17/10/2024
Kursus Pengendalian Makanan di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Penceramah oleh :
Puan Dr Nur Atiqah binti Ali
(UNIT KUALITI MAKANAN DAN KESELAMATAN KETERJAMINAN MAKANAN JABATAN KESIHATAN MALAYSIA)
Puan Rozita Binti Muhammad Rosli
Bertempat di Bilik Kuliah Bengkel Teori Kuliah Masakan GIATMARA Masjid Tanahβ¦
*17 Oktober 2024 (Khamis)
* 8.30pagi - 5.00ptg
Bersama Pelatih GIATMARA MASJID TANAH & KOMUNITI MASYARAKAT SETEMPAT AWAM
JUMLAH PESERTA 30 ORANG
02/10/2024
Kursus Pengendalian Makanan di Bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Bertempat di Bilik Kuliah Masakan GIATMARA Masjid Tanah
Tarikh : 17 Oktober 2024
Masa : Jam 8.00pagi - 5.00ptg
Bersama Pelatih GIATMARA MASJID TANAH & KOMUNITI MASYARAKAT SETEMPAT
Sebarang pertanyaan boleh hubungi : 06-3841732/014-5008202
02/09/2024
Makluman Panggilan Temuduga WALK IN Kemasukan Sesi Ambilan JULAI SESI 02/2024 BAGI INTAKE AMBILAN -2 KEMASUKAN SEPTEMBER 2024 di GIATMARA Masjid Tanah, Melaka.
Sila hadir ke sesi temuduga dan ujian lisan tersebut :
Kursus Ditawarkan : Masakan & Pramusaji
Kod Bidang SKM (JPK) : Penyediaan & Pembuatan Makanan SKM Tahap 2(6BLN)
Tarikh : 03 SEPTEMBER 2024
Hari : SELASA
Waktu : 10.00 Pagi
Tempat : Bengkel Kuliah Teori
Kursus Masakan
GIATMARA Masjid Tanah (Pengkalan Balak)
Pakaian : Formal Bagi Lelaki & Perempuan
-Sila bawa alat tulis, gambar ukuran passport, dan salinan surat beranak atau mykid, salinan sijil akademik & salinan sijil kokurikulum yang berkaitan, salinan IC anda dan IC dua orang penjaga serta dokumen yang berkaitan bersama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi talian hotline kami yang tertera : 014-5008202.
Sekian,Terima Kasih.
02/08/2023
SEMINAR JARINGAN INFORMASI USAHAWAN GIATMARA NEGERI MELAKA
1 Ogos 2023 Selasa ; Bandar Kota Melaka, Melaka
Seramai 46 orang AKRAB usahawan GIATMARA Melaka menghadiri Seminar Jaringan Informasi Usahawan GIATMARA bertempat di Hatten Hotel, Melaka anjuran Bahagian Pembangunan Usahawan (BPU), GIATMARA dan Pejabat GIATMARA Negeri Melaka.
AKRAB Usahawan yang hadir adalah lepasan pelatih GIATMARA yang memilih menjadi usahawan mengambil peluang berinteraksi antara satu sama lain dan bertukar-tukar informasi perniagaan.
Sesi taklimat dan kaunter informasi pembiayaan oleh MARA (PUSMA), Rural Capital Berhad,dan Tekun Nasional disediakan bagi memberi peluang kepada usahawan untuk mendapatkan maklumat program keusahawanan dan pembiayaan yang terbaik untuk mengembangkan perniagaan. Pameran produk-produk usahawan turut diadakankan sebagai penghargaan kepada usahawan yang hadir.
Majlis perasmian Seminar Jaringan Informasi Usahawan dan pelancaran penubuhan AKRAB Usahawan GIATMARA Negeri Melaka telah disempurnakan oleh Encik Abu Masnur Bin Abu Kassim, Pengurus Besar Bahagian Pembangunan Sisitem Maklumat GIATMARA Malaysia dan diiringi oleh En. Mohd Shahril Timn. Pengarah GIATMARA Malaysia dan Encik Mohd Farid Abib Timb.Pengarah MARA Negeri Melaka.
Seminar ini diharap sebagai aktiviti permulaan kepada jaringan perniagaan yang bermanfaat dan memberi potensi kepada kerjasama baharu kepada ahli AKRAB usahawan GIATMARA melebarkan lagi perniagaan.
31/07/2023
Tahniah GIATMARA Malaysia πππ
Kontinjen Malaysia rangkul 10 pingat dalam pertandingan WorldSkills ASEAN Singapore 2023
SEPANG: Kontinjen Malaysia yang menyertai pertandingan WorldSkills ASEAN Singapore 2023 berjaya mengharumkan nama negara dengan merangkul dua pingat emas, tiga pingat perak dan lima pingat gangsa. Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, kontinjen yang diw...