26/05/2026
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H
Semoga semangat pengorbanan dan keikhlasan terus menyatukan kita dalam memperkukuh nilai kemanusiaan serta mencapai kecemerlangan bersama.
Ikhlas daripada,
Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains
Universiti Putra Malaysia Sarawak
21/05/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) atas penerimaan anugerah sempena Majlis Gemilang Putra 2026.
Sekalung penghargaan kepada para penerima anugerah:
Dr. Sharon Ong Yong Yee
Penerima Anugerah Fellowship Naib Canselor
(Kategori Pengajar Muda Sains Gunaan dan Sains Sosial Gunaan)
Dr. Wong Sie Chuong
Penerima Anugerah Jasa Putra
1. Dr. Ellie Teo Yi Lih
2. Dr. Malisah binti Latip
3. Dr. Aaliyawani Ezzerin binti Sinin
4. En. Samuel Tiau
Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang
1. Puan Azira bt Sanusi
2. Dr. Syarifah Kamariah binti Wan Mohammad
Penerima Anugerah Setia Putra
Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga FKPS dalam memacu kecemerlangan akademik, penyelidikan serta perkhidmatan kepada masyarakat.
FKPS Gemilang, Terus Cemerlang.
12/05/2026
UPM Sarawak Perkukuh Jaringan Antarabangsa Melalui Studium Generale di Indonesia
BANDUNG, 7 Mei 2026 – Universiti Putra Malaysia Sarawak terus memperkukuh keterlibatan Jaringan Antarabangsa dan akademik di peringkat antarabangsa apabila Dr. Sharon Ong Yong Yee telah diundang sebagai pengucaptama dalam program Studium Generale 2026 anjuran Vocational School, Universitas Padjadjaran, Indonesia.
Program bertemakan “Cultural Industries as a Catalyst for Global Entrepreneurship: Chinese and Southeast Asian Perspectives” ini merupakan sebahagian daripada Equity WCU International Community Development Program dan dianjurkan melalui kerjasama Chinese Language and Culture Study Program serta Business Logistics Program, Vocational School, Universitas Padjadjaran.
Dalam sesi tersebut, Dr. Sharon telah menyampaikan perkongsian bertajuk “Entrepreneurship in Southeast Asia: Leveraging Cultural Diversity in Global Markets” yang menekankan kepentingan kepelbagaian budaya sebagai kekuatan strategik dalam membangunkan keusahawanan global, khususnya dalam konteks Asia Tenggara.
Program ini turut menampilkan Prof. Xiang Yong dari Peking University, China, manakala ucapan pembukaan telah disampaikan oleh Dr. Kurniawan Saefullah, SE., M.Ec., Dekan Vocational School, Universitas Padjadjaran.
Penglibatan ini bukan sahaja mencerminkan pengiktirafan terhadap kepakaran akademik UPM Sarawak dalam bidang keusahawanan dan pengantarabangsaan, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama antara UPM dan institusi pendidikan tinggi serantau.
Dr. Sharon turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur, khususnya Ibu Dr. R. Ratna Meisa Dai, Ketua Program Studi Sarjana Terapan Bisnis Logistik di Universitas Padjadjaran dan pegawai perhubungan program, Ibu Dr. Nurillah Jamil Achmawati Novel, atas layanan mesra, koordinasi program yang baik serta komitmen dalam memastikan kelancaran sepanjang program berlangsung.
Program tersebut telah berlangsung pada Khamis, 7 Mei 2026, bertempat di Bale Sawala, Rectorate Building, Universitas Padjadjaran, dari jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Tahniah diucapkan kepada Dr. Sharon Ong Yong Yee atas jemputan sebagai pengucaptama dalam Studium Generale 2026.
04/05/2026
Program E-Mobiliti Antarabangsa UPMS X PSU 2026 Berjaya Mempererat Hubungan Akademik dan Budaya
Bintulu, 30 April 2026 – Program E-Mobiliti Antarabangsa UPMS X PSU 2026, yang diadakan pada 29 dan 30 April 2026, berjaya mempertemukan pelajar dan pakar dari Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dan Universiti Port Said (PSU), Mesir dalam sebuah platform pendidikan maya yang bertemakan "Menghubungkan Budaya, Maju Kimia Lestari". Program ini bertujuan untuk menggalakkan pertukaran pengetahuan mengenai kemampanan dan teknologi hijau dalam bidang e-mobiliti serta memupuk hubungan akademik antara dua negara.
Pada hari pertama, peserta menyertai sesi perbincangan meja bulat yang melibatkan pelajar dari kedua-dua universiti. Program diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Assoc. Prof. Ts. Dr. Wong Tze Jin, Dekan Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains, UPM Sarawak. Sesi ceramah turut disampaikan oleh empat penceramah jemputan iaitu ChM. Dr. Sivasangar Seenivasagam, ChM. Dr. Ellie Teo Yi Lih, Dr. Hisham N. Farrag, dan Dr. Nurr Maria Ulfa Binti Seruji, yang berkongsi kepakaran mereka dalam bidang kimia lestari dan teknologi. Acara ini diakhiri dengan sesi perkongsian budaya Malaysia oleh pelajar UPMS dan pembentangan kumpulan oleh pelajar UPMS dan PSU.
Pada hari kedua, acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Sarawak, dan Prof. Dr. Atef Alam Eldeen, Presiden Universiti Port Said, Mesir. Prof. Dr. Mohamed Yaser Hamdy dan Dr. Tengku Sharifah Marliza Tengku Azmi menjadi penceramah jemputan pada sesi ceramah hari ini. Selain itu, wakil pelajar PSU turut mempersembahkan perkongsian budaya Mesir. Pembentangan kumpulan diteruskan dengan penyertaan pelajar PSU dan UPMS. Program ini ditutup dengan ucapan penutupan oleh Assoc. Prof. Ts. Dr. Wong Tze Jin dan diakhiri dengan sesi fotografi bersama.
Dalam ucapan pembukaan pada Hari Kedua, Prof. Dr. Shahrul Razid Sarbini, Pengarah UPM Sarawak, Malaysia, menyatakan bahawa program ini memberi peluang yang amat bernilai untuk menggalakkan pertukaran ilmu antara universiti di Malaysia dan Mesir. Beliau berkata, “Melalui inisiatif ini, kita tidak hanya memperkaya pengetahuan dalam bidang e-mobiliti dan kimia lestari, tetapi juga menghubungkan budaya dan memperkukuhkan jaringan akademik di peringkat antarabangsa.”
Pembentangan terbaik pada Hari Pertama Program E-Mobiliti Antarabangsa UPMS X PSU 2026 dimenangi oleh Rewan Elneklawy, pelajar tahun dua Bacelor Kimia Pharmaseutikal,PSU manakala pada Hari Kedua, penghormatan yang sama diraih oleh Alynn Teoh Jing Yee, pelajar tahun dua Bacelor Kimia Perindustrian, UPMS.
Menurut Alynn, beliau sangat teruja kerana berpeluang untuk berkongsi budaya Malaysia kepada peserta antarabangsa. "Ia satu pengalaman yang luar biasa dapat memperkenalkan budaya Malaysia, terutama dari segi tradisi dan nilai-nilai yang menjadikan negara kita unik," katanya selepas menerima anugerah tersebut. Alynn turut menyatakan bahawa pengalaman ini memberi peluang untuk memperkaya pemahaman antara budaya serta meningkatkan kerjasama akademik antara pelajar dari Malaysia dan Mesir.
Rewan Elneklawy, sebagai pemenang Pembentang Terbaik Hari Pertama, menerima pujian kerana pembentangannya yang menarik dan penuh informasi mengenai teknologi e-mobiliti dan sumbangannya kepada bidang kemampanan.
Program ini tidak hanya memberi peluang kepada peserta untuk mendalami bidang kimia lestari tetapi juga mengeratkan hubungan antara budaya Malaysia dan Mesir. Ia juga menjadi platform untuk peserta menunjukkan penyelidikan mereka dalam bidang e-mobiliti dan teknologi hijau yang semakin penting dalam dunia moden.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencipta ruang untuk pertukaran ilmu yang berharga, memperkukuhkan hubungan antarabangsa, dan mempromosikan agenda kemampanan dalam pendidikan tinggi.
22/04/2026
📢 UPMS x GUET Student Mobility Programme 2026 🇨🇳
Ready for a global learning experience? 🌏
Join this 2-week international programme in Guilin, China combining academics + real industry exposure!
✨ What you’ll get:
🎓 Academic sessions at GUET
🏭 Visit China Top 500 & Global Top 50 steel industry (Liuzhou Iron & Steel Group)
🏫 Experience real campus life (stay in dorms)
🤝 Cultural exchange & global networking
🌄 Explore Guilin’s iconic landscapes
📅 1 – 15 September 2026
💰 RM2,500 Early Bird (limited time)
DEPOSIT: RM500
❗ Only 20 seats available
⚠️ Important: Purchase flight tickets ONLY after approval
🔥 Why join?
✔ International exposure
✔ Industry 4.0 experience
✔ Build global connections
✔ Boost your CV & career
🔗 Register now:
https://forms.gle/DVCcefurtZSYxtyS6
21/04/2026
Keratan Akhbar Utusan Borneo, UPMS terima kohort pertama Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui - 21 April 2026
Fakulti Kemanusiaan Pengurusan dan Sains UPMS
20/04/2026
UPMS terima kohort pertama Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui
2026-04-20T14:22:43+08:00 April 20, 2026, Isnin - 2:22pm Warga FKPS UPMS pada acara penerimaan kohort pertama Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui hari ini. - Gambar UKAS BINTULU: Fakulti Kemanusiaan, Pengurusan dan Sains (FKPS) Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) telah menerima kohort pertama pel...