HEPA UPMKB

HEPA UPMKB

Share

Mempromosikan kemudahan serta program-program yang dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Al

29/06/2024

Kejohanan bola tampar amatur sri aman - 3rd game

Photos from Universiti Putra Malaysia Sarawak - UPMS's post 04/08/2023
26/07/2023

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2022

Sekalung Tahniah,

Kepada warga Hal Ehwal Pelajar (HEPA) dan Kolej Sr Rajang, Univerisiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2022:

1. Pn Hairunisah Binti Abdul Rahman
(Pegawai Psikologi Kanan)

2. Cik Dayang Aminah Binti Awang Abdullah
(Pembantu Tadbir Kanan)

3. En. Zainal Bin Ismail
(Pemandu Kenderaan)

Ikhlas daripada
Pengetua Kolej / Ketua HEPA & seluruh warga kolej dan HEPA, UPMKB

05/07/2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERTANDINGAN MEMANAH DINAMIK

Untuk makluman, sempena Festival Kesenian Islam UPMKB 2023 yang akan berlangsung pada 7 hingga 12 Ogos 2023, salah satu pengisian festival ini adalah pertandingan Memanah Dinamik yang akan berlangsung pada 8, 10 & 12 Ogos 2023. Terdapat 6 kategori penyertaan bagi pertandingan ini iaitu:

1. Kategori Sekolah Rendah (L & P) = 10 Ogos 2023 (Khamis)
2. Kategori Sekolah Menengah / IPT (L & P) = 8 Ogos 2023 (Selasa)
3. Kategori Terbuka (L & P) = 12 Ogos 2023 (Sabtu)

Sehubungan itu, kepada sekolah-sekolah, IPT serta orang awam yang berminat, boleh dapatkan borang penyertaan serta maklumat syarat dan peraturan di laman web berikut : http://ifest.upm.edu.my/

Borang Penyertaan:
https://forms.gle/9s9fPKEUSZJbrR1y7

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan En. Mohammad Thaqif Tong (014 6988654).

25/01/2023

PEMBUKAAN GELANGGANG BADMINTON UPMKB UNTUK SEWAAN UMUM

Sukacita dimaklumkan gelanggang badminton UPMKB akan dibuka untuk sewaan umum bermula pada 28 Januari 2023 (Sabtu).

Sewaan gelanggang badminton ini hanya beroperasi pada setiap hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum sahaja.

Tempahan boleh dibuat seawal 3 hari sebelum tarikh penggunaan melalui borang atas talian seperti pautan di bawah.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Penolong Pegawai Belia dan Sukan, En. Mohammad Thaqif 014-698 8654

Sekian.

Borang tempahan Gelanggang Badminton UPMKB: https://forms.gle/8TarSVUmdQMgxq3m7
Kaedah Sewaan Gelanggang Badminton UPMKB: https://drive.google.com/file/d/1mnV7veypQAFg9YmmjK_g9Xtgw6XvK0xh/view?usp=share_link

09/09/2022

Sukan Malaysia (SUKMA) ke-20

Seramai 3 pelajar daripada Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) akan menyertai temasya SUKMA kali ini yang akan berlangsung pada 16 September hingga 24 September 2022 bertempat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya.

Pergi dengan harapan, pulang dengan kejayaan.



Photos from HEPA UPMKB's post 23/08/2022

Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 dan Sukan Malaysia MSN XX 2022.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Steffano Atom Anak Stephan, pelajar program Bacelor Sains Pembangunan Manusia dengan Pengurusan, UPMKB kerana telah berjaya menyumbangkan pingat Emas dalam SUKIPT 2022 bagi acara Taekwando (Poomsea kategori Lelaki Berpasukan) yang telah berlangsung pada 12 hingga 21 Ogos 2022 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Selain itu, setinggi penghargaan dan tahniah diucapakan kepada Ammer Hakimi Bin Rudzaimeir, pelajar Diploma Sains Komputer, UPMKB kerana berjaya membawa pulang pingat Gangsa bagi pasukan negeri Sarawak dalam acara Egames (Mobile Legend Bang Bang) Sukan Malaysia MSN XX yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2022.

Sekali lagi, tahniah dan syabas diucapkan dan selamat maju jaya.




Photos from HEPA UPMKB's post 20/08/2022

Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Peranti kepada Pelajar UPMKB.

10 orang pelajar UPMKB menerima sumbangan bantuan peranti daripada Tabung Zakat Wazan yang disampaikan oleh Encik Nurul Iman, Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UPM kepada Dr Kamil bin Latif, Pengetua merangkap Ketua HEPA, UPMKB. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terlibat. Semoga sumbangan ini dapat dijadikan pemangkin utk anda menjadi lebih bermotivasi dan bersemangat belajar dgn lebih cemerlang.


30/05/2022

SESI PEMILIHAN ATLET

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Perhatian kepada seluruh Warga UPMKB,

Untuk makluman, UPMKB akan menganjurkan Karnival Muzik dan Sukan (KAMUS@Semarak Belia Sarawak) yang dijadual diadakan pada 16 hingga 18 September 2022 (Jumaat hingga Ahad). Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEPA) berhasrat untuk menghantar penyertaan pasukan UPMKB bagi acara seperti berikut:

1. Bola Sepak 9 Sebelah (Lelaki)
2. Futsal (Lelaki & Perempuan)
3. Ragbi 10 Sebelah (Lelaki & Perempuan)
4. Bola Jaring
5. Muzik Akustik

Sehubungan itu, warga kampus UPMKB (terdiri daripada pelajar serta staf) yang berumur 40 tahun ke bawah dan mempunyai bakat dalam salah satu acara yang dinyatakan di atas adalah dipelawa untuk hadir ke sesi pemilihan dan latihan seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 13 Jun 2022 (Isnin)
Masa : 5.00 petang
Tempat : Sila Rujuk Notis

Kerjasama dan perhatian warga kampus amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, harap maklum.

Unit Sukan
Bahagian Hal Ehwal Pelajar

23/05/2022

📣 Adakah Anda Sudah Bersedia?

Apakah topik yang akan dikupas dalam Chit Chat Bersama Kaunselor: Self-Care? Jom sertai kami bersama penceramah hebat serta kupasan topik yang menarik akan dikongsikan nanti.

Siri 1 Chit Chat Bersama Kaunselor: Self-Care: Selfish Ke?

Tarikh: 23 Mei 2022 (Isnin)
Masa: 10:00am - 11:00am
Medium: Secara Atas Talian (Cisco WebEx)
i) Aplikasi Cisco WebEx:
https://upm.webex.com/upm/j.php?MTID=md7f765ea352cf8e5375b8ed3dacbe727

📣Terbuka kepada semua
📣E-sijil, Merit & Mata CPD (Untuk pelajar dan staf UPMKB) akan disediakan.



Untuk pertanyaan lanjut mengenai program, boleh menghubungi:
Puan Rabaiyah & Cik Phyladelphia (086-855474)

01/05/2022

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Mohon Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas daripada barisan staf Hal Ehwal Pelajar (HEPA), UPMKB

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Bintulu
97000