SK Ulu Segan

SK Ulu Segan SK Ulu Segan(YBB9113) merupakan sebuah sekolah rendah di daerah Bintulu, Sarawak.

Misi membawa nama SK Ulu Segan ke persada kebangsaan diteruskan!Berikan doa dan sokongan kepada atlet kita yang bakal be...
24/08/2026

Misi membawa nama SK Ulu Segan ke persada kebangsaan diteruskan!
Berikan doa dan sokongan kepada atlet kita yang bakal berentap di peringkat kebangsaan nanti.

Ambrose Moses Henrick
Pemain Bola Baling Mewakili Negeri Sarawak ke Kejohanan Bola Baling Majlis Sukan Sekolah Malaysia di SLK Sport Centre, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Semoga sekali lagi bendera sekolah berkibar di arena kebangsaan sekaligus membuahkan hasil kemenangan.


21/08/2026

STATUS KUALITI UDARA 21 OGOS 2026 | 9 PAGI




Datang dengan harapan dan doa,Pulang dengan kejayaan bergelar naib juara 🥈Tahniah wira bola rotan kita! SK Ulu Segan x S...
20/08/2026

Datang dengan harapan dan doa,
Pulang dengan kejayaan bergelar naib juara 🥈

Tahniah wira bola rotan kita!
SK Ulu Segan x SK Sg Setiam!

Di bawah simfoni doa dan harapan,
Keresahan pertama kali menjejak kaki ke tanah seberang,
Kegugupan pertama kali menaiki "belon" yang terbang membelah awan,
Gilap Naib Juara beserta Tekong Terbaik Peringkat Sekolah Rendah (Asrama Harian) kebangsaan kita bawa terbang pulang.

Bukti ketabahan jiwa yang enggan mengaku kalah meski berdepan badai persaingan paling sengit jauh dari tempat sendiri.

Karnival Seni dan Sukan Asrama Sekolah Harian Peringkat Kebangsaan 2026.

Naib Johan Sepak Takraw: Sarawak
SK Ulu Segan x SK Sg Setiam

Tekong Terbaik : SK Ulu Segan
Adik Vandy Dally Unying Anak Embran

Terima kasih kepada semua penyumbang, penaja yang turut sama memberi harapan, doa dan sumber kewangan pada pasukan kita.
Sumbangan yang tidak pernah putus dari peringkat sekolah, daerah, bahagian sehinggalah kebangsaan.
Semoga Tuhan membalaskan dengan segala kebaikkan pada semua.

FLY KENYALANG FLY!!!

20/08/2026
Lawatan Projek RTP YB Iskandar Turkee, DUN N67 Jepak berjumlah RM200,000.Kehadiran YB Tuan Iskandar Turkee, En Shahrezy ...
19/08/2026

Lawatan Projek RTP YB Iskandar Turkee, DUN N67 Jepak berjumlah RM200,000.

Kehadiran YB Tuan Iskandar Turkee,
En Shahrezy Sulaiman (Pegawai Khas Pusat Khidmat N67 Jepak),
wakil JKR, wakil RTM(Media) dan wakil sekolah (GB, PKP & PKKK).

Kain sutera bersulam benang,
Disimpan rapi di dalam peti;
Jasa dan budi tetap dikenang,
Terpahat mesra di dalam hati.

Terima kasih yang tak terhingga dari warga USPS atas keprihatinan YB.

YB Iskandar Turkee❤️


Terima kasih banyak, YB, atas keprihatinan dan usaha YB dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat untuk ...
19/08/2026

Terima kasih banyak, YB, atas keprihatinan dan usaha YB dalam menyediakan kemudahan yang lebih selesa dan selamat untuk warga SK Ulu Segan. Kami sangat menghargai perhatian dan sokongan YB. Semoga segala usaha dan sumbangan ini terus memberi manfaat kepada anak-anak serta warga sekolah. Terima kasih, YB! ❤️

17/08/2026

Sedikit temubual spontan bersama pemain Sepak Takraw wakil Ulu Segan Primary School ke peringkat kebangsaan.
😁

Teruskan menyinar Sumok & Vandy!

17/08/2026
Sekitar sesi menyantuni wira-wira Sepak Takraw kita ke Airport Bintulu.Perjuangan diteruskan untuk peringkat kebangsaan ...
17/08/2026

Sekitar sesi menyantuni wira-wira Sepak Takraw kita ke Airport Bintulu.
Perjuangan diteruskan untuk peringkat kebangsaan di SMK Guar Perahu Sebarang Perai Pulau Pinang.

Berbekalkan semangat "Agi Idup, Agi Ngelaban",
Bertekadkan laungan Bersatu Berjaya!

Satu regu,
Satu jiwa,
Kumpul mata,
Kita Juara!!

Good Luck boys!!!
Doakan kejayaan wira kita!



Address

Sebauh
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK Ulu Segan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category