Perkhidmatan Kaunseling UPMS

Perkhidmatan Kaunseling UPMS

Share

Perkhidmatan Kaunseling UPMS diletakkan dibawah Pejabat Pengurusan Pelajar, UPMS.

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 23/04/2026

Kadang-kadang, kita terlalu cepat menilai sebelum benar-benar mendengar.

Sebagai ibu bapa,
kita mungkin ingat kita sedang menasihati,
padahal anak hanya mahu didengari.

Sebagai anak,
kita mungkin rasa ibu bapa tak faham kita,
lalu kita jawab dengan marah sebelum cuba jelaskan.

Sebagai kawan,
kadang kita terlalu cepat bagi pendapat,
sedangkan yang diperlukan cuma ruang untuk meluah.

Sebagai pasangan,
kadang kita lebih sibuk mempertahankan diri
daripada memahami apa yang sedang dirasa.

Sebagai adik-beradik,
kadang kita anggap kita sudah kenal satu sama lain,
sampai terlupa untuk mendengar dengan hati.

Hakikatnya, bukan semua orang yang diam itu tiada beban.
Bukan semua yang senyum itu baik-baik saja.
Ada yang menyimpan beban yang berat dalam diam
kerana takut tidak difahami,
takut dipersalahkan,
dan takut dihakimi sebelum sempat menjelaskan.

Sebab itu, sebelum kita memberi respon,
belajarlah untuk mendengar sampai habis.
Sebelum kita menghukum, cubalah untuk memahami.
Kerana kadang-kadang, satu sikap yang lembut dan satu telinga yang sudi mendengar
boleh menyelamatkan hati seseorang.

Mendengar tanpa menghakimi
bukan tanda kita lemah,
tetapi tanda kita cukup matang untuk memahami bahawa
setiap orang sedang berjuang dengan cara yang kita mungkin tidak nampak.

20/04/2026

Counselling Fun Tips: Apa yang boleh dilakukan pada minggu ini

Kadang-kadang kita terlalu sibuk jaga semua perkara… sampai terlupa nak jaga diri sendiri..

Mulakan dengan langkah kecil anda hari ini.

Ingat, perubahan besar bermula dari tindakan kecil setiap hari 💚

Jika anda perlukan ruang untuk berkongsi atau mendapatkan sokongan, kami sentiasa ada untuk anda

📲 Scan QR Code untuk perkhidmatan kaunseling
📍 Bahagian Kaunseling, PPL, UPMS

Jom jaga diri, jom jumpa kaunselor!

16/04/2026

“Kadang-kadang kita hanya nampak zahir manusia,
sedangkan Allah menilai hati dan pengakhiran.
Moga kita dijauhkan dari sangkaan buruk,
dan diberi kekuatan untuk menjaga aib sesama kita.”

“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan sangkaan…”
(Surah Al-Hujurat: 12)

Nabi ﷺ bersabda:
“Sesiapa yang menutupi aib seorang Muslim, Allah akan menutupi aibnya di dunia dan akhirat.”
(HR. Sahih Muslim)

Dan disebut dalam hadis, seorang wanita pelacur yang memberi minum kepada anjing yang kehausan, lalu Allah mengampuninya.
(HR. Sahih al-Bukhari & Sahih Muslim)

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 10/04/2026

Hari terakhir MindQuest@UPMS

Alhamdulillah, program ini melabuhkan tirai dengan penuh bermakna.

Terima kasih kepada semua yang telah singgah, berkongsi dan berani mengenali diri dengan lebih mendalam sepanjang 5 hari ini.

Bagi yang masih berminat untuk menjalani ujian atau mendapatkan perkhidmatan kaunseling, anda boleh menghubungi kami di Bahagian Kaunseling, PPL 😊

Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi.

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 09/04/2026

Hari ke-4 MindQuest@UPMS

Alhamdulillah, sambutan masih konsisten dan sangat menggalakkan.
Seronok melihat semakin ramai yang mula peka dengan emosi dan kesejahteraan diri.

Terima kasih kepada semua yang singgah dan berkongsi pengalaman. Langkah kecil anda pada hari ini, memberi makna besar untuk diri sendiri.

Masih sempat untuk join! Jumpa kami pada hari terakhir Program MindQuest@UPMS esok hari.

📍 Perpustakaan UPMS
⏰ 9.00 pagi – 11.30 pagi

✨ Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi.

*Tidak lupa juga setinggi penghargaan diucapkan kepada rakan strategik kami warga kerja Perpustakaan UPMS yg memberikan sokongan kepada kami❤️

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 08/04/2026

Hari ke-3 MindQuest@UPMS!

Terima kasih kepada semua yang terus memberi sokongan 🥰
Setiap hari, semakin ramai yang mengambil langkah untuk kenal diri dan fahami emosi sendiri.

Jika belum sempat singgah, masih belum terlambat 😊
Jom datang, kami tunggu anda!

📍 Perpustakaan UPMS
⏰ 9.30 pagi – 11.30 pagi

Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi.

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 07/04/2026

Alhamdulillah.. Hari ke-2 MindQuest berjalan lancar.

Terima kasih kepada semua yang singgah hari ini . Semakin ramai yang berani kenal diri dan semak tahap emosi masing-masing.

Kalau belum sempat datang hari ini tak mengapa, masih ada peluang lagi!
Jom singgah esok hari pada masa dan lokasi yg sama:

📍 Medan Selera
⏰ 9.30 pagi – 11.30 pagi

✨ Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi.

p/s: Oyen pun dah singgah ke booth kami. Anda bila lagi🤭

Photos from Perkhidmatan Kaunseling UPMS's post 06/04/2026

Hari pertama MindQuest berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua warga UPMS yang sudi singgah ke booth kami hari ini.
Ramai yang mengambil peluang untuk mengenali diri dengan lebih mendalam melalui pelbagai ujian psikometrik yang disediakan.

Ingat, memahami diri adalah langkah pertama ke arah kesejahteraan emosi dan potensi diri yang lebih baik.

Belum sempat datang hari ini? Jangan risau!
Kami masih ada sehingga tarikh yang ditetapkan. Jemput datang dan rasai sendiri pengalaman MindQuest!

📍 Medan Selera & Perpustakaan UPMS
⏰ 9.30 pagi – 11.30 pagi

Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi.

03/04/2026

✨ Pernah tak rasa nak kenal diri sendiri dengan lebih mendalam?
Atau tertanya-tanya tahap stres & emosi anda sekarang? 🤔

Jangan biarkan persoalan tu tanpa jawapan…
Jom singgah ke MindQuest ! 🧠✨

🔍 Pelbagai ujian menarik menanti anda:
🧠 Ujian Tekanan
💭 Ujian Personaliti
💘 Gaya Bercinta & Bahasa Cinta
📚 Gaya Pembelajaran

💬 Siap dengan interpretasi & pencerahan daripada kaunselor

📍 Medan Selera UPMS
📅 6 – 8 April 2026
⏰ 9.30 pagi – 11.30 pagi

📍 Perpustakaan UPMS
📅 9 – 10 April 2026
⏰ 9.00 pagi – 11.00 pagi

🌿 Datang santai, pulang dengan ‘insight’ tentang diri sendiri

✨ Kenali diri. Fahami emosi. Temui potensi. ✨

👀 Jumpa anda di booth nanti! Jangan lepaskan peluang ini!

Bahagian Kaunseling
Pejabat Pengurusan Pelajar
UPMS

30/03/2026

Kadang-kadang kita nampak okay… tapi dalam hati penat sangat 🥺

Kalau anda rasa:
✔ Overthinking
✔ Stress dengan assignment
✔ Emosi tak stabil
✔ Perlukan someone untuk dengar

💛 Kami ada untuk anda.

Sesi Kaunseling Individu dibuka untuk pelajar UPMS.

Scan QR code & pilih masa anda.

👉 Tak perlu tunggu sampai “terlalu berat” baru nak cari bantuan.

09/03/2026

Bila kali terakhir anda benar-benar bercakap tentang apa yang anda rasa?

Kadang-kadang kita nampak okay di luar,
tapi sebenarnya penat di dalam.

Kalau rasa overthinking, stress dengan assignment atau rasa keseorangan,
ingat, anda tak perlu hadapi semua itu sendirian.

💬 Kaunselor sedia mendengar.
📲 Imbas QR pada poster untuk buat temujanji.

03/03/2026

Takut present?
Rasa tak cukup bagus?
Selalu bandingkan diri dengan orang lain?

Keyakinan diri boleh dibina!

Jom jumpa kaunselor dan mula langkah pertama untuk jadi versi diri yang lebih yakin dan berani 🌱

📍 Terbuka khas untuk warga UPMS
🔒 Sesi adalah sulit dan profesional
📲 Daftar sekarang melalui QR Code

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Pejabat Pengurusan Pelajar, Universiti Putra Malaysia
Bintulu
97008

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00