29/08/2024
Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Warga Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak ingin menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas pemergian Allahyarham LK I PLM Arman San bin Hermansa, Markas Selam dan Peperangan Periuk Api Tentera Laut Diraja Malaysia adalah merupakan (Alumni 2017 Diploma Pertanian, UPMKB) dengan ucapan “Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun”.
Al-Fatihah buat Allahyarham LK I PLM Arman San bin Hermansa dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga beliau.
Al-Fatihah
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh serta dikurniakan pengakhiran Husnul Khatimah.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Semoga Allah SWT merahmati Almarhum. Amin.
Ikhlas daripada: Pengarah dan Warga UPMKB.
03/08/2024
2 Ogos 2024: Sesi kunjungan hormat Bahagian Alumni ke Pejabat Dekan FSPH, UPMKB bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan alumni di UPMKB.
23/07/2024
Anda Alumni UPM? ayuh perkenalkan diri anda di booth kami di ruangan menunggu ibu bapa (perkarangan Dewan Sri Kenyalang) dan mengemaskini maklumat dalam kod QR yang ada di booth kami.
06/06/2024
UPMKB RAIH ANUGERAH KEBOLEHPASARAN GRADUAN TERBAIK UPM TAHUN 2023
Serdang - 5 Jun 2024 - Sekalung Tahniah diucapkan kepada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) kerana telah menerima Anugerah Kebolehkerjaan Graduan Terbaik (Dalam Bidang Pengajian) 2023 disempurnakan oleh YBhg. Dato' Prof. Dr. Ahmad Farhan bin Mohd Sadullah, Naib Canselor UPM pada 5 Jun 2024 di Anjung Ilmu, Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM.
Tahniah juga diucapkan kepada Fakulti di UPM yang berjaya menerima anugerah tersebut.
Semoga dengan penganugerahan ini akan lebih melonjakkan visibiliti UPMKB dan terus maju kehadapan dalam mempromosi program akademik UPM, perkongsian kepakaran dan seterusnya meneruskan legasi UPM sebagai sebuah universiti bereputasi antarabangsa. dengan sejajar cogan kata keramat UPM “Berilmu Berbakti” dan terus mansang.
Syabas diucapkan!
31/05/2024
Selamat menyambut Hari Gawai & Pesta Kaamatan kpd yang menyambutnya!
30/05/2024
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera.
Sekalung tahniah diucapkan kepada Felow Alumni UPMKB yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Anugerah Setia Putra sempena Majlis Gemilang yang diadakan pada 28 Mei 2024 di Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.
Tulus Ikhlas daripada Bahagian Alumni, Pejabat Pengurusan Pelajar, Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak.
27/05/2024
Keratan Akhbar Utusan Sarawak, 20 pegawai dilantik Felow Alumni UPMKB - 24 Mei 2025