Sekolah RAJA Shahriman

Sekolah RAJA Shahriman this is my school page

Letaknya lebih kurang 1 kilometer dari pekan Beruas.Penubuhan sekolah ini berperingkat-peringkat dari sekolah rendah kemudian ke peringkat sekolah menengah rendah.Seterusnya terbentuklah Sek.Men.Keb.Raja Shahriman,Beruas.Nama Sekolah Menengah Raja Shahriman bukanlah nama asalnya.Pada 8 februari 1960.Sekolah ini dikenali,dgn nama Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan atau National Type Secondary School

,Beruas.Pada tahun 1968,barulah diisytiharkan dengan nama rasminya nama baru iaitu Sekolah Menengah Raja Shahriman nama Almarhum Engku Raja Shahriman Ibni Raja Abd Hamid.S.P.M.P.,J.M.N.,P.J.K,O.K.K.Maha Kurnia Indera Diraja Orang Besar Jajahan Manjung. Pada tanggal 22 Februari 1958,tertulis sepucuk surat kepada yang Maha Mulia Raja Muda Perak untuk Menyuarakan hasrat penduduk-penduduk Beruas bagi menubuhkan sebuah Sekolah Menengah serta mengharapkan pertolongan untuk mendapatkan persetujuan kerajaan.Beberapa orang wakil ibu bapa telah menandatangani surat tersebut dengan diketuai oleh:
EN CHEW BIEW YAT Pengerusi Majlis Tempatan
EN CHANG YOON YAT Persatuan Orang2 Cina Cawangan Beruas
EN MAT AROPE HJ.SEMAT Yang dipertua Perikatan Cawangan Beruas
EN MOHD YAAKUB U. LAMBOK Ketua Kampung Beruas
EN V.N.KARTIINGAMER JP,PJK Kongres Orang2 India Cawangan Beruas
Pada tanggal 5 Mac 1958,disusuli p**a sepucuk surat kepada Ahlo Dewan Undangan Negeri Perak,YB Hj Ishak Mahmud untuk mendapatkan sokongan kepada rancangan diatas dan diutus juga surat kepada Ketua Pegawai Pelajaran Perak dan Y.A.B Menteri Besar Perak.Tiada jawapan yang diterima dalam usaha ini.Sepucuk surat lagi dihantar kepada Ketua Pegawai Pelajaran Perak EN.F.T LAY DIAW pada 1958. Jawapan dari Jabatan Pelajaran diterima tetapi jawapannya tidak memuaskan hati penduduk Beruas kerana menurut Jabatan Pelajaran,Kelas Menengah di Beruas tidak dapat dijalankan kerana melibatkan pertambahan dalam perjawatan Sekolah Menengah kerana pada masa itu tiada peruntukan kewangan

Tindakan susulan diambil oleh penduduk Beruas dengan mengutus surat kepada Y.B Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu bagi mendapatkan kebenaran mendirikan sebuah sekolah menengah di Beruas.Ahli-ahli rombongan itu diketuai oleh En Mohaidin Abd Razak dan disertai oleh En Mohd Jais,En Voo Chew F**k dan En Arope Semat.Hasilnya pada 8 Feb 1960,kelas Menengah beraliran inggeris dapat diadakan.Pada awal penubuhanya sekolah ini terdiri daripada sebuah kelas tingkatan satu sahaja dan menumpang dibangunan Sekolah Jenis Kebangsaan Inggeris Beruas. Selepas seminggu kelas dibuka,sesuatu yang memeranjatkan berlaku apabila murid murid itu diarah melaporkan diri ketingkatan satu Sekolah Menengah Iskandar Shah, Parit.Kemudian wakil ibu bapa berjumpa dgn EN YEAH TAT BENG,Ahli Parlimen Beruas,untuk meminta sokonganya supaya kelas tingkatan satu di Parit itu dapat dipindahkan semula ke Beruas.Beliau telah menulis surat kepada Y.B Menteri Pelajaran Persekutuan Tanah Melayu untuk menyatakan masaalah yang dihadapi oleh ibu bapa di Beruas apabila EN LIEW WHY HONE(Arkitek) dari ipoh yang telah menghantar surat kepada Kapten Hamid,Timbalan Menteri Pelajaran.Akhirnya Kelas Tingkatan Satu dipindahkan semula ke Beruas. Pada tahun 1962,kelas tingkatan tiga dibuka dan pertama kalinya peperiksaan Lower Certificate Of Education(LCE)diadakan.Pada tahun 1963,kelas tingkatan satu(Aliran Melayu)dibuka dan pelajar menduduki peperisaan Sijil Rendah Pelajaran(SRP) pada tahun 1965

Pada tanggal 4 September1962, pengerusi Majlis Tempatan Beruas telah menghantar surat kepada Pegawai Pelajaran Perak untuk memohon kebenaran mengadakan tingkatan empat pada awal tahun 1963.Akan tetapi Tingkatan Empat tidak dapat diadakan kerana bilangan pelajar yang lulus tidak mencukupi.Akhirnya usaha ini mencapai kejayaan pada tahun 1968,apabila bilangan murid yang lulus mencukupi untuk satu kelas tingkatan empat.Bersempena dengan ini,nama baru diambil bagi mengenang jasa dan sumbangan yang pernah dicurahkan oleh Almarhum Engku Raja Shahriman Ibni Abdul Hamid terhadap penubuhan sekolah ini.Sehingga kini terdapat seramai 15 orang pengetua yang telah berkhidmat di sekolah ini Iaitu:
EN FRANCAIS HO SOOI 1960-JUN 1963
EN CHONG SHIN YEE JULAI 1963-JAN 1966
EN LIM POH TOOI FEB 1966-DIS 1972
EN ONG HONG WENG JAN 1972-JAN 1977
EN ABD HALIM B MOHD AWIN FEB 1977-DIS 1990
TN.HJ MOHD ZIN BIN ZON JAN 1981-MAC 1986
EN SOPIAN BIN ISMAIL APR 1986-FEB 1988
EN MOHD AZHARI BIN ARBI JAN 1989-DIS 1990
EN AHMAB MURAD BIN MANAF DIS 1990-NOV 1991
TN.HJ MOHD YUSOF B HJ SAIDIN JAN 1991-APRIL 1992
TN HJ OMAR BIN YUSOF APRIL 1992-FEB 1995
TN HJ MOHD SIRAT BIN YAHAYA FEB 1995-MAC 1998
EN ZAINAL ABIDIN BIN MANAS APRIL 1998-MEI 2003
CIK HJH RAFIDAH BINTI YAHAYA JULAI 2003-MAC 2004
PN ROMLAH BINTI ISHAK APRIL 2004 HINGGA 2010

28/08/2011

sape nk jdi admin..

Address

Bruas
32700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekolah RAJA Shahriman posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Sekolah RAJA Shahriman:

Shortcuts

Share

Category