16/12/2025
Majlis Apresiasi Bintulu Port (MABP) Murid Cemerlang SMK Baru 2025 telah dilaksanakan pada 16 Disember 2025 bertempat di Imperial Hotel Bintulu. Majlis dijayakan dengan kerjasama bersama pengurusan Bintulu Port.Terima kasih kepada Bintulu Port atas penajaan Majlis yg penuh gemilang ini.
Majlis ini memberikan penghargaan kepada pencapaian cemerlang murid dalam aspek Sahsiah,Kurikulum dan Kokurikulum bagi sesi 2025 dan juga pencapaian cemerlang murid SPM 2024.
Antara kategori penganugerahan yang terlibat ialah:
1.Anugerah Usaha Murni Kehadiran Cemerlang Murid Ting 5
2.Anugerah 3 Terbaik di dalam kelas
3.Anugerah 10 Murid Terbaik Tingkatan
4.Anugerah Matapelajaran Terbaik Tingkatan
5.Anugerah Penghargaan Pencapaian Terbaik Kokurikulum Negeri hingga Antarabangsa
7.Anugerah Pencapaian Bahasa Perancis Antarabangsa
8.Anugerah Cemerlang SPM 2024
9.Anugerah Skim Galakan B40
10.Anugerah Bintang Harapan Badan Beruniform, Bintang Harapan Kelab Persatuan, Bintang Harapan Sukan Permainan, Tokoh Pemimpin Sesi pagi dan petang, Tokoh Sahsiah, Tokoh Nilam BM, Tokoh Nilam BI, Tokoh Sukan,Tokoh Koakademik, Tokoh Kurikulum, Tokoh Digital Madani
11.Tokoh Utama Bintulu Port
Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima, semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada kejayaan yang lebih besar di masa akan datang..
Terima kasih tidak terhingga diucapkan atas kehadiran Ibu bapa dan tetamu jemputan yang lain untuk bersama sama meraikan dan merakamkan momen indah ini.
Tahniah juga diucapkan kepada penyelaras program ,PIBG sekolah dan guru -guru yang bekerjasama dengan komited dalam memastikan Majlis berjalan lancar.
Gemilang Bersama
# SeBaru Terbaik, Mantap, Hebat