SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN BINTULU. YBA 9113

SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN BINTULU. YBA 9113 Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN BINTULU. YBA 9113, Education, KM5 Jalan Sultan Iskandar, Bintulu.

TAKLIMAT SEMULA KESELAMATAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUMHari / Tarikh: Rabu/ 1 Julai...
10/07/2026

TAKLIMAT SEMULA KESELAMATAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Hari / Tarikh: Rabu/ 1 Julai 2026
Tempat: Ruang Legar SK Asyakirin
Penglibatan: Semua murid SK Asyakirin terutamanya Tahun 3 hingga Tahun 6

Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amir Firdaus Abdullah, telah mengadakan taklimat semula kepada murid-murid sebagai peringatan dan pengukuhan berkaitan aspek keselamatan semasa pelaksanaan aktiviti kokurikulum menjelang pertengahan perjumpaan Kokurikulum.

Taklimat ini bertujuan memastikan semua murid sentiasa memahami dan mematuhi prosedur keselamatan yang telah ditetapkan agar setiap aktiviti dapat dilaksanakan dengan lancar, selamat dan berdisiplin terutamanya sudah mencapai separuh bilangan perjumpaan per unit iaitu 7/12 kali perjumpaan.

Keselamatan merupakan tanggungjawab bersama.
Marilah kita bersama-sama mengamalkan budaya mengutamakan keselamatan dalam setiap aktiviti yang disertai.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh."

Unit Kokurikulum
SK Asyakirin Bintulu

RONDAAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUMHari/ Tarikh: Rabu, 24 Jun 2026Rondaan ini dilak...
10/07/2026

RONDAAN PELAKSANAAN AKTIVITI KOKURIKULUM OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

Hari/ Tarikh: Rabu, 24 Jun 2026

Rondaan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap aktiviti kokurikulum berjalan dengan lancar, terancang dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Rondaan dilaksanakan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amir Firdaus Abdullah dibantu oleh Exco Kokurikulum.
Ia turut bertujuan memastikan penglibatan aktif murid, pematuhan terhadap prosedur pelaksanaan serta keberkesanan pengurusan aktiviti di setiap unit.

Semoga usaha pemantauan yang berterusan ini dapat memperkukuh pelaksanaan kokurikulum dan melahirkan murid yang berdisiplin, berkemahiran serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh."

Unit Kokurikulum
SK Asyakirin Bintulu

PEMANTAUAN PERLAKSANAAN BAMB OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK ASYAKIRINNama Aktiviti: BAMB 2026 (M7P7UB)Hari/ Tarikh: ...
10/07/2026

PEMANTAUAN PERLAKSANAAN BAMB OLEH PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK ASYAKIRIN

Nama Aktiviti: BAMB 2026 (M7P7UB)
Hari/ Tarikh: Rabu, 23 Julai 2026
Masa: 7.10 pagi hingga 8.40 pagi.

Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan BAMB, Penolong Kanan Kokurikulum, Encik Mohd Amir Firdaus Abdullah, telah mengadakan rondaan pemantauan ke lokasi-lokasi aktiviti.
Pemantauan ini bertujuan memastikan program berjalan dengan teratur, murid terlibat secara aktif, serta objektif pelaksanaan BAMB dapat dicapai.

Semoga Program BAMB terus menjadi wadah dalam membudayakan amalan membaca dan pembelajaran yang menyeronokkan dalam kalangan warga SK Asyakirin Bintulu.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh."

Unit Kokurikulum
SK Asyakirin Bintulu

SEKITAR PELAKSANAAN PROGRAM BAMB BERMULA BULAN FEBRUARI 2026BAMB berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif murid dan...
10/07/2026

SEKITAR PELAKSANAAN PROGRAM BAMB BERMULA BULAN FEBRUARI 2026

BAMB berjaya dilaksanakan dengan penglibatan aktif murid dan guru SK Asyakirin Bintulu sejak bulan Februari yang lalu.
BAMB adalah inisiatif unit kokurikulum untuk membantu penguasaan 3M dan bertujuan untuk memupuk budaya membaca, meningkatkan minat terhadap ilmu pengetahuan serta membentuk amalan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan murid.

Diharapkan usaha berterusan ini dapat melahirkan generasi yang berilmu, berfikiran kritis dan cintakan pembacaan.
Tahniah dan syabas kepada semua murid, guru serta pihak yang telah menjayakan pelaksanaan program ini.
Semoga budaya membaca terus subur dan menjadi amalan harian warga sekolah.

"Membaca Jambatan Ilmu, Ilmu Membina Masa Hadapan."

Unit Kokurikulum
SK Asyakirin Bintulu

πŸ“’ JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2026Assalamualaikum dan salam sejahtera.πŸ“Œ Perhatian kepada semua guru, ibu bapa/penjaga se...
10/07/2026

πŸ“’ JADUAL AKTIVITI KOKURIKULUM 2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

πŸ“Œ Perhatian kepada semua guru, ibu bapa/penjaga serta warga SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN BINTULU.
Berikut dikongsikan Jadual Aktiviti Kokurikulum Tahun 2026 sebagai panduan sepanjang sesi persekolahan.

Aktiviti kokurikulum melibatkan:
🟠 Unit Beruniform
🟒 Kelab & Persatuan
πŸ”΅ Sukan & Permainan

πŸ“… Mohon semua murid, guru penasihat serta ibu bapa mengambil maklum tarikh-tarikh perjumpaan yang telah ditetapkan bagi memastikan kehadiran dan penglibatan yang aktif dalam setiap aktiviti kokurikulum.

⚠️ Sebarang perubahan jadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa melalui saluran rasmi sekolah.
Terima kasih atas kerjasama semua dalam menjayakan aktiviti kokurikulum demi melahirkan murid yang seimbang, berdisiplin dan berdaya saing.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh"
Unit Kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Asyakirin Bintulu

πŸ“’ HEBAHAN RASMI | BAMB SK ASYAKIRIN BINTULU πŸ“šβœ¨Belajar β€’ Aktif β€’ Menyeronokkan β€’ Bermakna (BAMB)Assalamualaikum dan salam...
10/07/2026

πŸ“’ HEBAHAN RASMI | BAMB SK ASYAKIRIN BINTULU πŸ“šβœ¨
Belajar β€’ Aktif β€’ Menyeronokkan β€’ Bermakna (BAMB)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa BAMB (Belajar, Aktif, Menyeronokkan dan Bermakna) akan dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Unit Kokurikulum SK Asyakirin bagi memperkukuh kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) dalam kalangan murid.

πŸ“Œ Maklumat Program: πŸ—“οΈ Hari: Setiap hari Rabu bermula bulan Februari 2026
πŸ•– Masa: 7.10 pagi – 8.40 pagi (1 jam 30 minit)
🏫 Tempat: Kelas masing-masing
πŸ‘§πŸ‘¦ Sasaran: Semua murid Tahun 1 dan Tahun 2 SK Asyakirin Bintulu

❗ Untuk makluman ibu bapa/penjaga:
βœ… BAMB bukan mata pelajaran baharu, sebaliknya merupakan aktiviti pembelajaran yang dijalankan oleh guru di dalam kelas.
βœ… Murid perlu hadir ke sekolah mengikut jadual seperti biasa.
βœ… Murid diminta membawa alat tulis, pensel warna atau bahan yang diperlukan mengikut arahan guru dari semasa ke semasa.

Program ini diharapkan dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih aktif, menyeronokkan dan bermakna, sekali gus membantu murid menguasai kemahiran asas dengan lebih berkesan.
πŸ’™ Marilah kita bersama-sama menyokong pelaksanaan Program BAMB demi melahirkan murid yang lebih yakin, berketerampilan dan cemerlang.

πŸŽ‰ PROGRAM PERPADUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK ASYAKIRIN TAHUN 2026 πŸŽ‰Anjuran: Penyelaras bersama Panitia Sai...
09/07/2026

πŸŽ‰ PROGRAM PERPADUAN MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SK ASYAKIRIN TAHUN 2026 πŸŽ‰

Anjuran: Penyelaras bersama Panitia Sains, Prasekolah dan PIBG di bawah Unit Kurikulum, SK Asyakirin

πŸ“… Tarikh: 18 Mei 2026
πŸ•– Masa: 7.10 pagi – 12.30 tengah hari
πŸ“ Tempat: Dewan SK Asyakirin
πŸ‘₯ Sasaran: Semua warga sekolah, wakil PIBG, murid Tahap 1 (secara atas talian) dan murid Tahap 2 (bersemuka) yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Melanau, Iban, Cina, Orang Ulu, India, Orang Asli dan Boyan.

Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat SK Asyakirin Tahun 2026 telah berlangsung dengan penuh meriah dalam suasana harmoni dan muhibah. Program ini menjadi wadah untuk menghargai jasa, pengorbanan dan dedikasi para guru di samping menyemai nilai perpaduan dalam kalangan warga sekolah yang berbilang kaum.

Pelbagai pengisian menarik telah dilaksanakan dengan penglibatan aktif guru, murid, ibu bapa serta komuniti sekolah. Sambutan ini bukan sahaja mengeratkan hubungan silaturahim, malah memperkukuh semangat kebersamaan, saling menghormati dan kerjasama dalam membentuk sebuah komuniti sekolah yang inklusif, bersatu padu dan cemerlang.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh." πŸ’™πŸ’›

πŸ“š PROGRAM SUMBANGAN BAHAN BERCETAK DARIPADA PERPUSTAKAAN AWAM BDA πŸ“šπŸ—“οΈ Tarikh: 7 Julai 2026 (Selasa)πŸ•˜ Masa: 9.00 pagiπŸ“ Te...
07/07/2026

πŸ“š PROGRAM SUMBANGAN BAHAN BERCETAK DARIPADA PERPUSTAKAAN AWAM BDA πŸ“š

πŸ—“οΈ Tarikh: 7 Julai 2026 (Selasa)
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi
πŸ“ Tempat: SK Asyakirin
πŸ‘₯ Sasaran: Murid-murid SK Asyakirin

SK Asyakirin telah menerima sumbangan bahan bacaan bercetak hasil kolaborasi antara Perpustakaan Awam BDA, PIBG SK Asyakirin, Unit Pusat Sumber Sekolah dan Unit Kurikulum SK Asyakirin.

Majlis penyerahan ini telah dihadiri oleh tiga orang pegawai khas daripada Perpustakaan Awam BDA bersama YDP PIBG, En. Muhaimin bin Dahlan, barisan AJK PIBG, para pentadbir sekolah serta Guru Perpustakaan dan Media. Sumbangan bahan bacaan ini akan dimanfaatkan oleh murid-murid SK Asyakirin bagi memperkaya pengalaman pembelajaran, menyemarakkan budaya membaca serta menyokong pembentukan generasi yang berilmu.

Inisiatif ini bukan sahaja menambah koleksi bahan bacaan di Pusat Sumber Sekolah, malah menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan literasi, memupuk minat membaca dan menyokong pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan murid.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Perpustakaan Awam BDA atas sumbangan yang amat bermakna ini. Semoga jalinan kerjasama strategik antara Perpustakaan Awam BDA, PIBG SK Asyakirin dan SK Asyakirin akan terus diperkukuh demi melahirkan generasi yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.

"Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh."







πŸ“š PELAKSANAAN KELAS BIMBINGAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) – MINGGU PERTAMA (BAHASA MELAYU)Anjuran: Unit Kurikulu...
07/07/2026

πŸ“š PELAKSANAAN KELAS BIMBINGAN MATRIKS PEMBELAJARAN TAHUN 4 (MPT4) – MINGGU PERTAMA (BAHASA MELAYU)

Anjuran: Unit Kurikulum SK Asyakirin
πŸ“… Tarikh: 6 Julai 2026 (Isnin)
πŸ•‘ Masa: 2.00 – 3.30 petang
πŸ“ Tempat: Pusat Sumber Sekolah (PSS)
πŸ‘₯ Sasaran: Semua Murid Tahun 4
πŸ‘¨β€πŸ« Penceramah: Cikgu Rafiza bin Abd. Rahman
🎯 Fokus: Pengenalan kepada Format Kertas MPT4 Bahasa Melayu

Unit Kurikulum SK Asyakirin telah melaksanakan Kelas Bimbingan Matriks Pembelajaran Tahun 4 (MPT4) bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sebagai persediaan awal murid menghadapi pentaksiran.

Sesi bimbingan ini memberi pendedahan kepada murid tentang format kertas MPT4 Bahasa Melayu, struktur soalan, teknik menjawab serta strategi persediaan yang berkesan. Diharapkan pendedahan awal ini dapat meningkatkan kefahaman, keyakinan dan motivasi murid untuk mencapai prestasi yang lebih cemerlang.

Semoga usaha berterusan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan akademik murid serta memperkukuh budaya pembelajaran yang berkualiti di SK Asyakirin.

"Persediaan yang rapi hari ini adalah kunci kepada kejayaan pada masa hadapan."
β€” Melangkah Bersama, Melangkah Lebih Jauh

πŸŽ₯ Kredit Video: Teacher Amril






Salam Sejahtera U/P: Ibu Bapa / Penjaga & Murid Tahun 2,3,4,5 & 6 (yang berkenaan)PER: UJIAN PERLEPASAN 1 PLaN (PROGRAM ...
06/07/2026

Salam Sejahtera

U/P: Ibu Bapa / Penjaga & Murid Tahun 2,3,4,5 & 6 (yang berkenaan)

PER: UJIAN PERLEPASAN 1 PLaN (PROGRAM LITERASI DAN NUMERASI SEKOLAH RENDAH)

Murid-murid Tahun 2,3,4,5 & 6 yang berkenaan akan mula menduduki ujian Perlepasan PLaN.

Butiran pelaksanaan adalah seperti berikut:
πŸ“† SELASA, 7 Julai 2026
πŸ‘§ Murid Tahap 1 ( tahun 1,2 & 3)

πŸ“† RABU, 8 Julai 2026
πŸ‘§ Murid Tahap 2 ( tahun 4, 5 & 6)

‼️ Kehadiran: WAJIB

Nota Penting:
1. Murid-murid dinasihatkan bawa buku ikut jadual macam biasa.
2. Murid-murid perlulah membawa alat tulis yang lengkap dan mencukupi.
3. ⁠Waktu balik mengikut jadual waktu macam biasa.

Harap maklum.
Terima kasih.

Unit Kurikulum
SK Asyakirin, Bintulu

Address

KM5 Jalan Sultan Iskandar
Bintulu
97000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SEKOLAH KEBANGSAAN ASYAKIRIN BINTULU. YBA 9113 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share