Usratul Huffaz Harmoni Group

Usratul Huffaz Harmoni Group

Share

Fungsi Huffaz Pusat :
- Pusat komuniti Aktiviti Keluarga Huffaz Harmoni Group

Obejktif Huffaz Pusat ;

- Menjadi Sebuah Komuniti Yang Menyatu Padukan Ukhuwah Semua Warga Huffaz Sejak Dari Awal Penubuhan Sehingga Sekarang.

- Menjadikan Huffaz Pusat Sebagai Medium Dakwah Dan Membentuk Generasi Rabbani Berilmu, Beriman Dan Beramal Soleh.

- Menjadi Majlis Penasihat Bagi Semua Agensi Yang Duduk Di Bawah Huffaz Pusat Bagi Penambaikan Perkembangan semua Agensi Huffaz.

- Menjadi

17/04/2026

Semoga diberikan kelancaran dan kejayaan buat anakda Azizan Khawarizmi, kami seluruh keluarga Huffaz mendoakan kejayaan buat mu.

17/04/2026

https://www.facebook.com/share/v/18dqnL7KAN/?mibextid=wwXIfr

Assalamualaikum buat seluruh ibubapa kelas tahfiz Al Huffaz dan keluarga Huffaz serta semua followers page ini yang dirahmati Allah….

Mohon doa daripada semua buat wakil anak keluarga Huffaz kita iaitu anakanda Azizan Khawarizmi bin Zan Aizuwan @⁨Azizan Khawarizmi Huffazku⁩, yang akan memperdengarkan bacaan pagi ini di Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran (MTHQ) peringkat Kebangsaan mewakili Negeri Sembilan.

Jemput semua untuk menonton dan memberi sokongan melalui pautan di atas.

Semoga Allah SWT mengurniakan kemudahan, kelancaran bacaan, ketenangan hati serta keberkatan dalam setiap ayat yang dialunkan.

Siru Ala barakatillāh 🤲🏻🌹

𝐌𝐓𝐇𝐐𝐊 𝟐𝟎𝟐𝟔

Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan berlangsung pada

13 - 18 April 2026 (Isnin - Sabtu)
9.00 pagi - 11.00 malam
Dewan Arena Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu

Giliran Peserta Negeri Sembilan
17April 2026, Jumaat

Azizan Khawarizmi bin Zan Aizuwan
Hafazan Al-Quran Juzuk 1-20
Giliran 8| Sesi Pagi

Ayuh waghih kito doakan yang terbaik buat delegasi Negeri Sembilan di MTHQK.
--------------------------------------------------------
🔴Ikuti media sosial Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan:
𝐅𝐚𝐜𝐞𝐛𝐨𝐨𝐤 : https://www.facebook.com/jheainsofficial
𝐈𝐧𝐬𝐭𝐚𝐠𝐫𝐚𝐦 : https://www.instagram.com/jheains.official
𝐓𝐢𝐤𝐭𝐨𝐤 : https://www.tiktok.com/
𝐘𝐨𝐮𝐓𝐮𝐛𝐞 : https://www.youtube.com/
𝐋𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐬𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠 : https://jheains.ns.gov.my/



MohKoMosojid



21/03/2026

HEBAHAN | UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
USRATUL HUFFAZ MALAYSIA 1447H / 2026M

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Dengan penuh rasa syukur dan rendah hati, pihak pengurusan serta seluruh ahli keluarga Usratul Huffaz Malaysia ingin mengucapkan:

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin 🌙✨

Buat semua keluarga Huffaz di mana jua berada yang dekat mahupun jauh, yang bersama secara zahir atau hanya terikat di hati… kita tetap satu keluarga Huffaz , fillah.

Semoga madrasah Ramadan yang telah kita lalui bukan sekadar singgah, tapi meninggalkan kesan upgrade iman, reset hati, dan perbaiki hubungan kita dengan Allah.
Moga kita semua dipilih lagi untuk bertemu Ramadan القادم, insyaAllah 🤲

Ramadan pergi, Syawal menjelma,
Hati tenang penuh makna,
Aidilfitri hari mulia,
Maaf dipohon atas segalanya.

Langkah kaki pulang ke desa,
Hati rindu pada keluarga,
Walau jauh berbeza suasana,
Doa tetap menyatu jiwa.

تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
من العائدين والفائزين
كل عام وأنتم بخير 🤍

Akhir kata, jika ada salah silap, terkasar bahasa, tersentuh rasa kami mohon maaf sepenuh hati… maaf zahir & batin.

Ikhlas daripada:
Pihak Pengurusan & Seluruh Ahli Keluarga
Usratul Huffaz Malaysia

20/12/2025

SUMBANGAN DERMA KILAT AHMAD NUR IRFAN

Dengan penuh rasa rendah hati, kami ingin menitipkan khabar tentang seorang anak dalam keluarga kita yang bernama Ahmad Nur Irfan bin Ahmad Rafi’e, anak Keluarga Huffaz generasi ke-5.

Dalam perjalanan pulang dari menunaikan solat Jumaat, anakda Irfan telah diuji dengan satu kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius pada bahagian kakinya. Sehingga hari ini, Irfan masih belum mampu berdiri seperti sediakala kerana tulangnya belum bercantum dan memerlukan rawatan lanjut.

Menurut pihak doktor, Irfan perlu menjalani pembedahan kedua bagi memasukkan besi di bahagian luar tulang untuk membantu proses penyembuhan yang lebih baik. Pembedahan ini melibatkan 6 batang besi, dengan anggaran kos keseluruhan sekitar RM4,000 hingga RM5,000, di mana setiap batang berharga RM900.

Doktor turut memaklumkan bahawa sekiranya pembedahan ini tidak dapat dilakukan, rawatan alternatif yang ada ialah memasukkan besi di dalam tulang. Namun pilihan ini memberi kesan yang amat besar buat masa depan anakda Irfan, kerana ia akan menyebabkan kehilangan kira-kira 2 inci ketinggiannya pada sebelah kaki untuk sepanjang hayat.

Sebagai sebuah keluarga Huffaz, kami percaya tiada ujian yang perlu ditanggung sendirian. Dengan penuh rendah hati, kepada sesiapa yang berlapang dada dan ingin membantu meringankan beban keluarga Huffaz kita, khususnya Pn. Norhanim, ibu kepada anakda Irfan, sumbangan boleh disalurkan melalui maklumat berikut

*Maklumat sumbangan Ke Akaun Ibunya*
Nama: Norhanim binti Lamin
Bank: Bank Rakyat
No. Akaun: 2200 8844 2291
Reference: Sumbangan Irfan

Kami amat menghargai setiap sumbangan, sekecil mana pun nilainya, serta setiap doa yang dititipkan. Semoga Allah membalas segala kebaikan dengan ganjaran yang berlipat ganda dan mengurniakan kesembuhan yang sempurna buat anakda Irfan.

Terima kasih atas kasih sayang, keprihatinan dan ukhuwah seluruh keluarga Huffaz.
Mudah-mudahan Allah mengikat hati kita semua dalam rahmat dan keberkatan-Nya. 🤲

24/11/2025

🌟 SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2025 🌟
(25 Nov - 23 Dis 2025)

Buat semua calon SPM 2025 di seluruh Malaysia teruslah melangkah dengan hati yang tenang, jiwa yang penuh harapan, dan usaha yang tidak pernah berhenti. SPM bukan sekadar peperiksaan, tetapi satu perjalanan penting menuju masa depan yang Allah sedang susunkan untuk kalian.

Khususnya buat Anak-Anak Keluarga Huffaz yang akan menduduki SPM tahun ini:

1.Fauzul Naim Bin Burhanudin
— SMK Seri Bera, Bera Pahang
2.Ahmad Saifuzzameer Bin Saifulza
—SMK Air Keroh, Air Keroh Melaka
3.Muhammad Fareez Zaqwan Bin Fadil
—SMK Temerloh, Temerloh Pahang
4.Zahirul Haq Bin Ahmad Zailan
—SMK Temerloh, Temerloh Pahang
5.Lukman Haziq Bin Muhammad Amir
—SMJKC Triang, Triang Pahang
6.Muhammad Razin Bin Abd Aziz
—SMK Tun Mutahir, Sungai Putat Melaka
7.Mohamad Asiff Daniel Bin Ahmad Nazri
—SMK Tun Mutahir, Sungai Putat Melaka
8.Muhammad Syahmi Ibrahim Bin Mukriz
—SM Imtiyaz Ulul Albab, Masjid Tanah Melaka
9.Afif Ahza Bin Azrul Azwan
—MRSM Tun Ghafar Baba , Jasin Melaka
10.Muhammad Haris Bin Muhadir
—SMA Haji Mohd Yatim, Kota Negeri Sembilan
11.Muhammad Faris Amsyar Bin Mohd Sharmizi
— SBPI Selandar, Jasin Melaka
12.Muhammad Riyaz Bin Zulkifli
— SM Teknik Bukit Piatu Melaka
13.Nur Umairah Darina Binti Muhammad Rahmat
— MRSM Gemencheh, Negeri Sembilan
14.Nur Aufa Binti Mazree
— SMK Agama Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
15.Eryna Zulfah Binti Zaid
—SMK Air Keroh, Melaka
16.Adlina Amani Binti Zainul Ariffin
—SMKA Tun Perak, Jasin Melaka
17.Tengku Ahmad Akif Iqbal bin Tengku Ahmad Afifi
—MRSM Alor Gajah, Melaka
18.Nur Jannathulhusna binti Asrul Hisham
—SMA Al Asyraf , Alor Gajah Melaka

Kami seluruh Warga & Keluarga Huffaz mendoakan agar kalian diberikan kelapangan hati, ketenangan fikiran, dan kekuatan ilmu sepanjang menghadapi setiap kertas peperiksaan.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Surah Ali Imran : 159)
“Apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.”

Ya Allah…🤲🏻🤲🏻 Kau berkatilah setiap usaha anak-anak ini, Kau terangilah hati mereka dengan kefahaman, Kau teguhkan jiwa mereka dengan keyakinan, Kau mudahkanlah setiap soalan yang bakal mereka hadapi.

اَللَّهُمَّ لَا سَهْلَ إِلَّا مَا جَعَلْتَهُ سَهْلًا، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلًا
“Ya Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau permudahkan; dan perkara yang sukar Engkau mampu menjadikannya mudah.”

Anak-ii Huffaz, taburkan usaha sehabis daya, Iringi dengan doa yang tidak pernah putus, Kemudian serahkan segalanya kepada Allah kerana Dialah sebaik-baik Penentu rezeki dan kejayaan.

Kepada semua calon SPM 2025 di seluruh Malaysia, Semoga Allah memudahkan urusan kalian, melapangkan dada, dan memberkati setiap titik peluh serta usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah, hasilnya kelak menjadi hadiah yang membanggakan keluarga, agama dan bangsa.

🌟 KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI. 🌟

17/11/2025

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN UPKK 2025
(17–20 November 2025)

Teristimewa buat semua calon UPKK 2025…
teruskan melangkah dengan semangat, adab dan keyakinan diri. Peperiksaan ini adalah sebahagian daripada perjalanan menuju kejayaan dunia dan akhirat.

Khususnya buat Anak-Anak Keluarga Huffaz yang akan menduduki UPKK tahun ini:

1) Muhammad Rizqi Khalish bin Mohd Fakhiruddin
— SRA JAIM Kelebang Besar, Melaka
2) Nur Naila Alifa binti Dedy Hishamudin
— SRA Taman Bukit Rambai, Melaka
3) Muhammad Darwisy bin Mohd Fithri
— SRA JAIM Klebang Besar, Melaka
4) Ammar Hassan bin Amirul Ikhwan
— Sekolah Rendah Islam I-Musleh, Melaka
5) Anis Aulia binti Nor Azlan
— Sekolah Rendah Islam Kiblah
6) Muadz Zahin bin Mohd Samsul
— SK Durian Tunggal, Melaka
7) Ahmad Fayyadh bin Hishamuddin
— SRA JAIM Ayer Panas Bemban, Melaka
8)Muhammad Haziq Rayyan bin Ahmad Faizal
— SRIIDU Rembau, Negeri Sembilan
9) Nur Aisyah Sufiyyah binti Mohd Zulhaimi
— SRA JAIM Seri Bandar, Melaka
10) Ammar Rafis Bin Zakaria
— SRA JAIM SEMABOK

Kami seluruh Warga & Keluarga Huffaz mendoakan agar kalian sentiasa diberikan kelapangan hati, ketenangan jiwa dan kecerdasan fikiran sepanjang menghadapi peperiksaan ini.

Semoga Allah memberikan ketenangan, kesihatan yang baik dan kelancaran dalam menjawab setiap soalan. Selamat berjuang wahai para pewaris Keluarga Huffaz!

Ya Allah…🤲🏻🤲🏻
Kurniakanlah kepada anak-anak ini keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang telah dipelajari, kebijaksanaan dalam menjawab soalan, serta kemudahan dalam setiap urusan mereka.

اللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً، وَأَنْتَ تَجْعَلُ الحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً

“Wahai Tuhanku, tiada kemudahan melainkan apa yang Engkau jadikan mudah dan perkara susah akan Engkau jadikan mudah jika Engkau mengkehendakinya.”

Taburkanlah usaha sepenuhnya, iringilah dengan doa tanpa jemu kemudian bertawakkallah kepada Allah. Kejayaan itu dekat untuk mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah.”

Kepada semua calon UPKK seluruh Malaysia, semoga Allah memudahkan urusan kalian dan memberkati setiap titik usaha yang telah dicurahkan. InsyaAllah, hasilnya kelak akan membanggakan keluarga, agama dan bangsa. Insyaallah Allahumma Aamiin🤲🏻🤲🏻🤲🏻

KEJAYAAN ANDA, KEBANGGAAN KAMI.

Photos from Huffaz Archery - Kelab Ukhuwah Sunnah Memanah Huffaz's post 08/09/2025

Tahniah anak ii Huffaz

08/09/2025

KEJAYAAN ANAK KELUARGA HUFFAZ GENERASI KE-4 ✨

Pihak Keluarga Huffaz dengan penuh rasa syukur dan bangga ingin mengangkat kejayaan salah seorang permata Huffaz generasi ke-4, Ahmad Beyruni Bin Ahmad Bukhari, yang telah melakar sejarah peribadi apabila berjaya memperoleh Straight A (A star) dalam peperiksaan A-Level baru-baru ini.

Lebih membanggakan, Beyruni kini diterima untuk melanjutkan pengajian di University College London (UCL), United Kingdom iaitu sebuah universiti terkemuka dunia. InsyaAllah, pada 11 September 2025, Beyruni akan berlepas ke UK bagi memulakan perjalanan ilmunya di sana.

Kejayaan ini bukan sahaja menjadi kebanggaan keluarga tersayang, tetapi juga inspirasi buat seluruh anak-anak Keluarga Huffaz agar terus memantapkan akademik, akhlak, serta hubungan yang erat dengan Al-Quran. Sesungguhnya, ilmu tanpa akhlak tidak sempurna, dan akhlak tanpa Al-Quran tiada panduan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ahmad Beyruni dan keluarga atas pencapaian yang gemilang ini. Semoga Allah memberkati langkah perjuangan ilmunya dan menjadikan beliau contoh teladan generasi Huffaz yang bukan sahaja cemerlang di dunia, tetapi juga di akhirat.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat semua anak2 Keluarga Huffaz untuk terus berusaha gigih, menuntut ilmu dengan penuh kesungguhan, menjaga akhlak, dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup dalam kehidupan. Yakinlah bahawa setiap usaha yang disulam dengan doa, istiqamah, dan tawakal akan membuahkan hasil yang gemilang.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

05/09/2025

🌹🌹Salam Maulidur Rasul ﷺ 1447H / 2025M 🌹🌹

Segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat terbesar, iaitu kelahiran junjungan agung Nabi Muhammad ﷺ, pembawa cahaya hidayah dan penunjuk jalan menuju rahmat serta keselamatan abadi.

Sesungguhnya Rasulullah ﷺ bukan sekadar seorang pemimpin, bahkan Baginda adalah teladan akhlak yang sempurna. Baginda mendidik umat dengan kasih sayang, menyatukan hati yang berpecah, membimbing dengan hikmah, dan menyinari dunia dengan cahaya al-Quran.

Marilah kita menghidupkan sunnah baginda dengan penuh rasa cinta dan kasih. 😊

“Tidak (sempurna) iman seseorang sehinggalah aku menjadi orang yang paling disayanginya melebihi ahli keluarganya sendiri dan hartanya dan manusia keseluruhannya”.(Riwayat Muslim)

Bersempena 19 Rabiulawal 1447H ini, marilah kita memperbaharui cinta dan kerinduan kita kepada Rasulullah ﷺ dengan menghidupkan sunnah Baginda dalam keluarga, dalam masyarakat, dan dalam setiap hela nafas kehidupan kita. Jadikan rumah kita seperti taman al-Quran, jadikan keluarga kita seperti Keluarga Huffaz yang berpegang pada iman, amal dan akhlak Rasulullah ﷺ.

Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak, serta mewarisi akhlak mulia Baginda dalam mendidik, menyebarkan kasih, dan mengajak manusia kembali kepada Allah ﷻ.

‎اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد وعلى
‎آله وصحبه أجمعين

Ikhlas Daripada
Usratul Huffaz Harmoni Group
(Keluarga Huffaz)

14/07/2025

🌿 PENGUMUMAN RASMI MQSS PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 🌿

“Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh mencari keredhaan Kami, pasti Kami akan tunjukkan jalan-jalan Kami kepada mereka.” (Al-Ankabut: 69)

Dengan linangan air mata syukur dan hati yang penuh rasa terharu, saya ingin mengumumkan dan merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada anakanda kita, Fauzul Naim bin Burhanudin, salah seorang anak dari anak-anak keluarga kita yang telah mewakili negeri Pahang dan dinobatkan sebagai Naib Johan Majlis Al Quran Sekolah-Sekolah(MQSS) Peringkat Kebangsaan 2025.

Hari ini, bukan hanya Pahang yang bangga…
Bukan hanya kami sebagai guru dan keluarga yang tersentuh…
Tapi langit juga menjadi saksi betapa seorang anak muda telah melantunkan Kalamullah dengan penuh adab, penghayatan, dan cinta.

Anakda Fauzul Naim bukan hanya membawa suara,
Tapi membawa ruh dan tarbiah keluarga Huffaz yang selama ini kami tanam dengan sabar dalam usrah, dalam kelas, dalam pelukan ukhuwah dan doa yang tak pernah putus.

Anak muda ini telah berdiri di pentas kebangsaan bukan untuk mengejar gelaran,
Tetapi untuk memuliakan Kalam Allah,
Dengan suara yang insyaAllah akan terus bergema hingga ke Arasy.

Wahai Anakda Naim, ketahuilah…
Kamu sedang membuka jalan bukan hanya untuk dirimu,
Tetapi juga untuk anak-anak Huffaz lain yang sedang melihatmu dan berbisik dalam hati,
“Kalau dia boleh… aku juga pasti boleh, dengan izin Allah.”

Sebagai pengarah, sebagai ayahanda dalam keluarga Huffaz ini…
Saya sebak menulis ini.
Kerana apa yang kita tanam dengan cinta dan susah payah, kini mula berbunga walau dia tidak bermula dari keluarga huffaz kita pada awalnya tapi kedatangannya dalam Keluarga Huffaz ini tetap menyuntik semangat ukhuwah fillah kita semua.

Dan kami tahu ini baru permulaan.
Langkah perjuangan ini masih panjang,
Dan kami akan terus bersamamu, mendoakanmu.

Tahniah anakda Fauzul Naim. Tahniah, keluarga Huffaz.
Ini kemenangan kita semua walau tidak bermula dari kita tapi kemenangan ini sebuah perjuangan sunyi yang disulami Al Quran.

Semoga kuatkan tekad dan kuatkan azam untuk buat yang lebih baik lagi di masa akan datang.

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ
(Surah Ali Imran : 159)
“Kemudian apabila kamu telah berazam, maka bertawakkallah kepada Allah”

اللهم اجعلنا من أهل القرآن الذين هم أهلك وخاصتك.

Allahumma Aamiin.

Daripada,
Penasihat & Pengarah Urusan
Usratul Huffaz Harmoni Group

14/07/2025

SAKSIKAN MAJLIS PENUTUP MAHRAJAN AL-QURAN SEKOLAH-SEKOLAH (MQSS)
KPM PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2025

TARIKH: 14 JULAI 2025
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT: POLITEKNIK MERLIMAU, MELAKA
Pautan Live : https://www.youtube.com/live/CEoVoxEfv4c?si=q4zT1dleecRkfRD5

Jangan lupa Like, share dan subscribe

7TerasKPM


Want your school to be the top-listed School/college in Bukit Baru?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


USRATUL HUFFAZ HARMONI GROUP (HUFFAZ PUSAT)
Bukit Baru
75150