MRSM Bintulu, Sarawak

MRSM Bintulu, Sarawak Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from MRSM Bintulu, Sarawak, Education, KM18, Jalan Bintulu/Sibu, Bintulu.

Salam dan selamat pagi yang indah semua....Moga pagi ini anak2 invictus jadikan dewan peperiksaan tempat berlakunya tind...
20/08/2026

Salam dan selamat pagi yang indah semua....

Moga pagi ini anak2 invictus jadikan dewan peperiksaan tempat berlakunya tindak balas kimia yang paling hebat.
Gabungan elemen usaha, doa dan tawakkal, hasilkan mangkin keyakinan yang tinggi, dan biarkan keputusan cemerlang menjadi hasil produk yang paling stabil dan berkilau!" 🌟

Moga Allah redha dan memberikan ilham kepada anak-anak invictus semua.. InshaAllah...

Anak kancil berlari-lari,
Sambil mencari buah delima,
Tindak balas bermula hari ini,
Kejayaan cemerlang produk utama. πŸ§ͺπŸ”₯

TERIMA KASIH SEMUA ATAS DOANYA😍😍

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026 – SUBJEK SEJARAH πŸ‡²πŸ‡ΎSeluruh warga MRSM Bintulu, khususnya Unit Sejarah, ingin...
19/08/2026

πŸ“š SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPMRSM 2026 – SUBJEK SEJARAH πŸ‡²πŸ‡Ύ

Seluruh warga MRSM Bintulu, khususnya Unit Sejarah, ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan SPMRSM 2026 kepada semua calon Invictus bagi Subjek Sejarah yang akan berlangsung pada 19 Ogos 2026 (Rabu).

πŸ—“οΈ Tarikh: 19 Ogos 2026 (Rabu)
⏰ Kertas 1: 8.00 – 9.00 pagi
⏰ Kertas 2: 10.30 pagi – 1.00 tengah hari

πŸ’ͺ Bertenang, fokus dan yakin dengan usaha yang telah dicurahkan. Baca soalan dengan teliti, susun jawapan dengan kemas dan gunakan segala ilmu yang telah dipelajari sepanjang tahun.

Ingatlah, setiap halaman yang dibaca, setiap soalan yang dijawab dan setiap usaha yang dilakukan selama ini pasti ada nilainya.

✨ Do your best, give your all and trust your preparation!

Semoga semua calon dipermudahkan urusan, diberikan ketenangan fikiran, kelancaran menjawab setiap soalan serta memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam SPMRSM 2026.

Sejarah bukan sekadar mengingati masa lalu, tetapi memahami perjalanan bangsa dan membina masa depan. πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ SELAMAT BERJUANG, CALON INVICTUS!
Anda sudah bersedia. Kini, buktikan!

Ikhlas daripada:
πŸ“– Unit Sejarah MRSM Bintulu

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga MRSM Bintulu.Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yan...
18/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga MRSM Bintulu.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yang akan menduduki peperiksaan SPMRSM Fizik Kertas 1 dan Kertas 2 hari ini.

πŸ“K1 4531/1
⏰8.00- 9.15 pagi

πŸ“K2 4531/2
⏰10.30-1.00 petang

Selamat maju jaya buat anak INVICTUS dan semoga diterangkan hati, dikurniakan ketenangan, ketelitian serta keyakinan untuk menjawab setiap soalan sepertimana jawapan sebenar.

Semoga kejayaan milik mereka dan kita semua. In Shaa Allah amiin🀲🏻

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.Selamat maju jaya diucapkan buat anak-anak pelajar Invictus yang menduduki Peper...
17/08/2026

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Selamat maju jaya diucapkan buat anak-anak pelajar Invictus yang menduduki Peperiksaan PEND ISLAM 1223/1 SPMRSM (Pendidikan Islam Kertas 1) pada petang ini.

Semoga Allah mengurniakan kefahaman yang benar, hati yang tenang, ingatan yang jitu untuk menjawab dengan yakin dan memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam pentaksiran.

β€œYa Allah Ya Rahman Ya Rahim permudahkanlah, jangan dipersulitkan dan kau akhirilah dengan kebaikan”


%A+
+

.1

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yang akan menduduki peperiksaan SPMRSM Pendidikan Moral 12...
17/08/2026

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yang akan menduduki peperiksaan SPMRSM Pendidikan Moral 1225 petang ini.

πŸ“1225
πŸ—“οΈ17.08.2026 (Isnin)
⏰2.00 - 4.30 petang

Selamat maju jaya buat anak-anak INVICTUS dan semoga diterangkan hati, dikurniakan ketenangan, ketelitian serta keyakinan untuk menjawab setiap soalan.

Semoga kejayaan milik mereka dan kita semua. πŸ™πŸ»πŸ™πŸ»

πŸ† PENCAPAIAN KESELURUHANBINTULU INTER SCHOOL TAEKWONDO (WTF) & PARA CHAMPIONSHIP πŸ₯‹Syabas dan tahniah diucapkan kepada Ke...
16/08/2026

πŸ† PENCAPAIAN KESELURUHAN
BINTULU INTER SCHOOL TAEKWONDO (WTF) & PARA CHAMPIONSHIP πŸ₯‹

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelab Taekwondo MRSM Bintulu atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Bintulu Inter School Taekwondo (WTF) & Para Championship.

kontinjen MRSM Bintulu berjaya membawa pulang 27 pingat keseluruhannya:

πŸ₯‡ 6 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 7 Pingat Perak
πŸ₯‰ 14 Pingat Gangsa

πŸ… JUMLAH: 27 PINGAT

Lebih membanggakan, MRSM Bintulu berjaya menduduki tempat ke-4 terbaik dalam kategori sekolah menengah, daripada keseluruhan 9 buah sekolah menengah yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini. πŸ‘πŸ”₯

Pencapaian ini membuktikan bahawa MRSM Bintulu mampu memberikan saingan yang sengit kepada sekolah-sekolah lain, khususnya dalam arena taekwondo. Kedudukan ini juga menjadi satu pencapaian yang sangat bermakna kerana para atlet kita telah bersaing dalam suasana pertandingan yang kompetitif dan berjaya membawa nama MRSM Bintulu ke kelompok terbaik.

Lebih daripada sekadar pungutan pingat, kejayaan ini mencerminkan disiplin, keberanian, semangat juang, kerja berpasukan dan kesungguhan para atlet yang telah memberikan komitmen sepanjang tempoh latihan dan pertandingan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada barisan pengurusan MRSM Bintulu, staf sokongan, guru-guru, jurulatih, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam memberikan sokongan, doa, dorongan dan harapan kepada Kelab Taekwondo MRSM Bintulu.

Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama. Setiap kemenangan, kekalahan, pengalaman dan cabaran yang dilalui menjadi sebahagian daripada proses membentuk atlet yang lebih matang dan berdaya saing.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh, memperbaiki kelemahan, meningkatkan prestasi dan kembali dengan pencapaian yang lebih gemilang pada kejohanan akan datang.

Tahniah kepada semua atlet Kelab Taekwondo MRSM Bintulu! πŸ₯‹πŸ†

4 TERBAIK DARIPADA 9 SEKOLAH MENENGAH
27 PINGAT β€’ 6 EMAS β€’ 7 PERAK β€’ 14 GANGSA

πŸ”₯ TERUS BERJUANG. TERUS BERDISIPLIN. TERUS MENGHARUMKAN NAMA MRSM BINTULU! πŸ”₯

Sekian, terima kasih.

Kelab Taekwondo MRSM Bintulu
πŸ₯‹ Discipline β€’ Perseverance β€’ Excellence

13/08/2026
Iklan Kekosongan Jawatan Guru Biologi di MRSM Bintulu.
13/08/2026

Iklan Kekosongan Jawatan Guru Biologi di MRSM Bintulu.

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga MRSM Bintulu.Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yan...
13/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera warga MRSM Bintulu.

Marilah kita sama-sama mendoakan kejayaan buat calon INVICTUS yang akan menduduki peperiksaan SPMRSM Biologi Kertas 1 dan Kertas 2 hari ini.

πŸ“K1 4551/1
⏰8.00- 9.15 pagi

πŸ“K2 4551/2
⏰10.30-1.00 petang

Selamat maju jaya buat anak INVICTUS dan semoga diterangkan hati, dikurniakan ketenangan, ketelitian serta keyakinan untuk menjawab setiap soalan.

Semoga kejayaan milik mereka dan kita semua. InshaaAllah amiin🀲🏻

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Selamat menduduki peperiksaan SPMRSM Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 bagi Batch Invi...
12/08/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menduduki peperiksaan SPMRSM Matematik Kertas 1 dan Kertas 2 bagi Batch Invictus

πŸ“Kertas 1
⏰8.00- 9.30 pagi

πŸ“Kertas 2
⏰10.30-1.00 petang

Mohon doa semuanya semoga anak-anak Invictus ini diterangkan hati untuk mengingat serta tahu untuk menggunakan konsep / formula yang betul untuk setiap soalan.

Semoga anak-anak Invictus ini akan mendapat kejayaan.

Solve . Compete. Conquer.

β€œThe only way to learn Mathematics is to do Mathematics.” ~ Paul Halmos

Address

KM18, Jalan Bintulu/Sibu
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 00:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Friday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6086201130

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Bintulu, Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to MRSM Bintulu, Sarawak:

Shortcuts

Share

Category