Etika Penghayatan Dan Peradaban Group 6

Etika Penghayatan Dan Peradaban Group 6 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Etika Penghayatan Dan Peradaban Group 6, Education Website, uum sintok, Bukit Kayu Hitam.

19/12/2022
TAJUK          : ADAB MAKAN DALAM MAJLIS SANTAPAN DIRAJANAMA         : MUHAMMAD FAHIM HAZIQ BIN MELANNO MATRIK : 296022A...
05/12/2022

TAJUK : ADAB MAKAN DALAM MAJLIS SANTAPAN DIRAJA
NAMA : MUHAMMAD FAHIM HAZIQ BIN MELAN
NO MATRIK : 296022

ADAB TERTIB DALAM MAJLIS SANTAPAN DIRAJA

• Jangan memulakan makan sebelum Tuanku santap.
• Jauhkan dari menganga besar apabila menyuap makanan.
• Apabila mengunyah mulut hendaklah ditutup.
• Jangan bercakap dengan mulut penuh makanan.
• Tentukan penggunaan alat-alat memakan digunakan dengan betul dan jangan sampai berbunyi bising
• Sisa-sisa makanan tidak dibiarkan atas alas meja.
• Selepas habis makan, alatan memakan hendaklah disusun rapat dan tidak dibiarkan berselerak.
• Elakkan mengorek gigi dengan jari, gunakan napkin untuk menutup mulut apabila mengeluarkan makanan terselit di gigi itu.
• Ketika batuk atau bersin, mulut hendaklah ditutup dengan napkin.
• Elakkan dari menguap atau sendawa kekenyangan kuat-kuat.
• Jangan mengorek telinga, menggaru-garu badan, menggeliat, mematahkan jari tangan dalam majlis jamuan.
• Jauhkan dari mengangkat dagu atau meletak kedua belah siku di atas meja.
• Apabila duduk di meja makan, bagi wanita, tas tangan hendaklah digantung di sebelah kanan dengan menggunakan “handbag holder” – tidak sekali-kali diletak atas meja makan walaupun tas tangan tersebut kecil.

NAMA: NIK NUR NAJIHAH BINTI NIK ARIS NO MATRIK: 296005TAJUK: ADAB MAKAN DAN MINUM MENURUT ISLAMKita sebagai umat islam, ...
05/12/2022

NAMA: NIK NUR NAJIHAH BINTI NIK ARIS
NO MATRIK: 296005
TAJUK: ADAB MAKAN DAN MINUM MENURUT ISLAM

Kita sebagai umat islam, perlulah mengamalkan adab adab ketika makan dan minum menurut islam. Sebelum makan, kita perlulah membaca doa makan dan membaca doa selepas makan setelah selesai.

1)Makan Berjemaah

Sunat makan secara berjamaah kerana banyak keberkatan yang terkandung didalamnya. “Berjamaahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandungi berkat bagimu.” (Hadits Shahih).

2(Gunakan Shahfah/Qash’ah

Makan berjamaah di atas hamparan dengan dengan menggunakan Shahfah/Qash’ah (talam/dulang) merupakan salah satu sunnah Nabi yang harus diikuti, tidaklah makan diatas meja makan dan tidak p**a menggunakan Sukurrajah.

3)Gunakan Tangan Kanan (Tangan Kiri Dilarang)

Nabi SAW juga mengajar untuk kita makan dan minum menggunakan tangan kanan. Dari Jabir r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Jangan engkau makan dengan (tangan) kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan (tangan) kirinya.” (HR Muslim)

4)Galakan Guna Tiga Jari

Dari Ka’ab bin Malik r.a., “Aku melihat Rasulullah SAW makan menggunakan tiga jari..(ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah)” (HR Muslim)

5) Galakan Bercakap

Imam Abu Hamid al-Ghazali dalam kitab al-Ihya mengatakan bahawa termasuk etika makan ialah membicarakan hal-hal yang baik sambil makan, membicarakan kisah orang-orang yang shalih dalam makanan.
Ketika makan janganlah terlalu banyak bercakap atau bercakap apabila makanan penuh di dalam mulut. Janganlah juga bercakap mengenai hal-hal yang boleh menimbulkan rasa jijik atau loya.

6)Larangan Mencela Makanan

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: “Tidak sekali-kali Rasulullah SAW mencela makanan. Jika Baginda menyukainya, maka Baginda makan. Jika Baginda tidak menggemarinya, maka Baginda tidak makan” (HR Bukhari dan Muslim)
Tidak Bersandar Ketika Makan
Dari Abi Juhaifah Wahb bin Abdullah r.a. berkata: Rasullah SAW bersabda, “Aku tidak makan sambil bersandar” (HR Bukhari)

7)Kutip Makanan Yang Terjatuh

Jika ada butiran makanan yang terjatuh maka kutiplah ia semula. Jangan disisakan sebutir nasi / makanan pun yang masih elok, kerana makanan adalah nikmat Allah yang patut dimuliakan dan ia juga turut berzikir pada Allah SWT.

8) Jilat Jari Setelah Selesai

Setelah selesai makan maka licinkanlah pinggan anda dan jangan biarkannya dengan sisa-sisa makanan setelah itu jilatlah sisa makanan yang masih melekat pada jari-jari. Saintis menemui enzim (bahan percerna makanan yang menghadamkan makanan) banyak terkandung di celah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur.

SEKIAN, TERIMA KASIH

NAMA : GEEVENRAJ A/L MANIKAMNO MATRIK : 295977TAJUK : ADAB MAKAN ORANG INDIAAdab makanan utama bagi makan kaum India ial...
05/12/2022

NAMA : GEEVENRAJ A/L MANIKAM
NO MATRIK : 295977
TAJUK : ADAB MAKAN ORANG INDIA

Adab makanan utama bagi makan kaum India ialah adab makan menggunakan daun pisang.

1) Nasi daun pisang merupakan makanan sayuran. Daun pisang digunakan untuk menggantikan pinggan disebabkan ia mempunyai sebab saintifik. Haba dari nasi yang panas menyebabkan daun pisang membebaskan bahan yang membantu penghadaman. Selain itu, daun pisang yang menjadi panas akan membebaskan bau harum yang menambahkan selera makan. Daun pisang yang telah digunakan untuk makan juga boleh dikitar semula.


2) Daun pisang diletakkan dengan bahagian pucuknya menghala ke kiri pemakan. Oleh itu, pangkal daun pisang yang lebih lebar berada pada sebelah kanan pemakan. Ini untuk memberi lebih ruang untuk makanan dihidang dan selesa bagi orang yang menggunakan tangan kanan untuk makan. Nasi daun pisang dimakan menggunakan tangan sebab tradisi makanan kaum India adalah menggunakan tangan.


3) Sebelum nasi dihidangkan di atas daun pisang, pemakan akan merinjis air pada daun pisang dan melapkan daun tersebut. Tindakan ini dilakukan untuk membersihkan daun pisang tersebut. Di India nasi hanya akan dihidangkan selepas pemakan telah membersihkan daun pisang tersebut, tetapi sesetengah masyarakat kaum India di Malaysia tidak lagi mengamalkan perkara ini.


4) Nasi dihidangkan dahulu dan kemudiannya diikuti dengan sayur-sayuran dan kari. Kebiasaannya, kari dhal (sambar) dan 3 hingga 4 jenis sayur akan dihidangkan. Selain itu, papadam, acar, yogurt, rasam, cili yang digorengkan (vattal) dan payasam juga dihidangkan. Garam juga dibekalkan untuk dicampurkan dengan yogurt. Makanan daun pisang mengandungi pelbagai rasa iaitu masin, masam, manis dan pedas.


5) Selepas nasi dimakan habis, rasam iaitu sup yang mengandungi pelbagai rempah diminum. Rasam diminum selepas makan sebab ia membantu sistem penghadaman. Selepas itu, payasam yang merupakan makanan manis akan dituang di atas daun pisang yang sama dan dimakan menggunakan tangan. Kadang kala ia dimakan dengan vadai yang diperbuat daripada dhal.

6) Daun pisang dilipat sebagai tanda sudah habis makan. Terdapat dua cara untuk melipat daun pisang iaitu kearah dalam ataupun kearah luar. Daun pisang dilipat kearah dalam setelah selesai makan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah, walaupun tuan rumah adalah tuan kedai makan. Manakala, daun pisang dilipat kearah luar sebagai tanda takziah kepada keluarga si mati. Di Malaysia, sesetengah orang yang bukan asal kaum India melipat daun pisang kearah luar sebagai tanda rasa tidak puas hati dengan makanan yang telah dihidangkan.

NAMA : SUMITAH A/P RAJANTERANNO MATRIK : 295689TAJUK : ADAB MAKANAN MASYARAKAT CINABagi orang-orang Cina dalam budaya ya...
04/12/2022

NAMA : SUMITAH A/P RAJANTERAN
NO MATRIK : 295689
TAJUK : ADAB MAKANAN MASYARAKAT CINA

Bagi orang-orang Cina dalam budaya yang berkaitan dengan makan terdapat beberapa peraturan dan adab. Contohnya makanan mesti di makan setelah duduk. Terdapat peraturan bagi mereka yang duduk dahulu di kalangan lelaki, perempuan, tua atau muda dan orang yang utama mesti makan menggunakan penyepit kayu dan menceduk sup dengan menggunakan sudu. Jamuan bagi orang-orang Cina dilakukan berasaskan setiap meja iaitu setiap meja selalunya diduduki oleh sepuluh hingga ke dua belas orang. Keadaan ini bertujuan untuk memastikan hidangan berada dalam keseimbangan. Seterusnya di dalam menyediakan sup, kuantiti air yang digunakan mestilah berjumlah tujuh persepuluh daripada kandungan mangkuk hidangan.

▪️Mesti memegangkan cawan apabila orang lain menuangkan air pada kamu.
▪️Menggunakan kedua-dua tangan apabila menyampaikan minuman dan makanan kepada orang lain.
▪️Mesti duduk sesuai dan jangan mengoyangkan kerusi apabila duduk atas kerusi.
▪️Jangan mengoyang tangan selepas mencuci tangan dibimbangi akan terkena percikan air kepada orang lain.
▪️Apabila yamseng kepada dengan orang , cawan mesti lebih rendah daripada orang yang lebih tua.
▪️Jangan keluar suara apabila makan.
▪️Jangan menyentuh pinggan ketika makan.
▪️Jangan meyebabkan meja kotor ketika makan.
▪️Mesti cakap : Saya sudah habis makan, terima kasih apabila meniggalkan meja selepas makan.

Menggunakan penyepit (chopstiks)

▪️Mereka dianggap tidak bersopan jika menjilat hujung
penyepit dan meletakkan penyepit di atas mangkuk nasi.
▪️Digunakan untuk menjamu selera bukan untuk membuat bising. Dianggap sebagai pengemis.
▪️Elakkan dari memakan dari penyepit yang keduadua hujungnya tidak sama rata, kerana ini ibarat papatah Cina :tiga panjang dua pendek yang beerti maut.
▪️Penyepit boleh diletakkan pada atas pinggan mangkuk secara melintang agar tidak menyentuh meja. Hashioki (alat letak penyepit) digunakan untuk menjauhkan hujungnya dari permukaan meja.
▪️Penyepit tidak digunakan untuk mengalihkan pinggan mangkuk.
▪️Penyepit tidak boleh diletakkan berdiri tegak dalam mangkuk berisi nasi atau makanan lain. ini menyerupai colok yang digunakan sebagai sembahan kepada ahli keluarga yang meninggal.
▪️Jangan silang penyepit di atas mangguk.
▪️Jangan cucut penyepit di dalam mangguk.

Masyarakat Cina pada zaman dahulu amat mengambil berat tentang ilmu makanan dan pemakanan. Ini jelas terbukti melalui ramuan yang digunakan, penyediaan bahan, cara memasak malah daripada segi persembahannya juga turut diambilkira. Malah makanan yang disediakan juga turut akan dikaitkan dengan konsep yang tertentu seperti konsep ketuhanan, perayaan, kesihatan iaitu merangkumi alam fizikal dan spiritual

TERIMA KASIH

NAMA : NUR SABILATUL HUDA BINTI RAIHAN METRIK : 296006 TAJUK : ADAB MAKAN BERSAMA RAKAN Adab makan bersama Rakan Bila ma...
03/12/2022

NAMA : NUR SABILATUL HUDA BINTI RAIHAN
METRIK : 296006
TAJUK : ADAB MAKAN BERSAMA RAKAN

Adab makan bersama Rakan

Bila makan bersama-sama orang ramai, haruslah diperhatikan perkara-perkara yang berikut; iaitu sebanyak tujuh perkara:

1. Jangan mulakan makan dulu bila ada hadir bersamanya orang yang mesti didahulukan, seperti orang tua atau orang yang lebih utama daripadanya. Tetapi jika mengambil makanan itu mengikut giliran dan sudah sampai p**a gilirannya untuk mengambil, maka ketika itu janganlah ia melambat-lambatkan sehingga orang lain terpaksa menunggu lama, padahal mereka itu telah berkumpul untuk makan bersama-sama.

2. Janganlah sampai semua orang berdiam diri di waktu makan, tetapi sebaik-baiknya hendaklah berbual-bual tentang perkara-perkara yang baik.

3. Janganlah makan dengan tamak, bahkan hendaklah mengingat kawan-kawan yang makan bersama-sama dalam satu hidang. Janganlah makan lebih dari kadar yang ditetapkan baginya kerana makan lebih dar kadar itu, hukumnya haram jika tidak mendapat keredhaan kawan yang memakan bersama-sama dalam satu hidangan. Sebaik-baiknya ia melebihkan makanan itu pada kawan-kawannya. Jangan p**a memakan dua butir kurma sekaligus, melainkan jika semua orang yang makan sedikit, hendaklah ia menggalakkannya supaya menambah lagi dan menimbulkan seleranya untuk makan. Jika kawan itu menolak, bolehlah dipujuk hingga tiga kali, tidak lebih dari itu, kerana sesudah itu, tentulah ia akan merasa bosan dan menganggap itu sebagai memaksanya.

Adapun bersumpah untuk memakan lagi adalah di larang. Berkata al-hasan bin Ali r.a: Makanan itu lebih ringan daripada seorang yang bersumpah untuk memjuk kawannya supaya makan lagi (Maksudnya jika tak dihabiskan pun tak mengapa, tetapi jangan bersumpah untuk menyuruh orang lain memakannya

4. Janganlah terlalu menggesa kawan untuk memakan, sehingga ketara seolah-olah ia amat memerlukan makanan itu. Jangan p**a memerhatikan kelakuannya ketika sedang makan: banyakkah, sedikitkah, bahkan hendaklah ia bersikap seperti seorang yang menanggung makan kawannya. Jangan p**a meninggalkan lebihan makanan di tempat makannya, sedangkan selera untuk memakannya masih ada, kerana takut orang mengatakan gelojoh, sebab yang demikian itu adalah semacam kepura-puraan. Tetapi hendaklah ia makan seperti biasa, yakni seperti ia makan seorang diri di rumah. Sebaik-baiknya melatihkan diri bersopan-santun ketika makan bersendirian di rumah, supaya nanti tidak teragak-agak lagi untuk bersikap sama bila makan dengan orang ramai. Ya kalau boleh sewaktu makan beramai-ramai itu, dikurangi sedikit dari kadar makananan biasa untuk melebihkan kawang-kawannya, apatah lagi kalau, ia mengetahui bahwa mereka itu amat memerlukan makanan itu, maka sikap yang demikian adalah paling utama sekali. Begitu juga ia makan lebih dengan niat menggalakkan kawan-kawannya memakan lebih dan menaikkan semangat mereka untuk menambah lagi, maka itu adalah lebih baik p**a.

5. Tidak mengapa membasuh tangan di dalam bekas makanan itu (jika bekas itu telah bersih dari makanan

Berkata Anas: Andaikata saudaramu mengundangmu untuk makan, hendaklah engakau menerima kehormatan itu dan janganlah menolaknya. Diriwayatkan, pernah Khalifah Harun ar-Rasyid mengundang makan Abu Mu’awiyah yang buta matanya. Apabila selesai makan, Khalifah pun membasuh tangan Abu Mu’awiyah menjawab: Tidak! Khalifah berkata lagi: Yang membasuh tanganmu ialah Amirul Mu’minin (yakni dirinya sendiri). Berkata Abu Mua’awiyah: Wahai Amirul Mu’minin! Sebenarnya tuan hamba telah memuliakan ilmu pengetahuan dan meletakkanya di tempat yang tinggi, maka Allah akan meninggikan kedudukan tuan hamba dan memuliakan tuan hamba, sebagaimana tuan hamba memuliakan ilmu dan ahlinya.

Oleh itu sayugialah tuan rumah sendiri yang patut menuangkan air untuk membasuh tangan tetamu-tetamunya. Demikianlah yang dilakukan oleh Imam-imam besar Malik dan Syafi’I radhiallahuanhuma pada hari tetamu itu mula tinggal bersamanya. Mereka berkata: Janganlah engkau terperanjat pada apa yang engkau lihat daripadaku ini, sebab memberi khidmat kepada tetamu adalah suatu kewajiban.

6. Janganlah tuan rumah memerhatikan kelakuan tetamu-tetamunya ketika sedang makan, jangan mengawasinya, kelak dikhuatirinya mereka akan merasa malu, Sebaiknya bersikap pura-pura tidak nampak dan menumpukan segala perhatian pada dirinya sendiri lebih-lebih lagi jika mereka sedang sedap makan. Janganlah p**a berhenti dulu tetapi hendaklah menyuap terus sedikit demi sedikit, sehingga tetamu-tetamu itu merasa puas dengan makanan yang dihidangkan. Andaikata kerana sesuatu sebab, ia tidak dapat meneruskan makan-makanan itu, maka hendaklah ia meminta izin berhenti terlebih dulu, supaya mereka tidak merasa malu dengan kelakuan mereka itu.

7. Jangan melakukan sesuatu yang boleh menjijikkan orang lain, ataupun mencelupkan tangan ke dalam bekas makanan itu. Jangan terlampau menundukkan kepala ke bekas makanan, tatkala mahu menyuap makanan itu. Jika mahu mengeluarkan sesuatu dari mulut, hendaklah memalingkan muka dari bekas makanan itu, kemudian diambil dengan tangan kiri. Jangan dicelupkan suapan yang berlemak ke dalam cuka (atau sebagainya) kerana cara begitu mungkin tidak diingini oleh orang lain. Demikian p**a dengan lebihan makanan yang telah digigit, jangan dicelupkan ke dalam lauk-pauk atau cuka. Jangan p**a menyebut-nyebut hal-hal yang boleh menjijikan atau memuakkan ketika sedang makan.

NAMA: NUR SYARAFINA BINTI CHE OMARNO MATRIK: 294516TAJUK; ADAB KETIKA MAKAN DI RESTORANKita sering terlepas pandang meng...
03/12/2022

NAMA: NUR SYARAFINA BINTI CHE OMAR
NO MATRIK: 294516
TAJUK; ADAB KETIKA MAKAN DI RESTORAN

Kita sering terlepas pandang mengenai pentingnya menjaga adab ketika makan di restoran. Walaupun kita adalah pelanggan di restoran atau kedai makan tersebut dan membayar setiap juadah yang dipesan, janganlah kita mendabik dada dengan bersikap sombong kerana sebagai insan yang berbudi pekerti mulia, jagalah etika kita di mana sahaja kita berada. Antara adab ketika makan di restoran yang boleh dipraktikkan oleh masyarakat ialah:

1) Memanggil pekerja restoran atau pelayan dengan sopan.
Jika pelanggan ingin membuat pesanan atau memerlukan bantuan pekerja restoran, amatlah elok jika kita mengangkat tangan sambil menyebut ‘excuse me’ atau ‘tolong’ agar pekerja tidak berkecil hati dan menerima pesanan kita dengan baik. Elakkan bersiul ketika memanggil pekerja kerana ianya kurang sopan dan mengundang perspektif negative pelanggan lain terhadap kita.

2) Jangan meninggalkan sisa sampah makanan luar di meja makan restoran.
Seperti yang kita tahu, terdapat restoran yang tidak membenarkan makanan luar dimakan di restoran kerana ia seolah-olah tidak menghormati premis mereka. Contohnya, pelanggan memasuki restoran Secret Recipe tetapi membawa kek dari kedai luar dan hanya ingin menikmati suasana yang nyaman dan kondusif di restoran tersebut. Namun, terdapat premis yang masih membenarkan kita membawa makanan ringan daripada luar restoran seperti biskut, roti dan sebagainya. Jadi, janganlah kita meninggalkan sisa sampah bertaburan di atas meja demi memudahkan kerja pekerja restoran ketika pembersihan diajalankan.

3) Tidak mengganggu keselesaan pelanggan lain
Elakkan bercakap dengan kuat ketika makan di restoran. Perkara ini amat penting supaya pelanggan lain dapat menikmati makanan dengan selesa dan tenang. Hal ini kerana terdapat segelintir pelanggan yang tidak menghiraukan pelanggan lain demi kepentingan sendiri. Contohnya, pelanggan bersembang terlalu kuat dan mencetuskan suasana yang bising di restoran hingga pelanggan lain tidak selesa dan beredar pergi.

Jadi, jagalah adab kita ketika di restoran supaya tidak mengganggu pelanggan lain dan juga pekerja restoran

NAMA: MUHAMMAD SUHAIL BIN MUHAMAD SHAHROL NIZAMNO MATRIK: 296031TAJUK : ADAB MAKAN DI DALAM MAJLIS RASMIKini, tidak rama...
02/12/2022

NAMA: MUHAMMAD SUHAIL BIN MUHAMAD SHAHROL NIZAM
NO MATRIK: 296031
TAJUK : ADAB MAKAN DI DALAM MAJLIS RASMI

Kini, tidak ramai yang menyedari atau menitikberatkan etika makan yang betul semasa majlis rasmi. Adab yang baik di meja makan biasanya dikaitkan dengan seseorang yang mempunyai didikan moral dan hormat. Cara menggunakan pisau, garpu, dan sudu adalah salah satu adab meja yang perlu ada pada setiap individu. Berikut adalah beberapa cara yang boleh dipraktikkan semasa menggunakan pisau, garpu dan sudu :

Sudu dan garpu:

Sekiranya terdapat lebih daripada satu sudu dan garpu yang perlu digunakan, anda perlu tahu sudu yang sepatutnya digunakan untuk makan, sudu untuk sup, sudu untuk pencuci mulut dan begitu juga garpu. Ada garpu untuk daging dan ada untuk salad. Jika anda keliru, jangan bimbang. Lazimnya, juadah yang dihidangkan adalah mengikut kedudukan sudu dan garpu.

Pisau:

Penggunaan pisau, sudu dan garpu sinonim dengan makanan ala barat. Jenis makanan yang dihidangkan lazimnya mengandungi daging atau ayam yang disediakan dalam saiz besar yang perlu dipotong sebelum makan. Sebagai contoh, steak, lamb chop, grilled chicken dan sebagainya. Garpu hendaklah dipegang di tangan kiri, dan pisau di sebelah kanan. Hal ini demikian kerana kelaziman memotong menggunakan tangan kanan. Oleh hal yang demikian keadaan ini hanya untuk keselesaan anda. Jika tidak, anda boleh memotong dengan tangan kiri anda jika anda mahu.

NAMA : NOR HASYIQIN BINTI MOHAMAD NASIR ( 295992 ) TAJUK : CARA BERADAB KETIKA MAKAN Seperti sedia maklum , kita semua s...
02/12/2022

NAMA : NOR HASYIQIN BINTI MOHAMAD NASIR ( 295992 )
TAJUK : CARA BERADAB KETIKA MAKAN

Seperti sedia maklum , kita semua sebagai manusia yang bertauliah sentiasa perlu beradab dari pelbagai aspek dalam kehidupan seharian . Hal ini dikatakan demikian kerana , apabila kita beradab dalam melakukan sesuatu perkara , ianya mendatangkan kebaikan kepada diri kita sendiri . Disini saya ingin menekankan aspek kebaikan beradab ketika makan .

Berikut beberapa cara beradab ketika makan
1 ) Mengutamakan orang yang lebih tua . Apabila perkara sedemikian dilakukan ianya akan dipandang mulia oleh orang lain serta menunjukan kehormatan kepada yang lebih tua . Dengan adanya adab sedemikian kita tidak dibenci oleh orang lain . Oleh hal yang demikian , dalam pelbagai aspek kita perlulah sentiasa beradab agar tidak dipandang serong oleh segelintir masyarakat .

2 ) Jangan gelojoh ketika makan dan minum . Etika ketika berada di meja makan amatlah penting . Hal ini akan mencerminkan diri kita sebagai seseorang yang mempunyai adab atau tidak . Disamping itu juga untuk mengelakkan pembaziran ketika makan kerana ianya merupakan amalan yang tidak baik untuk diamalkan . Oleh itu juga , apabila kita mengamalkan adab ini kita akan mendapat keredhaan daripada Allah SWT .

3 ) Menggunakan tangan kanan ketika makan . Hal ini amat ditekankan kerana penggunaan tangan kanan meupakan sunnah . Ia juga dapat mengelakkan daripada mendatangkan penyakit . Oleh hal demikian , kita dapat menjaga kebersihan dan kesihatan tubuh badan

Sekian itu sahaja perkongsian daripada saya . Terima kasih sudi meluangkan masa disini .

NAMA: NUR DIANNA BINTI HASSANNO METRIK: 296001TAJUK: ADAB KETIKA MAKAN BERSAMA KELUARGAMenurut pandangan saya, adab keti...
02/12/2022

NAMA: NUR DIANNA BINTI HASSAN
NO METRIK: 296001

TAJUK: ADAB KETIKA MAKAN BERSAMA KELUARGA

Menurut pandangan saya, adab ketika makan bersama keluarga boleh mengeratkan hubungan kekeluargaan yang semakin terhakis.Hal ini kerana waktu makan ialah masa yang berkualiti, tenang dan menyeronakkan.Dengan demikian, ibu bapa boleh berinteraksi sambil berbual-bual dengan anak-anal ketika makan. Selain itu, ibu bapa mengesah pergerakan anak-anak jika mereka sentiasa bersama keluarga. Di samping itu, anak-anak yang terdedah dengan gejala media sosial akan dikurangkan. Seterusnya, rumah akan dijadikan tempat yang menyeronokan untuk ditinggal lama. Tradisi makan bersama keluarga dapat mengekalkan institusi keluarga daripada tidak aman dan tidak selesa. Apabila kita mengamalkan adab ini keluarga kita akan menjadi harmoni dan tidak berlaku pergaduhan.

SEKIAN TERIMA KASIH 🥰

Address

Uum Sintok
Bukit Kayu Hitam
06010

Telephone

+60195522506

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Etika Penghayatan Dan Peradaban Group 6 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Etika Penghayatan Dan Peradaban Group 6:

Shortcuts

Share