Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan - Rasmi

Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan - Rasmi WDT 89, 90200 KINABATANGAN, SABAH.

26/08/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ€ Bila semangat Merdeka bertemu dengan bakat dan keyakinan! ✨

Hari ini, murid-murid Tahap 2 tampil berani ke pentas dalam Pertandingan Nyanyian Solo Kemerdekaan 🎢❀️

Ada yang datang dengan suara yang mantap, ada yang membawa gaya tersendiri, dan yang paling penting β€” semuanya tampil dengan penuh semangat patriotik! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

πŸ“… 26 Ogos 2026

Syabas dan tahniah kepada semua peserta! πŸ‘πŸŒŸ
Teruskan berkarya, teruskan berani mencuba, dan teruskan mengharumkan nama sekolah! β€οΈπŸ€πŸ’™πŸ’›

Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŽ‰

26/08/2026
26/08/2026

Nyanyian Solo Tahap 1

πŸ“š SESI PENYERAHAN SLIP PBD PERTENGAHAN TAHUN & UPSA SK KOTA KINABATANGAN 2026πŸ—“οΈ 31 Julai 2026Dengan penuh rasa syukur, t...
01/08/2026

πŸ“š SESI PENYERAHAN SLIP PBD PERTENGAHAN TAHUN & UPSA SK KOTA KINABATANGAN 2026

πŸ—“οΈ 31 Julai 2026

Dengan penuh rasa syukur, telah berlangsung dengan jayanya Sesi Penyerahan Slip Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) Pertengahan Tahun & UPSA SK Kota Kinabatangan 2026.

Program ini menjadi medium penting untuk berkongsi perkembangan pembelajaran murid bersama ibu bapa dan penjaga, di samping mengukuhkan kerjasama antara pihak sekolah dan keluarga dalam memastikan kecemerlangan akademik serta sahsiah anak-anak.

Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang telah meluangkan masa untuk hadir. Semoga segala perkongsian yang diberikan dapat menjadi pemangkin semangat kepada murid-murid untuk terus berusaha dan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.

✨ β€œDi sebalik setiap kejayaan seorang anak, sentiasa ada sokongan daripada keluarga dan guru yang tidak pernah berhenti percaya.”

Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan yang berterusan.

πŸ“Έ Gambar Rasmi Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2026Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dil...
16/07/2026

πŸ“Έ Gambar Rasmi Majlis Watikah Perlantikan Pemimpin Muda 2026

Sekalung tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik sebagai Pemimpin Muda 2026. Semoga pelantikan ini menjadi titik permulaan untuk memikul amanah dengan penuh dedikasi, menunjukkan teladan yang baik, dan memimpin dengan nilai integriti, hormat serta tanggungjawab.

Semoga barisan kepimpinan yang baharu dapat bersama-sama membentuk budaya sekolah yang cemerlang dan menjadi inspirasi kepada rakan-rakan.

β€œMemimpin dengan hati, berkhidmat dengan ikhlas.”

Tahniah dan selamat menjalankan amanah! 🌟

🏐 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KINABATANGAN 2026 πŸπŸ“… Tarikh : 21 & 22 April 2026  πŸ“ Tempat : SK Sandau  Alhamdulillah, pasu...
23/04/2026

🏐 KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD KINABATANGAN 2026 🏐

πŸ“… Tarikh : 21 & 22 April 2026
πŸ“ Tempat : SK Sandau

Alhamdulillah, pasukan bola tampar sekolah telah menunjukkan komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang kejohanan ini.

✨ Pencapaian 2026 ✨
Seramai 2 orang murid telah berjaya terpilih untuk mewakili sekolah ke Peringkat MSS Sabah yang akan berlangsung di Kudat.

πŸŽ‰ Syabas dan Tahniah diucapkan kepada:
🏐 Eddy Koh Effendy (Jersi No. 11)
🏐 Ammar Asyraf Bin Sazy (Jersi No. 9)

Semoga terus cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. πŸ’ͺ

πŸ‘ Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada jurulatih bola tampar serta seluruh pasukan bola tampar 2026 atas usaha, dedikasi dan kerjasama yang telah ditunjukkan.

🌟 Semoga berjaya! 🌟

Selamat menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kepada semua murid Tahap 2 SK Kota Kinabatangan. Semoga berjaya.πŸ—“οΈ 27...
27/10/2025

Selamat menduduki Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) kepada semua murid Tahap 2 SK Kota Kinabatangan. Semoga berjaya.

πŸ—“οΈ 27 - 31 Oktober 2025

Address

SK Kota Kinabatangan
Bukit Garam
90200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6089569389

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan - Rasmi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah Kebangsaan Kota Kinabatangan - Rasmi:

Shortcuts

Share

Category