25/09/2024
PENGHULU ISTIGHFAR DI PAGI HARI
Nabi ﷺ bersabda: “Penghulu al-Istighfar ialah dengan mengucapkan:
اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ أَنْتَ، خَلَقْتَنِيْ وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوْءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْ لِيْ فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ أَنْتَ.
Mafhumnya: “Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau, Engkaulah yang menciptakan aku. Aku adalah hambaMu. Aku sentiasa setia pada perjanjianku denganMu semampuku. Aku berlindung denganMu dari kejahatan yang aku lakukan. Aku mengakui kepadaMu banyaknya nikmatMu kepadaku dan aku mengakui juga banyaknya dosaku, oleh kerana itu, ampunilah daku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau.
🤲🏻 Sesiapa yang mengucapkan istighfar ini pada siang hari (pagi hari), membenarkan dan berkeyakinan dengan isi kandungannya, jika dia mati pada hari tersebut sebelum petang, maka dia termasuk dari kalangan penghuni Syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada malam hari, membenarkan dan berkeyakinan dengan isi kandungannya, jika dia mati sebelum pagi hari, maka dia termasuk dari kalangan penghuni Syurga” (HR al-Bukhari)
—————————
Kempen infaq serendah RM5 seorang, untuk Dana Operasi, Madrasah Imam Nawawi - MA’IN. Dana ini akan dimanfaatkan untuk operasi pengurusan madrasah & dakwah.
Jom cari kebahagiaan dengan jalan yang diajarkan oleh Allah سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى.
Salurkan Infaq ke :
560148714455 (Maybank Islamic)
Pusat Pendidikan Imam Nawawi MAIN
Ref : DanaOperasi
🤲🏻 Semoga kebahagiaan hidup milik kita bersama