08/06/2022
Nama : Lim Pui Mei ๐ฅฐ
No.Matrik : 284635
๐ฌ๐๐ช๐ท๐ฐ๐ด๐ช๐ฑ-๐ต๐ช๐ท๐ฐ๐ด๐ช๐ฑ ๐๐ฎ๐ท๐ฌ๐ฎ๐ฐ๐ช๐ฑ๐ช๐ท ๐ก๐ช๐ผ๐พ๐ช๐ฑ
๐ธ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ค๐ฎ๐๐ญ๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐๐ค๐๐ง ๐๐ง๐๐๐ง๐ -๐ฎ๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐๐ง ๐๐ฎ๐ค๐ฎ๐ฆ๐๐ง
โก๏ธHal ini bagi memastikan pengamal rasuah akan berfikir dua kali sebelum melakukan rasuah. Hukuman yang berat perlu dijatuhi kepada pesalah rasuah agar mereka serik untuk melakukan gejala rasuah di kemudian hari. Melalui langkah ini, masyarakat akan sedar betapa bahayanya aktiviti rasuah ini.
๐ธ๐๐๐ฆ๐ฉ๐๐ซ๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐ค๐๐ง ๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ง๐๐ค๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ฎ๐๐๐ก๐๐ง ๐๐๐ค๐ง๐จ๐ฅ๐จ๐ ๐ข ๐๐๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐๐ญ (๐๐๐)
โก๏ธProses yang panjang dan sukar semasa melakukan urusan harus dipermudahkan menggunakan kelebihan ICT. Melalui cara ini, seseorang induvidu lebih cenderung berurusan dengan menggunakan perkhidmatan atas talian yang lebih cepat dan cekap sekaligus membendung gejala rasuah yang mudah berlaku seperti sogokan semata-mata untuk mempercepatkan prosedur proses urusan.
๐ธ๐๐๐ฆ๐๐ง๐ญ๐๐ฉ๐ค๐๐ง ๐๐ฆ๐๐ง๐๐๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก๐ค๐๐ง ๐๐๐ญ๐ข ๐๐ข๐ซ๐ข ๐๐๐ฌ๐๐จ๐ซ๐๐ง๐
โก๏ธKeimanan dan keperibadian yang tinggi adalahbenteng yang paling ampuh untuk membenteras gejala rasuah. Apabila setiapindividu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jenterakerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapatmenangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa tang tahu dan peluang terbukaluas di hadapan mata.
๐ธ๐๐๐ง๐๐ซ๐๐ฉ๐๐ง ๐๐จ๐ง๐ฌ๐๐ฉ ๐๐๐๐ ๐๐ฆ๐๐๐ง ๐๐๐ง ๐๐จ๐ซ๐๐ฅ
โก๏ธpenerapan konsep keagamaan dan moral hendaklah dilakukan terutama di sektor pendidikan negara seperti dalam kalangan pelajar sekolah dan universiti. Usaha menerapkan konsep murni sebegini perlu dilakukan pada peringkat awal kehidupan seseorang itu supaya mudah untuk mengawalnya. Semua konsep yang baik dijelaskan kepada pelajar supaya mereka memahami keperluan untuk membebaskan diri dan negara daripada ancaman rasuah ini. Ringkasnya, pendidikan kepada golongan muda berupaya menyekat penularan wabak sosial yang begitu memalukan ini dengan begitu mudah dan berkesan. Tambahan p**a, kita sebagai seorang yang beragama Islam perlu memantapkan iman dan mengukuhkan jati diri kita untuk mengelakkan diri daripada gejala rasuah ini. Keimanan dan keperibadian yang tinggi adalah benteng yang paling ampuh untuk membanteras gejala rasuah. Apabila setiap individu bencikan rasuah sama ada rakyat biasa, pemimpin,peniaga, atau jentera kerajaan maka amalan rasuah dapat diatasi. Kekuatan Iman dan jati diri dapat menangkis habuan rasuah sekali pun tiada sesiapa yang tahu dan peluang terbuka luas di hadapan mata.