22/05/2026
Tinggal hanya 3 hari lagi sebelum tibanya Hari Arafah.
Dalam bulan Zulhijjah yang penuh keberkatan ini, terdapat satu hari yang sangat agung di sisi Allah SWT iaitu Hari Arafah (9 Zulhijjah), hari yang menyaksikan kesempurnaan agama Islam.
Pada hari mulia ini, para jemaah haji akan menunaikan rukun haji terpenting iaitu wukuf di Padang Arafah. Bagi umat Islam yang tidak menunaikan haji p**a, kita dianjurkan untuk memperbanyakkan amalan soleh seperti zikir, takbir, tahmid, doa serta memohon keampunan kepada Allah SWT.
Marilah kita bersama-sama merebut peluang yang penuh rahmat ini untuk membersihkan hati, memperbaiki diri dan mendekatkan diri kepada Allah sebelum menyambut ketibaan Hari Raya Aidiladha.