SMK Bukit Garam, Kinabatangan

SMK Bukit Garam, Kinabatangan Sekolah Menengah pertama yang ditubuhkan di daerah Kinabatangan pada 21 Januari 1975.

Assalamualaikum dan salam SejahteraSemua ibu bapa/penjaga murid SMK Bukit Garam dengan sukacitanya dijemput untuk hadir ...
11/04/2026

Assalamualaikum dan salam Sejahtera

Semua ibu bapa/penjaga murid SMK Bukit Garam dengan sukacitanya dijemput untuk hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-24 Tahun 2026 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri PIBG SMK Bukit Garam.

Tarikh : 18 April 2026 (Sabtu)
Masa : 7.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
Tempat : Dewan Sri Gemilang, SMK Bukit Garam
Tema Pemakaian : Baju Raya (Kemas & Sopan)

🔗 Sila sahkan kehadiran melalui pautan google form ini ✨
https://forms.gle/xmyPy2kVeFgK6jMZA

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih 🤗

🌙✨ Salam Aidilfitri daripada warga SMK Bukit Garam ✨🌙  Di kesempatan yang mulia ini, kami mengucapkan  Selamat Hari Raya...
20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri daripada warga SMK Bukit Garam ✨🌙

Di kesempatan yang mulia ini, kami mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Semoga Syawal ini membawa sinar kebahagiaan, mengeratkan silaturahim, dan mengampunkan segala khilaf yang lalu.

20/03/2026

🌙✨ Salam Aidilfitri 1447H ✨🌙

Warga SMK Bukit Garam mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin kepada semua 🌿

Jom hayati suasana Syawal dengan video takbir raya oleh barisan guru lelaki kami 💚

Hati-hati di jalan raya & selamat bergembira bersama keluarga!

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.Semoga tahun ini menjadi medan untuk kita semua—warga pendidik dan murid—mempertingkat...
01/01/2026

Selamat menyambut Tahun Baru 2026.
Semoga tahun ini menjadi medan untuk kita semua—warga pendidik dan murid—mempertingkatkan keimanan, memperkukuh akhlak mulia, serta menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan demi mencapai kejayaan yang diredai Allah SWT.



🏫 HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 🏫 📸 Sekitar proses Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Bukit Garam Tahun 2026 Penghar...
18/12/2025

🏫 HARI PENDAFTARAN MURID TINGKATAN 1 🏫

📸 Sekitar proses Pendaftaran Murid Tingkatan 1 SMK Bukit Garam Tahun 2026

Penghargaan diucapkan kepada semua AJK pendaftaran serta ibu bapa/pelajar yang hadir dan memberikan kerjasama yang sangat baik.




✨ SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON SPM TAHUN 2025 ✨ Anda telah berusaha keras. Kini masanya untuk menuai hasil. 🌹 📌 Fokus ...
24/11/2025

✨ SELAMAT MAJU JAYA KEPADA CALON SPM TAHUN 2025 ✨

Anda telah berusaha keras. Kini masanya untuk menuai hasil. 🌹

📌 Fokus dalam dewan peperiksaan.
📌 Tenang menghadapi setiap soalan.
📌 Yakin dengan ilmu yang telah dipelajari.

💪 Kami percaya pada kebolehan anda. Berikan yang terbaik dan patuhi disiplin peperiksaan. 🍀

Doa kami mengiringi kejayaan anda. Semoga dipermudahkan urusan dan dikurniakan keputusan yang cemerlang. 🙏





✨ Majlis Restu Ilmu SPM 2025 ✨Majlis Restu Ilmu pagi ini di Dewan Sri Gemilang berjalan penuh hikmah dan doa.Semoga semu...
21/11/2025

✨ Majlis Restu Ilmu SPM 2025 ✨

Majlis Restu Ilmu pagi ini di Dewan Sri Gemilang berjalan penuh hikmah dan doa.

Semoga semua calon SPM 2025 diberi ketenangan, dipermudah menjawab, dan mencapai kecemerlangan.

Ingat formula DUIT:
Doa, Usaha, Istiqamah dan Tawakkal — kunci kejayaan kita.

SMK Bukit Garam mendoakan yang terbaik untuk kalian!

  menggegarkan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Kebangsaan dengan kekuatan pasukan sebanyak 25 orang murid dan 5 oran...
10/11/2025

menggegarkan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Kebangsaan dengan kekuatan pasukan sebanyak 25 orang murid dan 5 orang guru di Malacca International Trade Centre (MITC), Melaka pada 9 dan 10 November 2025.

Pingat Gangsa 🥉 telah dimenangi oleh pasukan C4 untuk cabaran BioEkonomi - Qhairah, Muazzam, Nazmi dan Farid Syahmi.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua murid yang bertanding di peringkat sekolah, negeri dan kebangsaan! 👏🏼



Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon SPM  Semoga dimudahkan urusan   ❤️
02/11/2025

Selamat menduduki peperiksaan SPM kepada semua calon SPM

Semoga dimudahkan urusan ❤️

Selamat menduduk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 kepada semua calon di seluruh negara.

Buat yang terbaik, semoga kejayaan menjadi milik anda.

📌 3-6 November 2025: Ujian Bertutur Bahasa Melayu

📌 10-13 November 2025: Ujian Bertutur Bahasa Inggeris

📌 17-19 November 2025: Ujian Amali Sains

📌 20 November 2025: Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris

📌 25 November hingga 23 Disember 2025: Peperiksaan Bertulis




30/09/2025

🌸 Selamat Bersara 🌸

Selamat bersara diucapkan kepada Cikgu Hamidah Mat Jais, Kaunselor Sekolah yang dikasihi.

Terima kasih atas segala bimbingan, nasihat dan tunjuk ajar sepanjang perkhidmatan. Jasamu akan sentiasa dikenang.

Semoga Cikgu dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan keberkatan dalam menempuh fasa baharu kehidupan. 💐✨

Selamat Hari Malaysia!Perpaduan adalah kekuatan kita. Mari terus pupuk keharmonian demi Malaysia yang kita cintai.Selama...
15/09/2025

Selamat Hari Malaysia!

Perpaduan adalah kekuatan kita. Mari terus pupuk keharmonian demi Malaysia yang kita cintai.

Selamat Hari Malaysia 2025!





Address

WDT 12
Bukit Garam
90200

Opening Hours

Monday 06:40 - 17:50
Tuesday 06:40 - 17:50
Wednesday 06:40 - 17:50
Thursday 06:40 - 17:50
Friday 06:40 - 17:50

Telephone

089561909

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bukit Garam, Kinabatangan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bukit Garam, Kinabatangan:

Shortcuts

Share

Category