10/06/2026
Semoga Berjaya! Pergerakkan para Pelajar dan Pensyarah KV Bintulu ke Pertandingan Kemahiran KV Skills Zon Sarawak 2026.
YOUR SUCCESS IS OUR PRIORITY
10/06/2026
Semoga Berjaya! Pergerakkan para Pelajar dan Pensyarah KV Bintulu ke Pertandingan Kemahiran KV Skills Zon Sarawak 2026.
09/06/2026
Sekalung Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Faisnoor Binti Jeffery kerana berjaya ditrampilkan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia , Sistem Pengagihan dan Penjanaan Tenaga Elektrik Voltan Rendah Tahap 5 oleh Jabatan Pembangunan Kamahiran, Kementerian Sumber Manusia.
Teruskan kecemerlangan!
09/06/2026
Sekalung Tahniah dan syabas diucapkan kepada Ts. Faisnoor Binti Jeffery atas pengiktirafan sebagai Teknologis Profesional(Ts) Malaysia Board of Technologists (MBOT) yang berkuatkuasa pada 23 April 2026 lepas.
Teruskan kecemerlangan!
09/06/2026
Program Teknologi Elektrik KV Bintulu telah menghantar 10 projek inovasi ke Pertandingan Inovasi PNiCC Peringkat Kebangsaaan 2026.
Daripada 10 projek inovasi tersebut, satu projek bertajuk "Sistem Penyaring Berasaskan Arduino Untuk Kegunaan Petani Kecil" telah terpilih sebagai peserta akhir pertandingan tersebut dan seterusnya menjadi Top 5 projek inovasi dibawah kategori Sains Teknologi dan telah berjaya mendapat Pingat Emas.
Projek diinovasi oleh pelajar Valantine Abi, Cornelilius Emmorie, Jennefer Ho, Darryn Mckenzie & Abraham Jason dan diselia dibawah Encik Muhamad Fikrizulhaq. Tahniah diucapkan!!
Enam Kumpulan yang diselia dibawah Puan Nor Ras Amierra, Ts Faisnoor, Cik Suzieyana, Ts. Hasmaniza, Cik An'Umillah dan En Gabriel Angkui telah berjaya merangkul Pingat Perak dalam pertandingan tersebut.
Manakala 3 kumpulan selebihnya yang diselia Cik An'Umillah dan Puan Famiza telah merangkul Pingat Gangsa..
Semoga Kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus berkarya, berinovasi dan mencapai lebih banyak kecemerlangan pada masa hadapan.
09/06/2026
🌿 PROGRAM GOTONG-ROYONG KOLEJ VOKASIONAL BINTULU 🌿
Mari bersama-sama berganding bahu menjayakan Program Gotong-Royong KV Bintulu demi mewujudkan persekitaran kolej yang bersih, ceria dan kondusif.
📅 Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
⏰ Masa: 7.45 pagi
📍 Tempat: Kolej Vokasional Bintulu
Kehadiran dan komitmen semua warga KV Bintulu amat dihargai. Bersama kita pupuk semangat kerjasama, perpaduan dan tanggungjawab terhadap kebersihan serta kesejahteraan kolej.
08/06/2026
📚✨ Selamat Kembali ke Kolej!
Warga Kolej Vokasional Bintulu mengalu-alukan kepulangan semua pelajar bagi meneruskan sesi pembelajaran pada 8 Jun 2026.
Semoga semester ini dipenuhi dengan semangat baharu, kejayaan dan pengalaman yang bermakna.
Selamat kembali ke kolej dan selamat maju jaya!
07/06/2026
Tahniah dan Selamat Maju Jaya kepada Nur Farahanie Natasha Bt Nafrizal yang akan berjuang pada 13 - 15 Jun 2026 dalam pertandingan akhir Wordskills Malaysia Belia (WSMB) 2026 dalam bidang Beauty Therapy anjuran JPK dan KeSuMA.
Sama-sama kita doakan kejayaan Farahanie🔥
06/06/2026
Tahniah diucapkan kepada Dalton Sigie Teo Anak Steward Rengga (DMA1 Sem 1 ) pemain KV Bintulu Rugby kerana terpilih mewakili pasukan MSS Sarawak ke Kejohanan Ragbi L18 MSSM 2026 di Ipoh Perak.
Semoga menjadi inspirasi dan motivasi kepada semua pemain ragbi KV Bintulu untuk terus berjaya melangkah ke peringkat tertinggi. Semoga beroleh kejayaan!
#2026
05/06/2026
✨SETINGGI-TINGGI TAHNIAH ATAS KENAIKAN PANGKAT ✨
Seluruh warga KV Bintulu ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Puan Zuraidah Binti Ibrahim stas kenaikan pangkat ke Gred DG13 dan Puan Marinie Anak Beliang atas kenaikan pangkat ke Gred DG12.
Kejayaan ini adalah refleksi nyata kepada dedikasi, pengorbanan dan usaha tanpa jemu yang telah dicurahkan dalam dunia pendidikan demi anak bangsa.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan, memperkasa pendidikan serta menjadi inspirasi kepada seluruh warga kolej.
"Terus melangkah, terus cemerlang, kerana setiap usaha pasti ada nilainya.”
31/05/2026
🥇Gold Medal untuk LEMANPLANG🥇
Seluruh warga kolej ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Pasukan Inovasi Seni Kulinari KV Bintulu atas kejayaan meraih Pingat Emas (Gold Medal) dalam kategori University Student Innovator di MALAYSIA INVENTION & INNOVATION EXPO (MIIX 2026) anjuran DIGIT360 - UiTM STARTUP COMPANY & RR TEXNOLOGY melalui penghasilan produk inovasi "LEMANPLANG"
Tahniah diucapkan kepada:
1. STANLEY JUMAN TIGA AK JULIS - Pensyarah Pembimbing
2. BENEDICT SAWING AK MULI - Pelajar
3. MUHAMMAD ZAHIN IDRAKI BIN CHRISMAN - Pelajar
4. MUHAMMAD ILYAS BIN AHMADUL HUSAINI - Pelajar
5. ALEXSON TIDIH AK JEMPAI - Pelajar
6. NEETA SYHAIRUL AMYLIA BT ROZI - Pelajar
7. REINOLD RAGAK AK NICHOLAS NYALAU - Pelajar
8. CHARLE LAURICE BT ABDULLAH - Pelajar
Kejayaan luar biasa ini adalah hasil kerja keras, semangat berpasukan yang tinggi dan komitmen tanpa henti dalam menghasilkan idea kreatif yang berimpak tinggi.
Pihak kolej amat berbangga dengan pencapaian anda semua.
Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat kepada seluruh warga KV Bintulu untuk terus berinovasi, berdaya saing dan melakar lebih banyak kejayaan di masa hadapan.
Anda adalah inspirasi kami.
| Monday | 07:30 - 16:30 |
| Tuesday | 07:30 - 16:30 |
| Wednesday | 07:30 - 04:30 |
| Thursday | 07:30 - 04:30 |
| Friday | 07:30 - 11:30 |
| 14:00 - 16:30 |