TvetMara Bintulu

TvetMara Bintulu Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from TvetMara Bintulu, Education, KM20, Jalan TVET, JALAN BINTULU-SIBU, Bintulu.

26/08/2026
𝐂𝐒𝐑 𝐅𝐔𝐋𝐋𝐒𝐂𝐀𝐋𝐄 π„π—π„π‘π‚πˆπ’π„Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 bertemakan ''Malaysia Madani : Kesejahtera...
25/08/2026

𝐂𝐒𝐑 𝐅𝐔𝐋𝐋𝐒𝐂𝐀𝐋𝐄 π„π—π„π‘π‚πˆπ’π„

Sempena Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026 bertemakan ''Malaysia Madani : Kesejahteraan Dinikmati'' TVETMARA Bintulu bekerjasama dengan pihak pengurusan Perkhidmatan AFRS Lapangan Terbang Bintulu dalam CSR Fullscale Exercise.

Turut terlibat dalam Fullscale Exercise ini seperti agensi dari PDRM, Pejabat Residen Bahagian Bintulu, APM, BOMBA Bintulu, Hospital Bintulu, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), CGSO, Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) serta Pihak Pengurusan Batik Air, Malaysia Airlines, Air Asia, MasWings dan pengurusan Lapangan Terbang Bintulu.

TVETMARA Bintulu komited mendukung enam nilai teras utama dalam Malaysia Madani yang menjadi tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia. Melalui kerjasama ini, TVETMARA Bintulu juga berperanan aktif sebagai Rakyat Disantuni yang akan mengambil bahagian dalam situasi kecemasan, bencana dan bantuan yang diperlukan.

Terima Kasih kepada :

Staf Pengiring ;

1. Ts. Timothy Paul Anak Beruin
2. ⁠En. Nicholas Rekan
3. ⁠En. Wan Najeeb bin Wan Abang
4. ⁠En. Mohamad Fathi bin Matnor
5. ⁠Cik. Syazwani binti Syamsudin
6. ⁠Cik. Nurul Iman binti Muhammad Rapaiee

Serta pelajar DIK2A, DOL2A & DEE2A yang terlibat.

πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™Seluruh warga TVETMARA Bintulu mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluru...
25/08/2026

πŸŒ™ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ | πŸπŸŽπŸπŸ” πŸŒ™

Seluruh warga TVETMARA Bintulu mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati sirah dan akhlak mulia Rasulullah SAW serta menjadikan sunnah Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan. Semoga kecintaan kita kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan semangat persaudaraan, memperkukuh ukhuwah dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan ✨

24/08/2026

"Salam Maulidur Rasul 1448H. Marilah kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta mencontohi akhlak mulia Baginda."




ππ„ππ‚π‡πŒπ€π‘πŠπˆππ† & ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π‘π“πˆπŠπ”π‹π€π’πˆ π“π•π„π“πŒπ€π‘π€ ππˆππ“π”π‹π” - π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ 𝐈-𝐂𝐀𝐓𝐒Telah berlangsung Program Benchmarking dan Artikul...
21/08/2026

ππ„ππ‚π‡πŒπ€π‘πŠπˆππ† & ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π€π‘π“πˆπŠπ”π‹π€π’πˆ π“π•π„π“πŒπ€π‘π€ ππˆππ“π”π‹π” - π”ππˆπ•π„π‘π’πˆπ“π˜ 𝐈-𝐂𝐀𝐓𝐒

Telah berlangsung Program Benchmarking dan Artikulasi antara TVETMARA Bintulu dan University i-CATS Kuching yang melibatkan Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Pemasangan Elektrik, TVETMARA Bintulu bersama Faculty of Engineering, University i-CATS Kuching.

Program benchmarking ini bertujuan untuk bertukar pandangan, berkongsi amalan terbaik serta memperkukuhkan jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara kedua-dua institusi, khususnya dalam bidang pendidikan kejuruteraan elektrik dan teknologi berkaitan. Perkongsian ini turut memberi peluang kepada kedua-dua pihak untuk meneliti aspek kurikulum, kemudahan latihan, kaedah pengajaran dan pembelajaran serta keperluan industri semasa.

Turut berlangsung ialah Program Artikulasi antara TVETMARA Bintulu dan University i-CATS Kuching, yang membuka ruang dan laluan kepada graduan TVETMARA Bintulu untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di University i-CATS, tertakluk kepada syarat dan ketetapan yang dipersetujui.

Kerjasama ini merupakan satu langkah strategik dalam memperkukuhkan kesinambungan pendidikan TVET, mobiliti pelajar serta pembangunan bakat berkemahiran tinggi bagi memenuhi keperluan industri, khususnya di Sarawak.

Diharapkan kerjasama antara TVETMARA Bintulu dan University i-CATS Kuching ini dapat terus diperkasakan melalui pelbagai inisiatif pada masa akan datang, sekali gus menyediakan lebih banyak peluang pendidikan, peningkatan kompetensi dan pembangunan kerjaya kepada para pelajar TVET.

20/08/2026

🀝πŸ”₯ BUSINESS MATCHING GEMA@SARAWAK 2026 – JUH LA BUKAK PELUANG, LUASKAN JARINGAN PERNIAGAAN KITAK URANG!πŸ”₯🀝

Sempena GEMA@SARAWAK 2026, jangan lepaskan peluang menyertai Business Matching Usahawan Desa & Auto Trade yang menghimpunkan usahawan dan pemain industri dalam satu platform untuk meneroka peluang kerjasama, padanan perniagaan dan potensi pasaran baharu.πŸš€

πŸ“… 22 Ogos 2026 (Sabtu)
πŸ“ Halaman Samarahan, Kota Samarahan

Datang bukan sekadar untuk berniaga, tetapi untuk bina network, cari peluang dan kembangkan bisnes!πŸ’ͺπŸ“ˆ

✨ Jumpa rakan niaga.
✨ Bina jaringan.
✨ Cipta peluang baharu.

Usahawan Sarawak, juh la rami-rami kitak urang datang! Jangan lepaskan peluang tok di GEMA@SARAWAK 2026!πŸ”₯🀝








Address

KM20, Jalan TVET, JALAN BINTULU-SIBU
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 05:00

Telephone

+6086311313

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TvetMara Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category