03/06/2026
23 Mei 2026 | Sabtu
Kelab Kampus Lestari (KEKAL) telah berjaya meraih tempat sebagai Naib Johan serta membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM250 dalam program Kolokium Belia Perak Sejahtera 2030 yang dianjurkan oleh Dewan Belia Perak menerusi inovasi bertajuk Eco Drain Filter.
Inovasi ini dibangunkan bagi membantu mengatasi masalah saliran tersumbat dengan menapis daun serta sisa pepejal daripada memasuki sistem perparitan. Produk ini turut menekankan aspek kelestarian, kemudahan penyelenggaraan serta penjagaan alam sekitar.
Inovasi ini dibimbing oleh dua penasihat KEKAL iaitu Ts. Zaimah Zainal Abidin dan Dr. An Nisha Nur Welliana Abd Rased, yang juga merupakan AJK Jawatankuasa Kampus Hijau, UiTM Cawangan Perak.
Pencapaian ini membuktikan komitmen ahli Kelab Kampus Lestari (KEKAL) dalam menghasilkan inovasi yang memberi manfaat kepada komuniti serta menyokong agenda pembangunan mampan. Tahniah diucapkan kepada seluruh pasukan yang terlibat atas usaha dan dedikasi yang cemerlang.