SMK Bandar Bintulu

SMK Bandar Bintulu SMK Bandar Bintulu, KM8, Jalan Tun Hussein Onn, Peti Surat 607, 97008 Bintulu, Sarawak Tel: 086-332615 | Fax: 086-313851

๐ŸŒท SELAMAT DATANG KE SMK BANDAR BINTULU ๐ŸŒทDengan penuh rasa sukacita, warga SMK Bandar Bintulu mengalu-alukan kehadiran ti...
14/08/2026

๐ŸŒท SELAMAT DATANG KE SMK BANDAR BINTULU ๐ŸŒท

Dengan penuh rasa sukacita, warga SMK Bandar Bintulu mengalu-alukan kehadiran tiga orang guru yang bakal mewarnai perjalanan pendidikan di sekolah kita. ๐Ÿค

๐ŸŒฟ Selamat datang dan selamat menjalankan tugas kepada Cikgu Sia Leh King, guru yang berpindah masuk ke SMK Bandar Bintulu dengan opsyen Ekonomi & Geografi. Semoga langkah baharu ini menjadi permulaan kepada perjalanan yang penuh bermakna.

โœจ Selamat datang juga kepada Cikgu Ammanda Duwing & Cikgu Nurliana yang sedang menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS). Semoga tempoh orientasi ini menjadi ruang untuk mengenali warga sekolah, membina hubungan yang baik serta mengutip sebanyak mungkin pengalaman dan ilmu.

โ€œHadir membawa pengalaman,
bersama membina kecemerlangan.โ€ โค๏ธ



โœจ Perkongsian Profesionalisme Guru (PPG) Bil. 2 Tahun 2026 โœจPerkongsian Profesionalisme Guru (PPG) Bil. 2 Tahun 2026 tel...
30/07/2026

โœจ Perkongsian Profesionalisme Guru (PPG) Bil. 2 Tahun 2026 โœจ

Perkongsian Profesionalisme Guru (PPG) Bil. 2 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada 30 Julai 2026 melibatkan guru sesi petang (9.30 โ€“ 11.30 pagi) dan guru sesi pagi (2.30 โ€“ 4.30 petang) di Dewan Teratai, SMK Bandar Bintulu.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada barisan guru yang telah menjayakan sesi perkongsian bertajuk โ€œCanva for Educatorโ€, iaitu:

๐ŸŒŸ Cg Corina (Ketua)
๐ŸŒŸ Cg Erma Syabiela
๐ŸŒŸ Cg Ammelia
๐ŸŒŸ Cg Rida
๐ŸŒŸ Cg Rabecca
๐ŸŒŸ Cg Tan Chia Shin
๐ŸŒŸ Cg Wan Nur Syahira
๐ŸŒŸ Cg Kristen Lanvern

Terima kasih atas kesudian berkongsi ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam memperkenalkan penggunaan Canva for Educator bagi menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, interaktif serta berimpak tinggi.

Semoga perkongsian ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga pendidik SMK Bandar Bintulu untuk terus memperkasa amalan profesionalisme, membudayakan inovasi dalam PdP dan menyemarakkan semangat pembelajaran sepanjang hayat.

โ€œBerkongsi Ilmu, Menjana Inspirasi, Memperkasa Pendidikan.โ€ ๐Ÿ’™



๐Ÿ“š MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL. 3 TAHUN 2026๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)๐Ÿ• Masa: 2.30 petang โ€“ 4.30 ...
29/07/2026

๐Ÿ“š MESYUARAT JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH BIL. 3 TAHUN 2026

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 24 Julai 2026 (Jumaat)
๐Ÿ• Masa: 2.30 petang โ€“ 4.30 petang
๐Ÿ“ Tempat: Bilik Mesyuarat Sri Teratai

Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bil. 3 Tahun 2026 telah berlangsung dengan jayanya bagi membincangkan perancangan, pelaksanaan serta penambahbaikan pengurusan kurikulum sekolah demi memastikan kecemerlangan akademik dan kemenjadian murid.



๐Ÿ”ฌ AKTIVITI DISCOVER STEM WITH PETROSAINS๐Ÿ“ Program STEM on Wheels Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026SMK Bandar Bintulu t...
29/07/2026

๐Ÿ”ฌ AKTIVITI DISCOVER STEM WITH PETROSAINS

๐Ÿ“ Program STEM on Wheels Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026

SMK Bandar Bintulu telah menyertai Aktiviti Discover STEM with Petrosains di bawah Program STEM on Wheels Peringkat Daerah Bintulu Tahun 2026 yang melibatkan penyertaan murid sesi petang.

๐Ÿ‘จโ€๐Ÿซ Guru pengiring yang terlibat:
โ€ข Cikgu Ong
โ€ข Cikgu Rohana
โ€ข Cikgu Aman
โ€ข Cikgu Ikrfan
โ€ข Cikgu Lu

Semoga program ini dapat meningkatkan minat, pengetahuan serta menggalakkan murid meneroka bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pengalaman pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua guru pengiring yang telah mengurus serta memastikan kebajikan murid sepanjang program yang berlangsung di Dewan Suarah, dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang.

๐Ÿค Terima kasih juga kepada pihak penganjur serta Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Bintulu atas kepercayaan memilih SMK Bandar Bintulu untuk menyertai program yang amat bermakna ini.


๐ŸŒŸ KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS BULAN JUN 2026 ๐ŸŒŸTahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas ya...
27/07/2026

๐ŸŒŸ KEPUTUSAN PERTANDINGAN KEBERSIHAN & KECERIAAN KELAS BULAN JUN 2026 ๐ŸŒŸ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kelas-kelas yang berjaya meraih kedudukan terbaik dalam Pertandingan Kebersihan & Keceriaan Kelas bagi bulan Jun 2026.

Kejayaan ini membuktikan bahawa budaya menjaga kebersihan dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang ceria mampu melahirkan warga sekolah yang berdisiplin, bertanggungjawab dan cemerlang.

Teruskan usaha untuk menjadikan kelas sebagai ruang pembelajaran yang kondusif, selesa dan membanggakan.



๐ŸŽ‰ TAHNIAH KELAS-KELAS TERBAIK KEHADIRAN BULAN JUN 2026! ๐ŸŽ‰Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang mencapai k...
27/07/2026

๐ŸŽ‰ TAHNIAH KELAS-KELAS TERBAIK KEHADIRAN BULAN JUN 2026! ๐ŸŽ‰

Syabas dan tahniah diucapkan kepada kelas-kelas yang mencapai kehadiran terbaik bulan Jun 2026.

Kehadiran yang cemerlang mencerminkan disiplin, komitmen dan semangat untuk berjaya. Setiap langkah ke sekolah hari ini merupakan kunci untuk kejayaan masa hadapan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan kehadiran yang konsisten demi mencapai kecemerlangan sahsiah, akademik dan kokurikulum.



โœจ BENGKEL KECEMERLANGAN PANITIA KIMIA โœจ๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 17 Julai 2026๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 petang โ€“ 5.00 petang๐Ÿ“ Tempat: Dewan Teratai ...
26/07/2026

โœจ BENGKEL KECEMERLANGAN PANITIA KIMIA โœจ

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 17 Julai 2026
๐Ÿ•‘ Masa: 2.00 petang โ€“ 5.00 petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Teratai

๐ŸŽฏ Objektif Program

๐Ÿงช 1. Meningkatkan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Kimia.

๐Ÿ“ 2. Menyediakan murid dengan kemahiran menganalisis soalan dan teknik menjawab soalan dengan betul.



๐Ÿ† PERTANDINGAN TARIAN  SEKOLAH MENENGAH BERSEMPENA BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL (BIKF) BINTULU 2026 ๐Ÿ†Setinggi-ting...
26/07/2026

๐Ÿ† PERTANDINGAN TARIAN SEKOLAH MENENGAH BERSEMPENA BORNEO INTERNATIONAL KITE FESTIVAL (BIKF) BINTULU 2026 ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Pasukan Tarian SMK Bandar Bintulu atas kejayaan yang amat membanggakan dalam pertandingan tarian sempena BIKF.

๐Ÿ† Johan Keseluruhan

๐Ÿ‘— Busana Terbaik

๐Ÿ’„ Tatarias Terbaik

๐Ÿ’ƒ Penari Perempuan Terbaik

Kejayaan ini merupakan hasil usaha gigih, komitmen, disiplin dan semangat berpasukan yang tinggi daripada semua ahli pasukan.

Sekalung penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada jurulatih pasukan tarian, guru-guru yang terlibat serta seluruh pasukan tarian atas dedikasi, bimbingan dan pengorbanan yang telah diberikan sehingga mengharumkan nama SMK Bandar Bintulu.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan. Syabas dan tahniah!



๐ŸŒธ Poetry Recitation Competition Results Secondary Schools Bintulu District Level 2026 ๐ŸŒธTarikh : 21.07.2026Tempat : SK Sg...
25/07/2026

๐ŸŒธ Poetry Recitation Competition Results Secondary Schools Bintulu District Level 2026 ๐ŸŒธ

Tarikh : 21.07.2026
Tempat : SK Sg.Tisang, Bintulu

Syabas dan tahniah kepada pasukan Poetry Recitation SMK Bandar yang telah mendapat Johan pertandingan di peringkat daerah dan mendapat anugerah Best Impromptu Poem Award.
Terima kasih kepada guru pembimbing Cikgu Mulyadir di atas bimbingan dan komitmen yang telah diberikan.

Dengan ini, dua orang murid ini akan mewakili daerah Bintulu ke pertandingan di peringkat negeri. Semoga pencapaian mereka akan terus cemerlang di peringkat seterusnya.



๐ŸŒทMesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform Bil.1 Tahun 2026๐ŸŒทTarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)Masa : 11.40 pagi - 1...
24/07/2026

๐ŸŒทMesyuarat Jawatankuasa Perkhemahan Unit Beruniform Bil.1 Tahun 2026๐ŸŒท

Tarikh: 21 Julai 2026 (Selasa)
Masa : 11.40 pagi - 1.20 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat, Sri Teratai

Mesyuarat ini menjadi platform untuk membincangkan perancangan program, pembahagian tugas serta perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pelaksanaan kem.

Semoga segala perancangan yang telah disusun dapat direalisasikan dengan jayanya serta memberikan pengalaman yang bermakna kepada semua peserta. ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ•๏ธ



Address

KM8, Jalan Tun Hussein Onn
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 11:45
14:15 - 17:00

Telephone

+6086332615

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SMK Bandar Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to SMK Bandar Bintulu:

Share

Category