Institut Tahfiz Bintulu

Institut Tahfiz Bintulu ITB merupakan antara pusat tahfiz terawal di Negeri Sarawak, dan yang pertama seumpamanya di Bintulu. "MENJANA HAFIZ BERJIWA DAIE"

🌷 Tahniah dan Syabas 💐Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda Mohamad Ziqri Azamuddin Bin ...
20/07/2026

🌷 Tahniah dan Syabas 💐

Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda Mohamad Ziqri Azamuddin Bin Mohamad Zakaria telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran bil ghaib pada Ahad, 19 Julai 2026 bersamaan 5 Safar 1448H.

Semoga anakanda Ziqri sentiasa diberi kekuatan untuk menjaga hafazannya, dijadikan Ahlul Qur'an, dikurniakan ilmu yang bermanfaat serta menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi pedoman dan cahaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.

اللهم ارحمنا بالقرآن

🌷 Tahniah dan Syabas 💐Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda Zakira Aysha Binti Zaini tel...
20/07/2026

🌷 Tahniah dan Syabas 💐

Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda Zakira Aysha Binti Zaini telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran bil ghaib pada Jumaat, 19 Jun 2026 bersamaan 3 Muharram 1448H.

Semoga anakanda Zakira sentiasa diberi kekuatan untuk menjaga hafazannya, dijadikan Ahlul Qur'an, dikurniakan ilmu yang bermanfaat serta menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi pedoman dan cahaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.

اللهم ارحمنا بالقرآن

🌙SALAM AWAL MUHARAM 1448H🌙Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baru Hijrah 1448H. Semoga kedatangan Muharam menjadi ti...
16/06/2026

🌙SALAM AWAL MUHARAM 1448H🌙

Alhamdulillah, kita melangkah ke tahun baru Hijrah 1448H. Semoga kedatangan Muharam menjadi titik permulaan untuk kita memperbaiki diri, meningkatkan amal ibadah, dan mendekatkan hati kepada Allah سبحانه وتعالى.

Antara amalan yang boleh dihidupkan pada awal Muharam:
📖 Membaca Surah Yasin
🤲 Membaca Doa Akhir Tahun & Doa Awal Tahun
📿 Membaca Ayat Kursi
✍️ Memperbanyakkan zikir dan istighfar
🥛 Tafaul dengan minum susu putih
🌙 Berpuasa sunat Tasu’a dan Asyura

Marilah kita jadikan tahun ini sebagai tahun hijrah yang lebih baik, penuh keberkatan, ilmu yang bermanfaat, akhlak yang mulia serta kejayaan dunia dan akhirat.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d: 11)

Selamat Menyambut Awal Muharam 1448H.

Ikhlas daripada,
Institut Tahfiz Bintulu






🌷 Tahniah dan Syabas 💐Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda NUR ANEESA BINTI MUHAMMAD AB...
29/05/2026

🌷 Tahniah dan Syabas 💐

Alhamdulillah dengan limpah rahmat Allah SWT dan taufiq-Nya, anakanda NUR ANEESA BINTI MUHAMMAD ABUZAR telah berjaya menyempurnakan hafazan 30 juzuk Al-Quran bil ghaib pada Jumaat, 15 Mei 2026 bersamaan 27 Zulkaedah 1447H.

Semoga anakanda Nur Aneesa sentiasa diberi kekuatan untuk menjaga hafazannya, dijadikan Ahlul Qur'an, dikurniakan ilmu yang bermanfaat serta menjadi anak yang solehah dan berakhlak mulia.

Semoga Al-Quran sentiasa menjadi pedoman dan cahaya dalam kehidupan di dunia dan di akhirat.

Amin ya Rabbal ‘Alamin.

اللهم ارحمنا بالقرآن

Amalan 8 & 9 Zulhijjah 🤍Jom sama-sama rebut keberkahan hari-hari terbaik ini dengan memperbanyakkan amalan soleh 📌 Puasa...
24/05/2026

Amalan 8 & 9 Zulhijjah 🤍

Jom sama-sama rebut keberkahan hari-hari terbaik ini dengan memperbanyakkan amalan soleh

📌 Puasa Tarwiyah – 8 Zulhijjah
📌 Puasa Arafah – 9 Zulhijjah
📌 Perbanyakkan zikir, doa & istighfar 🤲

Semoga Allah menerima setiap amal ibadah kita, mengampuni dosa-dosa kita, memakbulkan doa-doa kita serta mengurniakan keberkahan dunia dan akhirat. Aamiin ya Rabb 🤍

Jangan lupa niat, jangan lupa doa, jangan lupa istiqamah 💚

Alhamdulillah, setelah selesai semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 oleh pihak Lembaga Peperiksa...
22/05/2026

Alhamdulillah, setelah selesai semakan semula keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 oleh pihak Lembaga Peperiksaan Malaysia, terdapat perubahan pada keputusan beberapa orang pelajar Institut Tahfiz Bintulu, iaitu

1) Syazwan Ihtisham Bin Syahdan - 4A
2) Zaim Hafizin Bin Zainorin - 4A

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pelajar yang berjaya meningkatkan keputusan masing-masing. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan.

Pihak Institut Tahfiz Bintulu juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada para guru, ibu bapa dan semua pihak yang sentiasa mendoakan serta membantu kejayaan anak-anak ITB.

Alhamdulillah, semalam Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah menerima kunjungan rombongan pihak JAKIM dari Semenanjung yan...
20/05/2026

Alhamdulillah, semalam Institut Tahfiz Bintulu (ITB) telah menerima kunjungan rombongan pihak JAKIM dari Semenanjung yang diketuai oleh Prof Dr Azmil Hashim.

Alhamdulillah, ITB merupakan satu-satunya madrasah tahfiz di Sarawak yang telah dicalonkan untuk menerima Standard Pengiktirafan Tahfiz Malaysia (SPTM) daripada JAKIM.

Sehubungan itu, kunjungan tersebut bertujuan untuk menjalankan penilaian serta melihat kelayakan ITB dalam memperoleh pengiktirafan berprestij ini.

Semoga lawatan dan penilaian yang berlangsung membawa keberkatan, manfaat serta membuka lebih banyak ruang kecemerlangan buat ITB pada masa akan datang. Sama-sama kita mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan ITB terus melakar kejayaan demi kejayaan, insya-Allah

🌙Amalan 10 Hari Awal Dzulhijjah yang dicintai Allah SWT🌙10 hari pertama Dzulhijjah adalah hari-hari yang paling dicintai...
17/05/2026

🌙Amalan 10 Hari Awal Dzulhijjah yang dicintai Allah SWT🌙

10 hari pertama Dzulhijjah adalah hari-hari yang paling dicintai Allah untuk beramal soleh.
Jangan biarkan ia berlalu tanpa memperbanyak ibadah dan kebaikan 🤍

📖 Perbanyak dzikir
🤲 Istighfar & doa
🕌 Shalat sunnah
📚 Membaca Al-Qur’an
🌙 Puasa sunnah
🐄 Berqurban bagi yang mampu
💛 Sedekah & membantu sesama

Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tidak ada hari-hari yang amal soleh di dalamnya lebih dicintai Allah daripada 10 hari ini.”
(HR. Bukhari)

Semoga Allah SWT menerima setiap amal ibadah kita dan mempertemukan kita dengan keberkahan Dzulhijjah 🤲🏻

Bagi sahabat yang berniat melaksanakan ibadah qurban tahun ini, jangan lupa ya 🤍Disunatkan untuk tidak memotong kuku dan...
17/05/2026

Bagi sahabat yang berniat melaksanakan ibadah qurban tahun ini, jangan lupa ya 🤍
Disunatkan untuk tidak memotong kuku dan rambut bermula masuknya 1 Zulhijjah sehingga selesai ibadah qurban dilaksanakan.

📌 Tarikh akhir potong kuku & rambut:
🗓 Ahad, 17 Mei 2026
🕰 Sebelum waktu Maghrib

Semoga Allah menerima setiap niat, amal dan pengorbanan kita 🤲🏻
“Keberkahan dalam setiap pengorbanan, kebahagiaan dalam setiap perkongsian.”

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2026Pihak Pengurusan Institut Tahfiz Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ter...
01/05/2026

Selamat Hari Pekerja | 1 Mei 2026

Pihak Pengurusan Institut Tahfiz Bintulu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh pekerja, khususnya warga pendidik dan kakitangan Institut Tahfiz Bintulu, atas dedikasi, amanah dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam melaksanakan tugas.

Sesungguhnya setiap usaha dan pengorbanan yang dicurahkan amat bermakna dalam menyokong kelancaran institusi serta menyumbang kepada pembangunan ummah.

Semoga segala amal yang dilaksanakan dengan penuh itqan diberkati oleh Allah SWT dan menjadi asbab dalam melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berakhlak serta berjiwa da’ie.

“Pekerja MADANI Kesuma Bangsa”

Ikhlas daripada:
Institut Tahfiz Bintulu

Address

D/A Masjid Darul Hidayah, Lot 2976 Block 26 KLD Jalan Abang Tek, Tanjung Kidurong
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

086253968

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Institut Tahfiz Bintulu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The School

Send a message to Institut Tahfiz Bintulu:

Shortcuts

Share

Category