SK Labang Sebauh

SK Labang Sebauh

Share

SeLaRi (Sekolah Labang Bestari ) Sejarah sekolah ini bermula apabila ia mula ditubuhkan pada tahun 1951. Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai petani .

SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG, 97100 SEBAUH, BINTULU terletak lebih kurang 96 kilometer dari bandar Bintulu dan 88 kilometer jauhnya daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh (lokasi PPDKS di perkarangan SK Sebauh). Penubuhannya adalah berkat usaha penduduk kampung di sini yang perihatin dengan kepentingan serta keperluan pendidikan anak-anak mereka. Pada mulanya mereka menumpang dan meminjam ban

05/06/2026

Salam SeLaRi Excellent.

PERHATIAN KEPADA SEMUA IBU BAPA / PENJAGA MURID SK LABANG,SEBAUH

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pihak Sekolah Kebangsaan Labang ingin memaklumkan bahawa pematuhan terhadap peraturan dan etika penampilan murid merupakan tanggungjawab bersama antara pihak sekolah dan ibu bapa.

Sehubungan itu, semua ibu bapa/penjaga dimohon untuk memastikan rambut anak murid lelaki jagaan tuan/puan sentiasa kemas, bersih dan menepati peraturan sekolah yang telah ditetapkan. Rambut hendaklah dipotong secara berkala, tidak melebihi panjang yang dibenarkan serta tidak mengikut fesyen yang keterlaluan, berwarna atau bercorak.

Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai bagi memastikan disiplin, sahsiah dan imej murid sentiasa terpelihara selaras dengan motto sekolah
"Disiplin Kualiti Diri".

Sekian, terima kasih.
Unit Hal Ehwal Murid (HEM)
Sekolah Kebangsaan Labang, Sebauh

05/06/2026

Selamat Kembali Ke Sekolah Anak-Anak SeLaRi Excellent 😊

30/05/2026

Salam SeLaRi Excellent.

Tebang buluh ngaga lemang,
Gulai manok pansuh tentu meh pama,
Selamat gawai aku madah ka terang,
Gayu guru gerai nyamai kita semua.

Selamat Ari Gawai, Gerai Nyamai Lantang Senang Nguan Menua!

Selamat Hari Gawai Dayak! Semoga perayaan tahun ini membawa rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan yang berkekalan buat seisi keluarga.

Ikhlas Daripada, Seluruh Warga SK Labang,Sebauh

26/05/2026

Salam SeLaRi Excellent.
Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H, marilah kita bersama-sama menghayati erti sebenar pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan kepada Allah SWT sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S.

Aidiladha bukan sekadar ibadah korban, tetapi juga lambang kesatuan ummah, kasih sayang sesama insan serta semangat membantu golongan yang memerlukan. Semoga setiap pengorbanan yang dilakukan diterima dan diberkati oleh Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada darah dan daging korban itu, tetapi Dia memandang kepada keikhlasan dan ketakwaan kamu.”
(Surah Al-Hajj : 37)
✨ Semoga Hari Raya Aidiladha ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan memperkukuhkan ukhuwah dalam kalangan kita semua.
Salam Aidiladha 1447H

Salam Ikhlas daripada,
Seluruh Warga SK Labang, Sebauh

22/05/2026

Salam SeLaRi Excellent.

Makluman cuti pertengahan tahun 2026 bermula pada:

23 Mei 2026 (Sabtu ) hingga 7 Jun 2026 (Ahad )

Sesi persekolahan akan dibuka semula pada 8 Jun 2026 (Isnin)
Murid Asrama akan melapor Diri ke Asrama pada 7 Jun 2026 ( Ahad ) bermula 2.00 petang hingga 5.00 petang.

Selamat bercuti kepada seluruh warga sekolah. Gunakan masa cuti dengan sebaiknya bersama keluarga tersayang, sentiasa menjaga keselamatan diri dan jangan lupa mengulang kaji pelajaran.

Sekian, terima kasih. ❤️

Kredit Poster : Pn Radin Haslinah ( PPM Pra )


22/05/2026

Lensa Kamera SeLaRi merakamkan kemeriahan Sambutan Pra Gawai & Hari Jadi Murid Asrama SK Labang.

Video Disunting : Pn Radin ( PPM Prasekolah )

Photos from SK Labang Sebauh's post 22/05/2026

Salam SeLaRi Excellent.
SAMBUTAN PRA GAWAI DAN HARI JADI MURID ASRAMA (JANUARI–MEI) SK LABANG 2026
21 Mei 2026

Sekolah Kebangsaan Labang telah berjaya menganjurkan Majlis Sambutan Pra Gawai bersama-sama dengan Majlis Sambutan Hari Jadi Murid Asrama yang lahir pada bulan (Januari hingga Mei) yang melibatkan murid-murid serta barisan staf sekolah. Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Ruangan RMT, SK Labang.

Majlis yang gilang-gemilang ini bertujuan untuk memelihara warisan kebudayaan serta menghargai kebajikan warga sekolah, di samping memperkukuh hubungan silaturahim antara pentadbir, guru, staf, dan murid.

Berikut adalah rentetan pengisian dan aturcara sepanjang majlis tersebut berlangsung:

Ketibaan & Istiadat Sambutan:
Majlis dimulakan pada jam 7:00 malam dengan acara Nikika Pengabang, disusuli dengan persembahan tradisi Bejawang oleh adik Angelinne Candu anak Boromeo Jerry serta acara Ai Ansah oleh Puan Juana anak Jampong.

Majlis diteruskan dengan penyampaian Ucapan Tuai Gawai oleh Encik Mingkul Anak Damu (Penolong Kanan Pentadbiran) dan seterusnya Ucapan Perasmian oleh Encik Kezie Bin Matusup, Guru Besar SK Labang.

Gimik & Upacara Tradisi : Gimik perasmian disempurnakan melalui acara “Nebah Gong” dan disusuli dengan upacara *Ngirup Ai Pengayu*.

Acara pemotongan kek dan nyanyian lagu Hari Jadi diadakan khusus bagi meraikan murid serta staf yang lahir pada bulan Januari hingga Mei, lengkap dengan sesi penyampaian hadiah.

* **Jamuan & Acara Kemuncak:** Selepas sesi jamuan makan malam, majlis diserikan lagi dengan *Pekit Kumang enggau Pekit Keling* (Pertandingan Kumang & Keling), persembahan *Menidit Dinai* oleh murid-murid, upacara *Numbangka Ranyai*, serta pengumuman pemenang pertandingan.

Serta sekalung penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen tinggi dalam memastikan kelancaran program ini. Semoga semangat perpaduan dan keharmonian ini terus mekar dalam kalangan warga SK Labang.


19/05/2026

Trailer Filem Pendek Peringkat Daerah Tatau / Sebauh 2026.

Tahniah Cikgu Nabil Hakim bin Mohd Kamal dan anak2 Cilik SK Labang.

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Bintulu
97100