Tadika Akar Baik

Tadika Akar Baik

Share

(Cawangan Bandar Bintulu) Pendidikkan tambahan Pengetahuan Tentang Alkitab (Bible Knowledge)

02/12/2021

Untuk sebarang pertanyaan @ info, boleh menghubungi Cikgu Jawai (Nick Anthony)

21/08/2021

Bagi anak-anak yang ingin menyertai pertandingan ini, sila hubungi nombor hp yang tertera pada iklan di bawah. Pertandingan ini terbuka kepada anak-anak yang berrumur 4, 5 & 6 tahun sahaja.

17/07/2021
Photos from Kementerian Pendidikan Malaysia's post 17/07/2021
Photos from Math Worksheets 4 Kids's post 24/06/2021
Photos from Materials for teaching English's post 24/06/2021
Photos from Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak's post 06/06/2021
28/04/2021

KPM mengumumkan PDPR untuk sekolah seluruh negara selepas cuti idulfitri. Ramai yang bukan guru melihat ianya sambungan cuti untuk guru. Ia satu pandangan salah.

PDPR bukan cuti, tetapi PDPR ialah pengajaran dalam talian. Kalau ditanya kepada kebanyakan guru.. Mereka lebih selesa pengajaran secara bersemuka. Ia lebih praktikal dan mudah berbanding PDPR.

Ada yang tidak mengetahui kesungguhan guru yang berakhir kekecewaan dalam PDPR. Mereka yang tidak mahir terpaksa korbankan beberapa jam persediaan. Ada rakan guru yang mengadu hanya dapat siapkan di awal subuh kerana kekangan waktu. Namun usaha yang bersungguh itu terbalas dengan hanya beberapa orang murid yang menyertainya.

Apakah guru menyalahkan ibu bapa? Tidak.. Kerana guru juga ada pengalaman kerana mereka juga ibu bapa. Mereka tahu tentang kekangan gajet dan ibu bapa yang bekerja. Guru akan melayan murid walaupun semua kerja itu hanya dihantar di hujung minggu.

Apakah guru marah kerajaan? Tidak.. Guru tahu kerajaan terpaksa menjaga keselamatan rakyat terutama murid murid. Kerajaan tahu risiko besar yang menanti murid dan guru dalam gelombang keempat ini. Kerajaan tahu betapa sukarnya guru mengatur dan mendisiplinkan murid dalam kawasan sekolah yang sangat ramai.

Ramai yang tidak sedar guru guru dan murid adalah subjek paling berisiko. Kalau petugas kesihatan, mereka sememangnya bersedia dengan segala persiapan kerana mereka sentiasa terdedah dengan risiko. Mereka tahu yang datang itu sememangnya ada masalah kesihatan.

Bagi guru, anak murid datang dari pelbagai peringkat. Mereka terdedah kepada berbagai kemungkinan. Bayangkan dalam sekolah yang ada 500 murid datang dari 1000 ibu bapa dan mungkin 4000 adik beradik ( 4 org adik beradik) yang datang dari pelbagai tempat SETIAP HARI. Ini risiko guru yang berhadapan murid mereka yang sebahagiannya terlalu sukar menjaga SOP dalam tempoh yang lama kira kira 6 hingga 7 jam.

Sebenarnya.. Setiap keputusan kerajaan mengambil kira semua keadaan ini. Ia bertujuan menjaga rakyat pelbagai peringkat apatah lagi selepas cuti raya yang sangat berisiko..

Kesimpulannya... Tiada istilah cuti bagi guru ketika PDPR . Sekolah di buka guru terdedah kepada risiko.. PDPR guru terdedah kepada keciciran murid yang terpaksa mereka baiki semula selepas berakhir PDPR..


Dari Guru Kepada Guru

21/04/2021

Selamat petang semua. Untuk makluman semua, Tadika Akar Baik (Cawangan Bandar Bintulu) belum lagi beroperasi sehingga 3 Mei 2021 (Isnin). Sekiranya terdapat sebarang perubahan, akan diumumkan dari masa ke semasa. Harap maklum.

19/01/2021

Selamat tengahari warga TAB (Cawangan Bandar Bintulu)

Peringatan bagi semua ibubapa / penjaga yang ingin mendaftar anak2 / anak jagaan mereka.

📌Pendaftaran akan diadakan esok (20 Januari 2021) SAHAJA.

📌Pendaftaran bermula dari pukul 8.00 pagi - 11.00 pagi.

📌Sila sediakan dan bawa bersama ;
1) Fotostat Sijil lahir (anak)
2) Fotostat MyKid (anak)
3) Fotostat IC Ibubapa

📌Sila beri @ luangkan masa anda esok memandangkan masa pendaftaran hanya esok SAHAJA. Ini adalah untuk memudahkan kerja guru2 menyediakan tempat duduk anak anda sesuai SOP yang telah ditetapkan.

Sekian, terima kasih.

Tuhan memberkati.

Want your school to be the top-listed School/college in Bintulu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Lot 4811, Block 31, Kemena Land District, Jalan Rakawi Yusuf
Bintulu
97000