06/05/2026
π’ PENDAFTARAN SESI 2027 KINI DIBUKA!
π« SRI Kiblah Melaka kini membuka Pendaftaran Murid Baharu bagi sesi 2027.
β¨ Kami menawarkan:
π Sistem pendidikan berintegrasi (Akademik & KAFA)
π΅ Yuran: RM520/bulan
π Sesi Pembelajaran
Isnin β Khamis: 7.30 pagi β 4.30 petang
Jumaat: 7.30 pagi β 12.15 tengah hari
πΏ Bimbingan Iqraβ hingga mahir membaca Al-Quran bertajwid
π Aktiviti penghayatan Islam & amalan sunnah secara praktikal
βοΈ Kelas kondusif & berhawa dingin
π₯ Kokurikulum menarik:
π₯ Tae Kwon Do | Silat
πΉ Memanah
πΈ Badminton
βοΈ Pengakap
βοΈ Bulan Sabit Merah Malaysia
π¨βπ» Dan lain- lain
π Makanan bernutrisi disediakan
(Sarapan pagi & makan tengah hari)
π Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
π©βπ« Ustazah Norhafida:
013-704 6757
π¨βπ« Ustaz Badrul Khuzaimie:
011-2188 4648
β¨ Jom daftarkan anak anda bersama kami!
05/05/2026
SEKALUNG PENGHARGAAN DAN TAHNIAH
Jutaan tahniah diucapkan kepada kelab taekwondo sekolah iaitu Kelab Acen Kids kerana berjaya mendapat tempat 1st Runner Up bagi kategori sekolah rendah dengan pencapaian 25 emas (gold), 13 perak (silver) dan 21 gangsa (bronze).
Tahniah juga buat Adik Nur Qisya Qaisarah (Tahun 3), Adik Afran Umar (Tahun 3) dan Adik Yusuf Najmi (Tahun 1) yang mewakili sekolah telah berjaya mengaut medal dan membawa pulang medal 2 emas (gold), 1 perak (silver) dan 1 gangsa (bronze).
Semoga kalian terus cemerlang dan menjadi inspirasi yang baik buat rakan-rakan yang lain
04/05/2026
KEJOHANAN TAEKWON-DO (ITF/MGTF) TERTUTUP NEGERI MELAKA 2026 βTHE RISING PHOENIXβ
Tarikh: 11 April 2026 (Sabtu)
Tempat: Dewan Keh Seng
Anjuran: Melaka Tengah MGTF
Perasmian oleh: Grand Master Ts. Amir Md. Noor, Presiden Persekutuan Taekwon-do Global Malaysia, Ketua Jurulatih dan Pemeriksa Kebangsaan
Alhamdulillah, penyertaan murid Sekolah Rendah Islam Kiblah Melaka dalam Kejohanan Taekwon-do (ITF/MGTF) Tertutup Negeri Melaka 2026 βThe Rising Phoenixβ telah membuahkan hasil yang amat membanggakan.
Pasukan taekwondo sekolah di bawah kelab Acen Kids telah menunjukkan prestasi cemerlang dengan meraih Naib Johan (1st Runner-Up) bagi kategori sekolah rendah, hasil pungutan keseluruhan sebanyak 25 pingat emas, 13 pingat perak dan 21 pingat gangsa. Tahniah diucapkan kepada semua peserta Acen Kids yang telah menyertai dan mencatat kejayaan dalam kejohanan ini.
Tahniah istimewa juga kepada wakil sekolah iaitu Adik Qisha Qaisarah (Tahun 3), Adik Afran Umar (Tahun 3) dan Adik Yusuf Najmi (Tahun 1) yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah dengan pencapaian membanggakan apabila membawa pulang 2 pingat emas, 1 pingat perak dan 1 pingat gangsa.
Kejayaan ini jelas membuktikan komitmen, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam kalangan murid, di samping sokongan padu daripada jurulatih dan pihak ibu bapa.
Pihak sekolah turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada para jurulatih terutamanya Sir Hairul Rizuan dan timnya atas dedikasi, kesungguhan dan pengorbanan dalam melatih serta membimbing murid sehingga berjaya mencapai prestasi yang cemerlang. Segala usaha, masa dan komitmen yang dicurahkan amatlah dihargai dan menjadi tunjang utama kepada kejayaan pasukan ini.
Akhir sekali, pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta, jurulatih serta pihak yang terlibat atas usaha dan dedikasi yang diberikan. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan berterusan serta inspirasi kepada murid lain untuk terus aktif dan berdaya saing dalam bidang kokurikulum.
04/05/2026
Sorotan gambar-gambar warga SKM semasa sesi fotografi raya mengikut tema warna
04/05/2026
MAJLIS SAMBUTAN DAN JAMUAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH RENDAH ISLAM KIBLAH MELAKA (BAHAGIAN 2)
17 April 2026 (Jumaat), Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Majlis Sambutan dan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah Rendah Islam Kiblah Melaka pada hari Jumaat lalu. Majlis ini telah diadakan seawal jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengah hari dengan penuh kemeriahan.
Aturcara majlis adalah seperti berikut:
- Ucapan Aluan Pengerusi Majlis
- Bacaan Doa
- Ucapan Guru Besar
- Sesi Fotografi Kelas
- Jamuan hari raya
Pelbagai juadah Hari Raya telah disediakan, di samping suasana yang dihiasi dengan tema Aidilfitri yang ceria dan penuh warna-warni.
Warga sekolah yang terdiri daripada guru-guru dan murid-murid hadir dengan pakaian yang cantik dan segak, sekaligus menyerlahkan lagi semangat sambutan Hari Raya.
Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meraikan Aidilfitri, malah turut mengeratkan hubungan silaturrahim serta memupuk nilai kebersamaan dalam kalangan warga sekolah.
Pihak sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan terima kasih juga diucapkan pada semua ibu bapa atas perkongsian rezeki bersama dalam menjayakan lagi program ini.
Semoga program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang dalam usaha membina sahsiah dan ukhuwah yang lebih kukuh dalam kalangan warga sekolah.