SEKOLAH KEBANGSAAN LABANG, 97100 SEBAUH, BINTULU terletak lebih kurang 96 kilometer dari bandar Bintulu dan 88 kilometer jauhnya daripada Pejabat Pelajaran Daerah Kecil Sebauh (lokasi PPDKS di perkarangan SK Sebauh). Penubuhannya adalah berkat usaha penduduk kampung di sini yang perihatin dengan kepentingan serta keperluan pendidikan anak-anak mereka. Pada mulanya mereka menumpang dan meminjam ban
gsal kaum Cina di sini. Jumlah murid-murid belajar pada masa itu adalah seramai 25 orang. Guru Besarnya pada ketika itu ialah Cikgu Tedung Ak Tabuh yang mana guru lepasan Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching. Pada penghujung tahun 1951, sebuah rumah telah dapat disiapkan oleh penduduk kampung secara bergotong-royong. Rumah tersebut telah dijadikan sebagai bangunan sekolah bagi menggantikan bangsal kaum Cina tadi. Tahun demi tahun bilangan pelajar di sini semakin bertambah. Pada tahun 1952, terdapat penambahan satu kelas lagi yang mana menjadi jumlahnya kepada dua buah kelas. Sekolah ini diberi nama Sekolah Kebangsaan Labang kerana mengambil sempena sungai Labang. Mengikut bancian pada tahun 1991, penduduk Kampung Labang adalah seramai 750 orang yang terdiri daripada berbilang kaum iaitu Melanau, Melayu, Cina, dan Iban. Ketua Kampung pada masa itu adalah Encik Samsu Bin Samat. Kapitan Cina pada masa tersebut ialah Encik Ngui Ing Kiong. Namun begitu, terdapat juga mereka yang bekerja di kem-kem pembalakan. Kini, ramai di antara mereka telah berhijrah ke bandar Bintulu untuk mencari peluang pekerjaan. Sistem perhubungan penduduk di sini untuk ke bandar Bintulu adalah menggunakan bot ekspress. Namun begitu, pada penghujung tahun 2004 perkhidmatan bot ekspress telah dihentikan oleh pengusahanya atas sebab tidak ekonomi serta kurang menguntungkan. Penduduk di sini terpaksa menggunakan alternatif lain iaitu dengan menggunakan bot ke sungai Labang. Kemudian, terpaksa menggunakan perkhidmatan van sewa atau kereta pacuan empat roda di jambatan Labang iaitu melalui jalan Bintulu – Bakun. Terdapat juga penduduk di sini yang mempunyai kenderaan sendiri menggunakan jalan ladang kelapa sawit untuk terus ke Bintulu. Namun begitu, kadang kala jalan tersebut tidak dapat digunakan terutama pada waktu hujan kerana ia merupakan jalan tanah merah.Luas kawasan sekolah ini adalah 1.73 ekar. Pada awal tahun 1980an, projek pembinaan bangunan untuk sekolah ini telah dimulakan iaitu dua blok asrama, satu blok bilik pembelajaran, satu blok dewan makan dan satu unit rumah guru dan siap sepenuhnya menjelang tahun 1981. Pada hari Sabtu, 16 Oktober 1982, Sekolah Kebangsaan Labang telah dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Datuk Celestine Ujang Ak Jilan yang merupakan Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak pada ketika itu. Pada 31 Julai 1994, enrolmen pelajar di sini adalah seramai 213 orang. Penghuni asramanya adalah seramai 147 orang. Selebihnya adalah pelajar harian. Kebanyakan pelajar di sini berasal daripada penduduk kampung Labang, serta rumah panjang Iban yang berdekatan. Kebanyakannya berbangsa Iban, Melanau, Penan, serta Melayu. Pada 24 Jun 1994 hingga Disember 2003 pengurusan pentadbirannya diketuai oleh Encik Su’ut Bin Tahir sebagai Guru Besar. Selepas itu pengurusan pentadbirannya disambung oleh Puan Hamdana Binti Usman iaitu pada tahun 2004 hingga Oktober 2005. Mulai Oktober 2005, Sekolah Kebangsaan Labang telah melalui era reformasinya iaitu apabila Encik Francis Ganoh Ak Dris menjadi Guru Besar di sini. Selepas itu,Encik Rahim Bin Hj.Harmi mengantikankan Encik Francis Ak Ganoh yang berpindah ke SK Selat pada 2011.Perkhidmatan Encik Rahim Bin Hj.Harmi di Sk Labang sehingga 31 Mac 2014. Tempat beliau diganti oleh En. Roslan Bin Rosli bermula 01 April 2014 hingga kini yang membuat beberapa tranfromasi di dalam akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar agar sejajar dengan visi dan misi sekolah.