIAKAN OLEH: Nurfarhana AdillaNO MATRIKS: 285591โœจAssalamualaikum dan Salam Sejahtera โœจHari ini kami ini berkongsi de...
18/05/2022

DISEDIAKAN OLEH: Nurfarhana Adilla
NO MATRIKS: 285591

โœจAssalamualaikum dan Salam Sejahtera โœจ
Hari ini kami ini berkongsi dengan anda tentang sejarah kewujudan dadah di Malaysia~
Berdasarkan infografik yang telah disediakan, kita dapat mengetahui bagaimana dadah memasuki negara kita.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, satu kajian yang bertajuk KETAGIHAN CANDU DI TANAH MELAYU SEHINGGA TAHUN 1957 telah dijalankan oleh Amer Fawwaz bin Mohd Yasid dan Dr. Noraini Zulikifli @ Zulkafli yang merupakan pensyarah dari UPNM. Di sini disertakan link bagi memudahkan proses pembacaan tentang kajian ini.
https://ejournal.um.edu.my/index.php/SEJARAH/article/download/29817/13184/71836
Diharapkan post ini dapat menambahkan pengetahuan pembaca tentang kemasukan dadah ke Malaysia.

โœจ๐“๐“ผ๐“ผ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ๐“พ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ฒ๐“ด๐“พ๐“ถ ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“ข๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ ๐“ข๐“ฎ๐“ณ๐“ช๐“ฑ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป๐“ช โœจโ–ช๏ธKami merupakan pelajar semester A212 Universiti Utara Malaysia (UUM). Kump**an k...
16/05/2022

โœจ๐“๐“ผ๐“ผ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ๐“พ๐“ช๐“ต๐“ช๐“ฒ๐“ด๐“พ๐“ถ ๐“ญ๐“ช๐“ท ๐“ข๐“ช๐“ต๐“ช๐“ถ ๐“ข๐“ฎ๐“ณ๐“ช๐“ฑ๐“ฝ๐“ฎ๐“ป๐“ช โœจ
โ–ช๏ธKami merupakan pelajar semester A212 Universiti Utara Malaysia (UUM). Kump**an kami terdiri daripada 10 orang pelajar dari pelbagai bidang akademik. ๐Ÿ“š
โ–ช๏ธTujuan page ini ditubuhkan adalah untuk memenuhi keperluan tugasan berkump**an bagi kod kursus MPU1013 Penghayatan Etika dan Peradaban dan kami telah bersepakat memilih tema berkenaan dengan "Masalah Penyalahgunaan Dadah" serta memberi perkongsian maklumat mengenai masalah ini bagi memberi kesedaran kepada semua masyarakat di Malaysia.
โ–ช๏ธDi sini, kami berharap agar kerjasama semua agar kump**an kami mencapai sasaran like ๐Ÿ‘๐Ÿป yang ditetapkan untuk setiap posting dan page kami๐Ÿฅฐ๐Ÿฅฐ Jasa baik dan kerjasama anda semua amatlah dihargai ๐Ÿ™๐Ÿป
Berikut merupakan ahli-ahli kump**an (7) kami:
1. Norain Nabila Binti Zainal Abidin - 285288
2. Vee Ranud A/P Echean - 285265
3. Nur Zafirah Binti Zahali - 285281
4. Nur Amirah Binti Mohd Fazil - 285299
5. Tan Jia Wen - 285366
6. Ong Chee Heong - 285441
7. Tan Yu Qing - 285473
8. Wong Ci Wei - 285557
9. Karen A/P Anthonysamy - 285581
10. Nurfarhana Adilla Binti Jefri - 285591

Address

Universiti Utara
Bukit Kayu Hitam
06010

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPU1013-Penghayatan Etika dan Peradaban Kumpulan 7 - B posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share