21/05/2026
Universiti Putra Malaysia Sarawak telah mengadakan satu Pameran Pendidikan di Sakura Ferroalloys Sdn. Bhd. pada 20 Mei 2026 sempena Program Synergy Putra (Promosi Jelajah Borneo). Program ini bertujuan memperluaskan promosi pengajian tinggi khususnya bagi program siswazah kepada warga industri dan komuniti profesional.
Pameran tersebut memberi fokus kepada penawaran program-program pengajian di peringkat Sarjana (Master) dan Doktor Falsafah (PhD) yang ditawarkan oleh UPM dalam pelbagai bidang pengajian. Sesi penerangan turut diadakan bagi memberi maklumat berkaitan syarat kemasukan, mod pengajian, peluang penyelidikan serta pembangunan kerjaya kepada staf syarikat.
Program ini telah menerima maklum balas yang amat menggalakkan daripada pihak staf. Beberapa orang staf turut menyatakan minat dan hasrat untuk melanjutkan pengajian mereka bersama Universiti Putra Malaysia di peringkat siswazah sebagai usaha meningkatkan kompetensi diri dan pembangunan kerjaya profesional.