30/05/2021
*إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ*
*Innalillahi wainnailaihi rojiun*
_(Sesungguhnya kita adalah milik Allah,dan sesungguhnya hanya kepada-Nya lah kita dikembalikan).._
*اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه*ُ
_"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."_
Dukacita dimaklumkan, M***i Perak Tan Sri Dato' Seri Dr. Hj. Harussani bin Hj. Zakaria baru sahaja meninggal dunia.
19/02/2021
*RAYUAN SUMBANGAN DANA INFAQ PEMBANGUNAN BAIKPULIH PASTI ANNUR*
Assalamualaikum.
JK kerja PASTI Kawasan (Parit) melancarkan kutipan "Dana Infaq Pembangunan PASTI ANNUR FASA 1". Kami merayu sumbangan orang ramai bagi membantu kos baikpulih FASA 1, yang dianggarkan jumlahnya sekitar RM30,000.00.
Sumbangan ikhlas tersebut boleh digunakan untuk :
✅ Membantu baikpulih bangunan dan renovation tambahan bagi menampung bilangan murid dan keselesaan kpd Murid dan Guru.
Sumbangan ikhlas anda walaupun *sedikit nilainya* tetapi *besar maknanya* kepada Pihak PASTI.
Semoga usaha anda mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Amin.
Sumbangan boleh disalurkan melalui :
Akaun AGRO BANK atas nama
*PASTI ANNUR PARIT*
*200-5423-00005-6452*
Sumbangan juga boleh disalurkan kepada :
*Cikgu Aida Royani (Guru Kanan)*
http://www.wasap.my/60147426605/SumbanganAnnur
*Sdr. Khairil (Bendahari Kawasan)*
http://www.wasap.my/601158574614/InfaqAnnur
* *
* *
* *
* *
* *
30/07/2020
PENGORBANAN NABI ISMAIL : INSPIRASI BUAT ANAK PASTI
Raya Haji sinonim dengan kisah Nabi Ibrahim dan putranya Nabi Ismail a.s. Ibadah korban dimanifestasi dari pengorbanan Nabi Ismail a.s menyerahkan dirinya untuk dikorbankan oleh ayahnya Nabi Ibrahim a.s selepas menerima perintah dari Allah SWT melalui mimpinya.
Allah SWT jelaskan dalam Al Quran perihal dua beranak ini yang tinggi ketaatannya kepada Allah SWT sehingga sanggup dikorbankan. Ketinggian ketaatan inilah menjadi inspirasi kepada para pendidik serta anak-anak PASTI agar turut menjadi insan yang patuh dan taat pada perintah Allah.
Warga Mualimah PASTI meletakkan satu kayu ukur yang tinggi dalam mendidik anak-anak. Iaitu didikan sehingga anak-anak menjadi insan yang patuh dan taat pada Allah seperti yang ditunjukkan dari peristiwa Nabi Ismail a.s.
Nabi SAW mengajar kita, didikan kepada anak-anak adalah suatu sunnah Nabi yang tidak boleh dipandang sebagai suatu yang remeh. Nabi SAW sendiri mengajar sahabat bernama Abdullah Ibnu Abbas saat beliau masih di awal umur kanak-kanak.
عَنْ أَبِي الْعَبَّاسِ عَبْدِ اللهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا قَالَ: كُنْتُ خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْماً، فَقَالَ: يَا غُلاَمُ إِنِّي أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ: اْحْفَظِ اللهَ يَحْفَظْكَ، احْفَظِ اللهَ تَجِدْهُ تُجَاهَكَ، إِذَا سَأَلْتَ فَاسْأَلِ اللهَ وَإِذَا اسْتَعَنْتَ فَاسْتَعِنْ بِاللهِ، وَاعْلَمْ أَنَّ اْلأُمَّةَ لَوْ اجْتَمَعَتْ عَلَى أَنْ يَنْفَعُوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَنْفَعُوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ لَكَ، وَإِنِ اجْتَمَعُوا عَلَى أَنْ يَضُرُّوْكَ بِشَيْءٍ لَمْ يَضُرُّوْكَ إِلاَّ بِشَيْءٍ قَدْ كَتَبَهُ اللهُ عَلَيْكَ، رُفِعَتِ اْلأَقْلاَمُ وَجَفَّتِ الصُّحُفُ
Dari Abi al-Abbas Abdullah bin Abbas r.a dia berkata : Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah SAW (atas kenderaan tunggangan), lalu Baginda bersabda :
"Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kalimah iaitu jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan merasai Allah dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah.
Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak mampu memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudharatkanmu maka mereka tidak mampu memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta"
Semoga kisah ketaatan Nabi Ismail a.s terus menjadi inspirasi kepada anak-anak PASTI. Dalam usaha mempersiapkan diri menjadi hamba Allah SWT yang taat akan segala perintah-Nya pada hari-hari mendatang.
Us Syarhan Humaizi Halim
Ketua Pengarah PASTI Malaysia
20/07/2020
Hebat anak didik PASTI
Hafizh Syahrin keenam Moto GP Sepanyol
Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berjaya meraih tempat keenam daripada 23 pelumba pada Kejuaraan Motosikal Grand Prix Sepanyol ...
15/07/2020
Alhamdulillah Sesi Turun padang dan Pemantauan ke PASTI sekitar Parit oleh Ketua Pemuda, Dewan Pemuda PAS Parit Us Mohd Zahid Abu Bakar.
Terus Istiqomah💪💪💪
Pasti Parit Dppk Parit
13/07/2020
Alhamdulillah selamat Pagi dan selamat bekerja😊
12/07/2020
Alhamdulillah..
Alhamdulillah,syukur atas nikmat yang diberikan ... cikgu2 PASTI Al-Fateh diberi peluang untuk bertemu dengan Ustaz Haslin Bollywood di rumah cikgu Umi ,di Bota Kiri....
Program jejak kasih antara Ustaz Haslin Bollywood ,cikgu Umi Dan pakcik Jalal...selama 32 tahun tidak bertemu... alhamdulillah atas izin Allah pada 11/7/2020 mereka dipertemukan..kami cikgu2 PASTI Al-Fateh merupakan orang tengah antara kedua belah pihak....
MasyaAllah seronok program mahabbah dengan orang alim ...
Moga Kita semua dikelilingi orang yang baik lagi soleh.... Amin2 ya Mujib...