22/08/2025
Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Majlis Perasmian Kursus Pelajar Baharu Ke Timur Tengah anjuran Sekretariat Pengurusan Pelajar Luar Negara Negeri Melaka (S-Plan) bertempat di Universiti Islam Melaka, Kuala Sungai Baru, Melaka..
Majlis perasmian ini telah disempurnakan oleh EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka merangkap Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), YB Datuk Haji Rahmad bin Mariman..
Turut hadir sama Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) YBhg. Prof. Datuk TS. Dr. Abd Khalil Shawkataly, Pengurus Besar Tabung Amanah Pendidikan Melaka (TAPEM) YBrs. Encik Aziz Bin Baba, dan Pengurus Baitulmal Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis..
Alhamdulillah seramai 19 orang pelajar Melaka telah berjaya menyertai kursus ini selama 5 hari di UNIMEL..Tenaga pengajar kursus ini terdiri daripada pensyarah-pensyarah UNIMEL yang berpengalaman luas dalam bidang pengajian agama telah memberikan tunjuk ajar yang terbaik buat mereka...
Antara usaha melahirkan graduan tajaan Kerajaan Negeri yang berkualiti dan menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Kursus ini memberi kefahaman yang jelas bagi setiap pelajar yang akan melanjutkan pengajian mereka ke Timur Tengah.. Juga melahirkan graduan tajaan Kerajaan Negeri yang berkualiti dan menamatkan pengajian dengan cemerlang.
Kita sama-sama doakan agar mereka diberi ilmu pengetahuan yang luas dan berjaya dalam pengajian dan menjadi pemangkin golongan muda harapan agama, bangsa dan negara...
Rasulullah SAW bersabda : "Tiada yang lebih berat dalam timbangan seorang Mukmin pada hari kiamat daripada keindahan akhlak. Dan ALLAH SWT benci kepada orang yang keji mulut dan kelakuan." - Hadis Riwayat at-Tirmizi dan Abu Daud.
"Membangun Ummah Madani"
Disediakan oleh :
Erwin bin Abu Hasan
([email protected])
Ahmad Fadhli bin Jamaludin
([email protected])
Mohd Nasir bin Omar
([email protected])