12/03/2026
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐ฆ๐ ๐๐ถ๐ฑ๐๐ฟ๐ผ๐ป๐ด, ๐๐ถ๐ป๐๐๐น๐ ๐ฆ๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐๐ฎ๐ธ
My : Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
๐ฟSurah al-Muzzammil diturunkan ketika Nabi Muhammad SAW menghadapi tekanan yang besar dalam menyampaikan dakwah. Allah SWT mempersiapkan Rasulullah dengan membina kekuatan dalaman terlebih dahulu sebelum menghadapi cabaran dunia. Hal ini menunjukkan bahawa perubahan yang benar tidak bermula dengan sistem atau kuasa, tetapi bermula dengan pembinaan jiwa manusia yang kuat.
๐ทAyat 1-10 : Allah SWT menekankan pembinaan kekuatan dalaman melalui ibadah seperti qiamullail, membaca al-Quran dengan kesedaran dan penghayatan, berserah kepada takdir Allah serta bersabar dengan kerenah manusia. Amalan ini mampu mentransformasikan jiwa menjadi tenang, kukuh, tidak mudah reaktif dan memiliki daya tahan yang tinggi.
๐ทAyat 11-19 : Ditekankan pembinaan ketahanan emosi dan mental. Seseorang perlu memahami bahawa tanggungjawab itu nyata, akan ada tentangan daripada golongan yang sombong dan penolakan daripada manusia. Oleh itu, seseorang perlu membina karakter yang bertanggungjawab dalam tindakan, tidak bergantung kepada pujian manusia, tidak mudah goyah dengan penolakan dan tidak terpesona dengan kuasa.
๐ทAyat terakhir ke-20 : Allah SWT mengajar keseimbangan dalam kehidupan. Ibadah seperti qiamullail perlu dilakukan dengan fleksibiliti dan konsisten, di samping mengiktiraf keterbatasan manusia. Islam juga menekankan amalan zakat dan sedekah serta keseimbangan antara kerja, ibadah dan perjuangan. Hal ini melahirkan manusia yang konsisten, berbuat ihsan terhadap diri sendiri, pemurah serta mampu berkhidmat untuk jangka masa panjang.
๐ฟKesimpulannya, Surah al-Muzzammil mengajar bahawa kebangkitan umat bermula dengan pembinaan jiwa pada waktu malam agar kekuatan itu mampu dipikul untuk melaksanakan amanah pada waktu siang.