23/11/2024
Assalamualaikum & Salam Sejahtera, Warga SK Kuala Tatau!
Jom sama-sama meriahkan Temasya Sukan & Muzik SK Kuala Tatau 2024! Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya:
1. Acara PIBG mengikut rumah sukan
2. Tayangan Perdana
3. Karaoke Night
4. Cabutan Bertuah Biasa & Mega
5. Booth Jualan
6. Merentas Desa Terbuka
Selain itu, PIBG SK Kuala Tatau turut menganjurkan Acara Sukan Rakyat yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Aktiviti ini dilaksanakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga sekolah, murid, ibubapa / penjaga serta komuniti setempat. Antara acara yang akan dipertandingkan adalah:
1. Sepak Raga
2. Tarik Upih
3. Tapak Gajah
4. Anyam Ketupat
5. Lari Berganti-Ganti
6. Merentas Desa
7. Futsal Kain Pelikat
8. Gustu Bantal
9. Lontar Peluru
Sila datang beramai-ramai untuk memeriahkan dan memberi sokongan kepada setiap peserta!
Kami menjemput semua ibu bapa dan penjaga untuk turut serta dalam meriahkan acara ini. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai kesemua aktiviti yang menarik ini!
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi guru penyelaras setiap aktiviti.
Terima kasih, dan jumpa di sana!