04/05/2026
🌳 Tahukah Anda? 🌳
Hutan Nirwana, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak kini dibuka kepada orang ramai dengan menawarkan pelbagai aktiviti menarik berasaskan alam semula jadi! 🌿
Antara aktiviti yang ditawarkan termasuk:
🌲 Jelajah Hutan
🌙 Night Walk
🔥 Ikhtiar Hidup
🧗 Aktiviti Bertali
🌱 Program Penanaman Pokok
📚 Penganjuran Kursus
Sesuai untuk pelajar, komuniti, organisasi, dan sesiapa sahaja yang ingin merasai pengalaman pembelajaran secara hands-on di dalam hutan sambil menghargai keindahan alam semula jadi.
📲 Berminat?
Slot modul adalah terhad, jadi jangan membazir masa! Tempah sekarang dengan mengimbas kod QR pada poster untuk memilih tarikh dan program anda.
🌐 Untuk maklumat lanjut, layari:
https://sarawak.upm.edu.my/kemudahan/hutan_nirwana_upms-16103?L=bm
Kami mengalu-alukan penyertaan anda! Jumpa anda di Hutan Nirwana 🌏💚
02/05/2026
*📸 Lensa Pusaka Rimba @ FSPH 2026 🌿*
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.
Salam Berilmu Berbakti.
Sempena sambutan Hari Alam Sekitar 2026, Majlis Perwakilan Fakulti Sains Perhutanan & Perhutanan (AGRI-FORE) dengan sukacitanya menganjurkan program *Lensa Pusaka Rimba @ FSPH 2026.*
🗓️ *Tarikh*: 1 Mei hingga 5 Jun 2026
💻 *Kaedah*: Dalam talian
Program ini bertujuan untuk memupuk kesedaran dan penghargaan terhadap keindahan serta kepentingan alam sekitar melalui hasil karya fotografi dan videografi.
✨AKTIVITI YANG DINANTIKAN:
📸Fotografi:
* Kategori Pelajar UPMS
* Kategori Terbuka
📹Videografi:
* Kategori Pelajar UPMS
* Kategori Terbuka
🎓 *YURAN PENYERTAAN:*
* *Kategori Pelajar UPMS* – Percuma
* *Kategori Terbuka* – Yuran RM10.00 sahaja
✨ *Merit fakulti* disediakan untuk pelajar UPMS
✨*E-sijil penyertaan* disediakan untuk semua peserta
📝DAFTAR SEKARANG!
Imbas kod QR pada poster untuk sertai pertandingan tersebut
Jangan lepaskan peluang untuk berkarya sambil menyumbang kepada kesedaran alam sekitar 🌏📷
☎️Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi:
📞 Andrea – 017-301 7819
📞 Eirsalina - 018-773 5453
01/05/2026
Tahniah!!!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Fauziah Binti Abu Bakat atas kejayaan menerima Geran Penyelidikan.
Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan dalam bidang penyelidikan serta memberi impak besar kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.
01/05/2026
Tahniah!!!
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Dr. Ameyra Binti Aman Zuki atas kejayaan menerima Geran Putra-IPM.
Semoga kejayaan ini terus memperkukuh kecemerlangan dalam bidang penyelidikan serta memberi impak besar kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.
28/04/2026
PROGRAM PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAL (CEPA) (MARIN)
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH), Universiti Putra Malaysia Sarawak telah berpeluang menyertai Program Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) (MARIN) anjuran Sarawak Forestry Corporation yang berlangsung pada 26 April 2026 di Dewan Kuala Nyalau, Bintulu.
Penyertaan ini melibatkan pembukaan reruai pameran sebagai platform untuk mempromosikan peranan UPM Sarawak serta berkongsi ilmu berkaitan pemuliharaan alam sekitar kepada komuniti setempat, khususnya dalam aspek biodiversiti dan ekosistem marin.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Majang Anak Renggi selaku Timbalan Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, dan turut dihadiri oleh Encik Abang Arabi Bin Abang Aimran selaku Pengurus Besar (CEO) Sarawak Forestry Corporation.
Bertepatan dengan tema tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita”, program ini menjadi wadah penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap tanggungjawab bersama dalam memelihara alam sekitar demi kelestarian generasi akan datang. 🌱💚
“Kuasa Kita, Planet Kita"
🌍 Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia 2026 🌍
24/04/2026
Selamat datang dan selamat bertugas kepada Dr. Aisya Hanna binti Rosli, Pegawai Eksekutif 3 setara Pegawai Veterinar ke Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan.
Kami amat menghargai kesudian anda untuk bersama-sama memperkukuh usaha fakulti dalam bidang akademik, penyelidikan, serta khidmat masyarakat. Semoga dengan kepakaran dan dedikasi yang dibawa, fakulti ini akan terus berkembang maju dan memberi manfaat kepada komuniti serta negara.
Selamat bertugas, dan semoga segala usaha yang dilaksanakan diberkati serta mencapai kejayaan yang cemerlang.
23/04/2026
Program Student Outbound International Community Engagement (ICE) 2026 telah berlangsung dari 11 hingga 19 April, melibatkan 12 orang pelajar Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (DKHP) daripada Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan, Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) bersama 120 orang pelajar dari Universitas Airlangga, Indonesia. Pegawai pengiring, Prof. Madya Dr. Juriah Kamaludeen, turut menyertai program ICE yang berlangsung selama tujuh hari ini. Program ini merupakan inisiatif kolaborasi antarabangsa yang dianjurkan oleh Universitas Airlangga dengan kerjasama Kelab Perikanan dan Sains Haiwan (KESPH), UPMS.
Sepanjang program bersama komuniti penternak di Tuban, Surabaya, para pelajar terlibat secara langsung dalam aktiviti kerja lapangan seperti vaksinasi, penyahcacingan dan pemantauan kesihatan haiwan ternakan di bawah penyeliaan profesional. Pelajar turut mempelajari sistem penternakan tempatan yang bersifat sara diri serta intensif berskala kecil di tiga lokasi berbeza iaitu Semanding, Bancar dan Kerek. Pengalaman ini membuka perspektif baharu tentang kepelbagaian amalan penternakan termasuklah pengurusan makanan ternakan, pengurusan kesihatan penyakit serta keupayaan adaptasi komuniti penternak.
Program ini turut memperkayakan pengalaman budaya melalui interaksi bersama komuniti setempat, penglibatan dalam aktiviti tradisional, serta pendedahan kepada bahasa dan gaya hidup masyarakat di Tuban. Hubungan yang terjalin bukan sahaja memperkukuh kemahiran komunikasi dan kerjasama, malah membentuk jaringan persahabatan dan profesional yang bermakna merentasi sempadan negara.
Selain itu, perbincangan strategik antara Universitas Airlangga dan UPMS turut diadakan, termasuk penerokaan potensi kerjasama melalui Memorandum Persefahaman (MoU). Perbincangan ini memberi tumpuan kepada peluang kolaborasi dalam bidang penyelidikan, mobiliti pelajar dan staf, latihan akademik, serta pembangunan jaringan antarabangsa. Inisiatif ini mencerminkan komitmen Malaysia-Indonesia dalam memperkukuh hubungan akademik dan memperluaskan impak pendidikan di peringkat global.
Secara keseluruhannya, ICE 2026 berjaya menjadi platform pembelajaran berimpak tinggi yang bukan sahaja meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar, tetapi juga membentuk pemikiran global, daya adaptasi, dan kesedaran budaya. Program ini mencerminkan kepentingan pendidikan berasaskan pengalaman dalam melahirkan graduan yang kompeten, berdaya saing, dan bersedia menghadapi cabaran dunia sebenar.
23/04/2026
🌍 Selamat Menyambut Hari Bumi Sedunia 🌍
Tema tahun ini, “Kuasa Kita, Planet Kita”, mengingatkan kita bahawa setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab dalam memelihara bumi yang kita diami. Tindakan kecil yang dilakukan secara bersama mampu memberi impak besar kepada kelestarian alam sekitar.
Marilah kita berganding bahu dalam usaha melindungi dan memulihara sumber semula jadi demi kesejahteraan generasi kini dan akan datang. 🌱💚
“Kuasa Kita, Masa Depan Bumi”
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan (FSPH)
22/04/2026
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan, Universiti Putra Malaysia Sarawak (UPMS) dengan sukacitanya mempelawa kepada yang berkelayakan, berintegriti tinggi serta bersemangat untuk menyumbang dalam bidang akademik dan penyelidikan bagi mengisi kekosongan jawatan Pensyarah (Tetap/Kontrak) dalam bidang kepakaran/pengajaran berikut:
🐾Perubatan Veterinar (DS11/DS13)
🐄Produksi Haiwan (DS13)
Kami mengalu-alukan permohonan daripada calon yang bermotivasi tinggi, berwibawa, dan bersedia menyumbang ke arah kecemerlangan universiti.
📅Tarikh tutup permohonan: Terbuka sepanjang tahun 2026
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada pegawai seranta kami:
Encik Mohd. Amaludin bin Salleh
Pegawai Tadbir Kanan
Fakulti Sains Pertanian dan Perhutanan
📞 086-855209
📧 [email protected]
Encik Dexter Elvin anak Menari
Pegawai Tadbir Kanan
Pejabat Pendaftar
📞 086-855289
📧 [email protected]
atau [email protected]
20/04/2026
DVS SARAWAK COLLABORATES WITH THE DEPARTMENT OF ANIMAL SCIENCE AND FISHERIES, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA ON RUMINANT HERD HEALTH MANAGEMENT
The Department of Animal Science and Fisheries, Faculty of Agricultural and Forestry Sciences, Universiti Putra Malaysia Sarawak, in collaboration with the Department of Veterinary Services Sarawak (DVSS), successfully conducted a two-day workshop on Ruminant Herd Health Management on 14–15 April 2026. This programme represents the second in a planned series of three workshops initiated on 21–22 September 2025. A total of 44 participants attended, comprising 17 DVS field and administrative staff, led by Dr William Rovina Nating (Deputy Director, Livestock Industry Development), and 27 smallholder sheep and goat farmers from Kapit, Sibu, Sarikei, Betong, and Bintulu.
The initial training featured three technical seminar presentations: Dissemination of research findings on gastrointestinal strongyle infections in small ruminants in Sarawak by Dr Bura Paul Thlama; Current epidemiology, diagnosis and sustainable control of small ruminant helminthosis by Dr Bura Paul Thlama; and Nutritional management strategies for sustainable parasite control by Dr Muhamad Hakim Ali Hanafiah. After the seminar, the participants were engaged in hands-on field sample collection and the application of 5-point check focusing on body condition, FAMACHA, and dag scoring systems for identifying infested animals on the farm, facilitated by Dr Bura Paul Thlama, Dr Muhamad Hakim Ali Hanafiah assisted by AVO Muhammad Amir Afiq bin Mohd Azlan.
The laboratory training was focused on basic qualitative and quantitative faecal analysis to estimate worm burden and simple microhaematocrit technique to determine the blood packed cell volume as a complimentary laboratory aids to the 5-point check in selecting animals for strategic targeted selective treatment (TST) to fight the menace of anthelmintic resistance in small ruminants in Sarawak. This session was facilitated by Dr Suhail Bin Mustafa, Dr Bura Paul Thlama, Mr Denny Brooke Anak Jilan, Mr Nicholas Anak Manggie and Mr Ali Saidu.
This initiative strengthened collaboration between UPM and DVSS while empowering farmers with practical, science-based solutions for sustainable small ruminant production. The participants gained valuable skills in herd health monitoring and Targeted Selective Treatment (TST) to combat parasite infections and anthelmintic resistance.