Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu

Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu

Share

SRIAAB adalah sebuah insitusi pendidikan swasta yang berlandaskan sebuah sistem pendidikan bersepadu bertujuan melahirkan insan yang cemerlang.

Admin Page :
- Muallimah Sarah

26/05/2026

Banyakkan berdoa di hari Arafah

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 23/05/2026

๐Ÿ•‹ HAJI CILIK SRIAAB 2026 ๐Ÿ•‹
โ€œHaji Cilik: Dari Hati Ke Kaabahโ€

Alhamdulillah, seramai 113 murid bersama guru-guru telah menyertai Program Haji Cilik SRIAAB 2026 bagi mendalami tatacara ibadah haji melalui ceramah dan simulasi amali. โœจ

Program ini bukan sahaja memberi pendedahan tentang rukun dan wajib haji, malah menyemai nilai kesabaran, disiplin dan kerjasama dalam diri anak-anak. Semoga ia menjadi asbab lahirnya rasa cinta kepada Baitullah serta impian untuk menjadi tetamu Allah suatu hari nanti. ๐Ÿค๐Ÿ•‹

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Ustaz Muhammad Hafiz Amiruddin bin Bahren daripada Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd atas perkongsian ilmu dan bimbingan sepanjang program berlangsung.

Semoga segala usaha ini diberkati dan menjadi amal soleh yang berpanjangan. ๐ŸŒท

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 22/05/2026

๐Ÿงบ REHLAH AL-AMIN 2026 ๐Ÿงบ

Alhamdulillah, telah berlangsung Program Rehlah Al-Amin yang menghimpunkan murid dan guru dalam suasana santai, harmoni dan penuh makna di Taman Tumbina Bintulu pada hari Rabu (20 Mei 2026).

Program ini diadakan sebagai ruang untuk merehatkan minda dan menenangkan hati setelah selesai menghadapi ujian pertengahan sesi akademik. Dalam kesibukan menuntut ilmu, sesekali jiwa juga memerlukan waktu untuk bernafas, tersenyum dan menikmati keindahan ciptaan-Nya. ๐ŸŒฟโœจ

Melalui aktiviti rehlah dan tadabbur alam bersama-sama, warga Al-Amin berpeluang menghayati keindahan flora dan fauna sambil memupuk rasa syukur atas segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah SWT. Semoga setiap langkah, gelak tawa dan kebersamaan ini menjadi asbab lahirnya hati yang lebih tenang, ukhuwah yang lebih erat serta semangat yang lebih kuat untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. ๐Ÿค

"Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?"
โ€” Surah Ar-Rahman ๐ŸŒธ



Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 18/05/2026

๐Ÿคฉ SAMBUTAN HARI GURU 2026 ๐Ÿคฉ

Pada hari Jumaat (15 Mei 2026) yang lalu, warga pendidik dan murid SRI Al-Amin Bintulu telah menyambut Hari Guru 2026.

"Guru Bitara, Nadi Negara"
"Murabbi Bitara, Nadi Pembina Ummah Rabbani"

Terima kasih kepada seluruh insan bergelar guru yang tidak pernah lelah mendidik, membimbing dan membina generasi dengan ilmu, adab serta kasih sayang.
Setiap pengorbanan kalian menjadi cahaya kepada masa depan bangsa dan ummah.

Jasa guru, bukan sekadar dikenang โ€” tetapi sentiasa hidup dalam setiap kejayaan anak didiknya. โœจ



Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 05/05/2026

๐Ÿ“š UJIAN PERTENGAHAN SESI AKADEMIK 2026 ๐Ÿ“š
Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu
๐Ÿ—“ 5 Mei hingga 8 Mei 2026

Semoga semua murid diberikan kekuatan, ketenangan dan dipermudahkan urusan sepanjang menghadapi ujian ini. Kepada ibu bapa, teruskan memberi sokongan dan dorongan agar anak-anak dapat melakukan yang terbaik.

โœจ Pesanan buat anak-anak Al-Amin:

- Jaga kesihatan dan rehat secukupnya
- Ulangkaji dengan konsisten
- Datang awal dan bersedia
- Jawab dengan tenang dan yakin

๐Ÿคฒ Amalan Doa Sebelum Ujian:

ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ูู…ูŽู‘ ู„ุง ุณูŽู‡ู’ู„ูŽ ุฅูู„ุง ู…ูŽุง ุฌูŽุนูŽู„ู’ุชูŽู‡ู ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุงุŒ ูˆูŽุฃูŽู†ู’ุชูŽ ุชูŽุฌู’ุนูŽู„ู ุงู„ุญูŽุฒู’ู†ูŽ ุฅูุฐูŽุง ุดูุฆู’ุชูŽ ุณูŽู‡ู’ู„ู‹ุง

โ€œYa Allah, tiada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikan mudah, dan Engkau menjadikan yang susah itu mudah apabila Engkau kehendaki.โ€

๐Ÿ“– Doa Memohon Ilmu Bermanfaat:

ุฑูŽุจูู‘ ุฒูุฏู’ู†ููŠ ุนูู„ู’ู…ู‹ุง

โ€œWahai Tuhanku, tambahkanlah aku ilmu.โ€

Semoga segala usaha diberkati dan dikurniakan kejayaan yang cemerlang, bukan sahaja di dunia, bahkan di akhirat.

๐Ÿ’™ โ€œMembina Generasi Rabbani dan Holistikโ€
" Soleh Wa Musleh"

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 28/04/2026
Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 28/04/2026

Alhamdulillah, Sekolah Rendah Integrasi Al-Amin Bintulu telah menyertai 2 dari 4 acara dipertandingkan dalam Mahrajan Al-Quran, Nasyid dan Khat Sekolah-Sekolah (MQNKSS) Peringkat Bahagian Bintulu pada 18 dan 25 April 2026 yang lepas.

Berikut merupakan pencapaian wakil SRIAAB di MQNKSS Peringkat Bahagian Bintulu :
1. Afif Muqri bin AB Malek Fahmi : Naib Johan Tilawah Al-Quran
2. Ainul Syuhada binti Shamsulbahri : Tempat ke-3 Hafazan Al-Quran
3. Nur Iklil Irdhiah binti Nordin : Penyertaan Tilawah Al-Quran
4. Muhd Hanzalah Khair bin Zukini : Penyertaan Hafazan Al-Quran.

Tahniah diucapkan kepada wakil-wakil sekolah. Semoga menjadi motivasi kepada murid-murid lain dan semoga mendapat kejayaan yang tertinggi di masa akan datang!

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 20/04/2026

๐ŸŒบ MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SRIAAB 2026

Alhamdulillah, inilah penutup tirai Syawal 1447H kami.. Antara aktiviti menarik yang dilakukan semasa majlis ini adalah, Pertandingan Booth Kelas Raya, Pertandingan Keluarga Sedondon dan Cabutan Bertuah.

Lihatlah wajah-wajah yang ceria dan bahagia semasa majlis berlangsung. Terima kasih kepada semeua warga SRIAAB, Alumni SRIAAB dan ibu bapa kerana sudi menerima jemputan ramah tamah kami. In Sha Allah, tahun hadapan kita bersua kembali.. ๐Ÿ˜‰

20/04/2026

MAJLIS RAMAH TAMAH AIDILFITRI SRIAAB 2026

Alhamdulillah pada 18 April 2026 bersamaan 29 Syawal 1447H, kita telah menjayakan Majlis Ramah Tamah Aidilfitri sekaligus menutup tirai Syawal pada tahun ini. Jom saksikan video ringkasan majlis kami! ๐Ÿคฉ

Photos from Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu's post 15/04/2026

Sekolah Rendah Integrasi Al- Amin Bintulu telah menghantar penyertaan seramai 7 orang murid ke Kejohanan Catur Peringkat Bahagian Bintulu yang berlangsung di SJK Siong Boon, Bintulu. Penyertaan ini melibatkan 6 orang murid lelaki dan 1 orang murid perempuan bagi kategori 12 tahun ke bawah.

Semoga penyertaan ini dapat memberi pengalaman yang berharga kepada para murid serta membantu meningkatkan lagi kemahiran mereka dalam permainan catur.

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Lot 2347, Jalan Bunga Raya, Fasa 1, Kampung Assyakirin
Bintulu
97000

Opening Hours

Monday 07:00 - 16:30
Tuesday 07:00 - 16:30
Wednesday 07:00 - 16:30
Thursday 07:00 - 16:30
Friday 07:00 - 16:30