30/07/2026
๐
ป๐
ด๐
ฝ๐๐
ฐ ๐
ฐ๐
ป๐
ฐ๐
ผ๐๐
ธ๐
ฐ ๐
ฟ๐
ฐ๐๐๐
ธ ๐
ฑ๐
ธ๐
ฝ๐๐๐
ป๐ 2026 #1
๐๐๐๐๐ ๐๐ ๐
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
BINTULU โ PASTI Kawasan Bintulu telah berjaya menganjurkan ๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐๐ dengan penuh gilang-gemilang di Kelab Kidurong, Bintulu, melibatkan penyertaan seramai 102 orang murid daripada PASTI sekitar Bintulu.
Penganjuran pada tahun ini berlangsung dengan jayanya serta menampilkan wajah-wajah baharu yang telah memberikan saingan sengit dalam setiap acara yang dipertandingkan. Prestasi yang dipamerkan oleh para peserta membuktikan peningkatan yang amat memberangsangkan hasil usaha berterusan guru-guru PASTI dalam membimbing dan menggilap bakat murid.
Alam Ria merupakan program tahunan PASTI yang menjadi platform untuk mengaplikasikan pembelajaran yang diterapkan di dalam kelas, merangkumi pelbagai kategori seperti Hafazan, Azan, Khutbah, Pidato, Bercerita, Sajak, Nasyid dan Kalam Jamaie. Kehebatan serta keberanian murid-murid membuat persembahan di hadapan khalayak membuktikan bahawa PASTI bukan sahaja menitikberatkan kecemerlangan akademik, malah turut membentuk keyakinan diri, kepimpinan dan sahsiah Islamiah dalam kalangan murid.
Kemuncak kejayaan pada tahun ini menyaksikan PASTI Al Firdaus Kidurong dinobatkan sebagai ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐๐, , sekali gus mengungguli pertandingan hasil persembahan yang cemerlang dan konsisten sepanjang program berlangsung. Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh warga PASTI Al Firdaus Kidurong atas pencapaian yang membanggakan ini.
PASTI Kawasan Bintulu turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru, ibu bapa, jawatankuasa pelaksana, para hakim, penaja serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Insya-Allah, ๐ฉ๐๐ซ๐ ๐ฃ๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฐ๐๐ค๐ข๐ฅ๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฐ๐๐ฌ๐๐ง ๐๐ข๐ง๐ญ๐ฎ๐ฅ๐ฎ ๐ค๐ ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค ๐๐๐๐ yang dijadualkan berlangsung pada bulan Ogos di Kuching. Besarlah harapan agar kontinjen PASTI Bintulu mampu memberikan persembahan terbaik serta meraih kejayaan cemerlang, sekali gus mengembalikan gelaran ๐๐ฎ๐๐ซ๐ ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ก๐๐ง ๐๐ฅ๐๐ฆ ๐๐ข๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐ซ๐ข ๐๐๐ซ๐๐ฐ๐๐ค ๐๐๐๐ ke bumi Bintulu.
๐๐๐ก๐ง๐ข๐๐ก ๐ค๐๐ฉ๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฆ๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ฌ๐๐ซ๐ญ๐. ๐๐๐ซ๐ฎ๐ฌ๐ค๐๐ง ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ค๐๐ซ ๐ค๐๐๐๐ฆ๐๐ซ๐ฅ๐๐ง๐ ๐๐ง ๐๐๐ฆ๐ข ๐ฆ๐๐ฅ๐๐ก๐ข๐ซ๐ค๐๐ง ๐ ๐๐ง๐๐ซ๐๐ฌ๐ข ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐ซ๐๐ง ๐ฒ๐๐ง๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ฅ๐ฆ๐ฎ, ๐๐๐ซ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐๐ค๐ก๐ฅ๐๐ค ๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐ข๐.